Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen batas etnik di sekolah kebangsaan Zon Utara Semenanjung Malaysia
List of Authors
  • Amran Omar , Chang, Peng Kee , Shazlin Amir Hamzah

Keyword
  • Batas etnik, guru-guru, sekolah kebangsaan, kesahan, kebolehpercayaan

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen bagi menilai konstruk batas etnik dan menentukan kestabilan kesahan dan kebolehpercayaan kandungannya melalui kajian rintis. Kerangka kerja dan pembangunan instrumen batas etnik adalah berdasarkan model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini disusun dalam tiga fasa, iaitu tinjauan literatur, penterjemahan instrumen, serta analisis kesahan dan kebolehpercayaan kandungan. Pemboleh ubah batas etnik yang terdiri daripada empat dimensi, iaitu material, status sosial, tuntutan sosial, dan tuntutan gantian, dengan 12 item digunakan dalam kajian ini. Satu kajian rintis dilaksanakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen melalui skala alfa Cronbach dan analisis deskriptif. Kajian rintis dilakukan di lapan buah sekolah rendah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis, yang mewakili Zon Utara Semenanjung Malaysia. Analisis kebolehpercayaan mengesahkan bahawa alfa Cronbach untuk keseluruhan konstruk batas etnik menjelaskan nilai yang kuat dan sangat baik bagi setiap dimensi. Kesemua 12 item tersebut diterima untuk digunakan dalam kajian lapangan. Oleh itu, instrumen untuk batas etnik yang digunakan untuk kajian rintis ini diterima untuk membantu para guru memahami dan membantu mengukur batas etnik mereka di persekitaran sekolah. Instrumen penilaian kendiri sempadan etnik ini boleh menjadi panduan dan sumber penting dalam membantu guru menentukan dan memahami batas etnik mereka dengan lebih berkesan, sekaligus mewujudkan hubungan etnik yang harmoni di sekolah.

Reference
  • 1. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Subramaniam, M. (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
    2. Banton, M. & Mansor Mohd. Noor. (1992). The study of ethnic allignment: a new technique and an application in Malaysia. Ethnic and Racial Studies 15(4), 599-613.
    3. Banton, M. (1983). Racial and Ethnic Competition. Cambridge University Press.
    4. Barth, F. (1969). Ethnic Groups and Boundaries in the Social Organisation of Cultural Differences. Allen and Unwin.
    5. Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Mcgraw-Hill Education.
    6. Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (4th ed.). Sage Publications Ltd.
    7. Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Universiti Utara Malaysia.
    8. Hair, J. F., Babin, B. J., & Krey, N. (2017). Covariance-based structural equation modeling in the Journal of Advertising: Review and recommendations. Journal of Advertising, 46(1), 163–177.
    9. Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data Analysis (7th ed.). Prentice Hall.
    10. Henrich, C., K. Brookmeyer, & G. Shahar. (2005). Weapon violence in adolescence: Parent and school connectedness as protective factors. Journal of Adolescent Health, 37(4). 306–312.
    11. Hakan, K. & Seval, B. (2011). CIPP evaluation model scale: development, reliability and validity. Procedia Social and Behavioral Science (Elsevier). Vol. 15. p. 592-599
    12. Heale, R. & Twycross, A. (2015). Validity and Reliability In Quantitative Research, Evidence Based Nursing, Vol. 18 (3), 65-68.
    13. Hie, Y. H., Samsu, K. H. K., Adnan, Z. H., Awang, M. D., & Ab Halim, A. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika 88(2), 95-108.
    14. Hin, L. C. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantiatif dan Kualitatif. McGraw-Hill.
    15. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Laporan Tahunan 2016: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
    16. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Laporan Tahunan 2017: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
    17. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Laporan Tahunan 2018: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
    18. Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Prentice Hall.
    19. Kohl, D., Recchia, S., & Steffgen, G. (2013). Measuring school climate: an overview of measurement scales, Educational Research 55(4), 411-426.
    20. Krejcie, R.V. and Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30, 607-610.
    21. Lee, C. H., (2010). An ecological systems approach to bullying behaviors among middle school students in the United States. Journal of Interpersonal Violence 3, 1-30.
    22. Lee, C.-H., & Song, J. (2012). Functions of parental involvement and effects of school climate on bullying behaviors among South Korean middle school students. Journal of Interpersonal Violence 27(12), 2437–2464.
    23. Malesevic, Sinisa. (2004). The Sociology of Ethnicity. SAGE Publications Ltd.
    24. Mansor Mohd. Noor. (2001). Cohesion and Consensus: The Prevalence of Ethnic Harmony in a University Campus. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 17, 91-111.
    25. Mansor Mohd. Noor. (2005). Integrasi Etnik di Institusi Awam. IPPTN.
    26. Mansor Mohd. Noor. (2012). Kerencaman Sosial dan Penipisan Batas Etnik: Kepelbagaian Etnik dan Perkongsian Hidup Bersama di Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    27. Mariscal, D. C., Corredor, G. A. & Cabezas, M. F. (2014). Future Teachers’ Atittudes Towards Cultural Diversity, Minorities and Gender Violence. Procedia Social and Behavioral Sciences 132, 497-503.
    28. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow, T. W. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran Geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning & Instruction 14(1), 211-265.
    29. Mohd Sahandri Gani Hamzah, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron & Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah. (2013). Buku Panduan Pembinaan Instrumen “Anda dan Kepenggunaan.” Emeritus Publications.
    30. Nor Hasnida Md Ghazali. (2016). A Reliability and Validity of an Instrument to Evaluate the School-Based Assessment System: A Pilot Study. International Journal of Evaluation and Research in Education (IJERE), Vol. 5 (2), p. 148-157.
    31. Reynolds, M. R. (2001). The effects of teacher ethnicity, teacher gender, student ethnicity, and teacher efficacy on ratings of academic achievement and causal factors. Doctoral Dissertation. East Carolina University.
    32. Sayuti, R., Abdullah, M. A. I. L., & Ishak, S. (2004). Kajian Hubungan Kaum di Kalangan Pelajar. Sekolah Pembangunan Sosial, UUM.
    33. Shamsul A. B. (2007). Modul Hubungan Etnik. Penerbit UiTM.
    34. Shamsul A. B. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia Sebagai Work-in-Progress. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    35. Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    36. Shibutani, T. & Kwan, K. M. (1965). Ethnic Stratification: A Comparative Approach. The MacMillan Company.
    37. Stufflebeam, D.L. (1971). The Relevance of CIPP Evaluation Model for Educational Accountability. Journal of Research and Development in Education 5(1), 19-25.
    38. Stufflebeam, D. L. (2003). “The CIPP Model for Evaluation,” dalam Kellaghan, T and Stufflebeam, D. L., International Handbook of Educational Evaluation, Dordrecht: Kluwer Academic Publishers, pp. 31-62.
    39. Sua, T. Y. (2010). Gerakan Bahasa Cina di Malaysia, 1952-1967: Hubungan Bahasa dan Etnik dalam Masyarakat Majmuk. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(1), 144-164.
    40. Surucu, L. & Maslakci, A. (2020). Validity And Reliability In Quantitative Research, Business and Management Studies Journal (BMIJ), Vol. 8 (3) : p. 2694-2726. DOI: http://dx.doi.org/10.15295/bmij.v8i3.1540
    41. Syed Muhd Kamal S.A.B., Ahmad, E. & Syed Muhamad Dawilah, S. A. (2014). Instrumen Penilaian Kemahiran Generik dalam Kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK): Metode Kajian. Dlm. Anon (Ed.) Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan (pp. 225-236). Universiti Sains Malaysia.