Gamifikasi ‘The Hunger Game’ Dalam Kemahiran Membaca Huruf Mutamathilah Bahasa Arab
List of Authors
Nik Mohd Rahimi, Nik Nor Fasihah Mohd Zulkifli
Keyword
gamifikasi, kemahiran membaca, ‘huruf mutamathilah’, Bahasa Arab, sekolah rendah
Abstract
Bagi menguasai Bahasa Arab, murid perlu mengenal huruf hijaiyyah dan kaedah sebutan huruf yang betul untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran membaca dengan tepat. Namun, dalam banyak huruf hijaiyyah Arab, terdapat huruf mutamathilah, iaitu huruf yang hampir sama sebutannya. Huruf mutamathilah ini menyebabkan sebahagian murid mengalami kekeliruan untuk membacanya. Menyedari hal tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan gamifikasi ‘The Hunger Game’ dalam meningkatkan kemahiran membaca ‘huruf mutamathilah’ Bahasa Arab. Gamifikasi ‘The Hunger Game’ dirancang untuk mengaplikasikan elemen permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping membantu murid meningkatkan motivasi, minat, prestasi dan kemahiran membaca huruf mutamathilah. Kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada guru yang ingin mengaplikasi gamifikasi dalam PdPc Bahasa Arab supaya pembelajaran Bahasa Arab menjadi lebih menyeronokkan dan efektif.