Hubungan antara regulasi emosi dan penglibatan dalam kalangan pelajar
List of Authors
  • Latiha Pit , Saemah Rahman

Keyword
  • regulasi emosi, penglibatan tingkahlaku, penglibatan afektif, penglibatan kognitif

Abstract
  • Secara global, tahap penglibatan pelajar masih berada di tahap yang rendah dan perlu dipertingkatkan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap regulasi emosi, penglibatan pelajar dan hubungan regulasi emosi dengan dimensi-dimensi penglibatan, iaitu penglibatan tingkah laku, penglibatan emosi dan penglibatan kognitif. Konsep penglibatan pelajar penting diberi perhatian kerana ia adalah petunjuk (precursor) penting kepada hasil positif pendidikan di sekolah. Kajian dapat membantu meningkatkan perhatian pada masalah penglibatan yang di hadapi oleh pelajar-pelajar serta mencadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasinya. Kajian kuantitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan rekabentuk kajian korelasi, iaitu melihat perhubungan antara pemboleh ubah bersandar penglibatan dan pemboleh ubah bebas regulasi emosi dengan mengedarkan soal selidik untuk mengumpulkan data. Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 6 rendah di 10 buah sekolah menengah kebangsaan yang terdapat di sekitar daerah Melaka Tengah, Melaka dan teknik persampelan rawak berkelompok telah digunakan. Emotion Regulation Questionnaire digunakan bagi mengukur regulasi emosi dan Student Engagement in School Items digunakan untuk mengukur penglibatan pelajar. Analisis statistik deskriptif dan inferensi iaitu ujian korelasi non-parametrik Spearman Rho telah digunakan. Keputusan analisis korelasi antara regulasi emosi dan penglibatan mendapati bahawa regulasi emosi mempunyai hubungan rendah dengan penglibatan afektif dan tingkahlaku tetapi mempunyai hubungan yang sederhana dengan penglibatan kognitif. Ini menunjukkan bahawa penglibatan kognitif merupakan penyumbang utama kepada tahap penglibatan pelajar yang rendah kerana sekiranya pelajar gagal meregulasikan emosi mereka secara berkesan, pelajar tidak dapat terlibat secara kognitif dengan berkesan. Maka, penglibatan yang hanya berlaku pada dimensi tingkahlaku dan emosi sahaja adalah penglibatan yang tidak lengkap kerana tingkahlaku fizikal dan emosi ini perlu diiringi dengan orientasi kognitif yang positif yang mempengaruhi perkembangan ketahanan akademik (academic resilience).

Reference
  • 1. Aimi, F.B., Mohd Anas, N., Nur Syuhada, Nadirah, Siti Khaijah, & Noor Awanis, M. (2018). VAK learning style and student engagement: A perspective from Malaysia private university. The European Proceedings of Social & Behavioral Sciences, 574-577.

    2. Astin, A. (12 may, 1984). Student Development Theory. Retrieved from Astin - Student Development Theory: http://studentdevelopmenttheory.weebly.com/asstin.html

    3. Aydogan, C., Farran, C.D., & Sagsaz, G. (2015). The relationship between kindergarten environment and children's engagement. European Earlly Childhood Education Research Journal, 23(5): 604-618.

    4. Christenson S.L. et al. (2012). Handbook of research on student engagement. Minneapolis: Springer Science+Business Media.

    5. Christenson, S.L. & Thurlow, M.L. (2004). School dropouts: Prevention considerations, interventions, and challenges. Current Directions in Psychological Science, 36-39.

    6. Connell, J.P., Wellborn, J.G., & Lynch, M.L. (1990). Relatedness to others in middlle childhood and adolescent. New york: University of Rochester.

    7. De Villers, B. & Werner, A. (2019). The relationship between student engagement and academic success. Journal for New Generation Science, 14(1): 36-50.

    8. Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    9. Gillespie, S.M. & Beech, A. (2018). Theories of emotion regulation. In A. &. Beech, The Wiley Handbook on the Theories, Assessment, & Treatment of Sexual offending (pp. 245-265). Birmingham: John Wiley & Sons.

    10. Gross, J. J. (2015). Emotion Regulation: Conseptual and empirical foundations. In J. J.Gross, Handbook of emotion regulation (pp. 3-20). New York: The Guilford Press.

    11. Gross, J. J., & Munoz, R. F. (1995). Emotion regulation and mental health. Clinical Psychology: Science and Practice, 151-164.

    12. Kahu, E., Nelson, K., & Picton, C. (2017). Student interest as a key driver of engagement for first year students. Students Success, 8(2): 55-66.

    13. Kahu, E.R., Stephens, C., Leach, L. & Zepke, N. (2015). Linking academic emotions and student engagement: Mature-aged students' transition to university. Journal of Further and Higher Education, 39(4): 481-497.

    14. Kirsten J. Hancock & Stephen R. Zubrick. (2015). Children and Young People at Risk of Disengagement from School. Commissioner for Children and young People Western Australia, 1-84.

    15. Koole, S. L. (2009). The psychology of emotion regulation: An integrative review. Cogniyion and emotion 23(1):, 4-41.

    16. Korobova, N., & Strobin, S.S. (2015). A comparative study of student engagement and academic success among international and American students. Journal of International Students, 5(1): 72-85.

    17. Lee, J.S. (2014). The Relationship Between Student Engagement and Academic Performance: is It a Myth or Reality? The Journal of Education, 1-30.

    18. Martin, F. & Bolliger, D.U. (2018). Engagement matters; Student perceptions on the importance of engagement strategies in the online learning environment. Online Learning Journal, 22(1): 205-222.

    19. Muhammed, Y.M.M., Muhammed, Y., & Maria, S. (2015). Motivation and engagement as a predictor of students' science achievement satisfaction of Malaysian secondary school students. European Journal of Social Sciences Education and Research, 2(4): 25-33.

    20. Nayir, F. (2017). The relationship between student motivation and class engagement. Eurasian Journal of Education, 59-78.

    21. Newmann, F. M. 1989. Student engagement and high school reform. Educational Leadership, 34-36.

    22. Nguyen, T.D., Cannata, M., & Miller, J. (2016). Understanding student behavioural engagement: Importance of student interaction with peers and teachers. The Journal of Educational Research, 23(5): 55-66.

    23. Nik Hanis, Z.R., Abdullah, M.R., & Ramlah, H. (2015). Hubungan antara penglibatan dalam pembelajaran dengan tahap pemikiran reflektif dalam kalangan pelajar pendidikan teknikal dan vokasional. Journal of Human Capital Development, (8)1: 105-120.

    24. Sawang, S., O'Connor, P., & Ali, M. (2017). IEngage: Using technology to enhance students' engagement in a large classroom. Journal of Leraning Design, 10(1): 11-16.

    25. Skinner, E., Furrer, C., Marchand, G., & Kindermann, T. (2008). Engagement ant disaffection in the classroom: Part of a larger motivational dynamic. Journal of Educational Psychology, 100(4): 765-781.

    26. Tuan Dinh Nguyen, Marisa Cannata & Jason Miller. (2016). Understanding Student Behavioral Engagement: Importance of Student Interaction with Peers and Teachers. The Journal of Educational Research, 1-13.