Hadith Kelebihan Gaharu India dari Konteks Kesihatan
List of Authors
Mohd Nor Adli Osman, Muhamad Aidil Zali
Keyword
Kayu Gaharu India, Kelebihan, Hadith, Tradisional, Saintifik
Abstract
Kayu gaharu India merupakan tumbuhan bernilai tinggi yang disebut dalam hadith Nabi SAW kerana memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan manusia. Tumbuhan ini, yang tumbuh di kawasan utara India, Himalaya, dan Pakistan, kini terancam kepupusan akibat aktiviti manusia seperti penebangan hutan secara berlebihan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa keberkesanan dan kelebihan kayu gaharu India berdasarkan hadith yang diriwayatkan, serta mengkaji sejarah pengunaannya dalam perubatan tradisional. Pendekatan penyelidikan kualitatif diaplikasikan melalui analisis dokumen-dokumen yang relevan, manakala data dianalisis menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kayu gaharu India memiliki keberkesanan dalam merawat pelbagai penyakit seperti masalah pernafasan, gangguan kulit, dan radang. Bahagian akarnya dikenal pasti sebagai kompenan utama yang mempunyai pelbagai manfaat dalam perubatan tradisional, termasuk sifat antiseptik dan penyembuhan luka. Penemuan ini mengesahkan kebenaran hadith Nabi SAW yang menyebut tentang kelebihan kayu gaharu India, di samping memperkayakan pemahaman mengenai penggunaan tumbuhan ini dalam perubatan tradisional. Kajian ini memberikan sumbangan penting dari segi pengesahan saintifik terhadap amalan perubatan tradisional serta menekankan kepentingan pemuliharaan spesis ini untuk generasi akan datang. Penemuan ini bukan sahaja mengukuhkan kebenaran hadith tetapi juga membuka peluang untuk kajian lanjut mengenai potensi terapeutik kayu gaharu India dalam perubatan moden.