Peranan Rakan dalam Pembinaan Personaliti
List of Authors
  • Mohamad Ridzuan Abd.Rahman

Keyword
  • Rakan, Personaliti, Persekitaran Pembelajaran

Abstract
  • Rakan mempengaruhi perkembangan dan pembinaan personaliti individu merentas umur daripada kanak-kanak sehingga dewasa. Kefahaman yang mendalam tentang aspek ini amat penting untuk mengetahui perbezaan personaliti individu dan kaitan dengan komunikasi efektif, penyelesaian konflik dan membina hubungan yang akrab serta memahami perhubungan antara rakan dengan persekitaran sosial, tingkah laku, perasaan dan pemikiran individu. Oleh hal demikian, penulisan ini bermatlamat untuk meneroka hubungan antara rakan dan pembinaan personaliti individu serta perhubungan dengan tingkah laku. Metodologi menggunakan pendekatan penyelidikan sekunder melibatkan kajian daripada pangkalan data Scopus. Keputusan dapatan kajian ini memberikan maklumat penting perhubungan antara peranan rakan dalam pembinaan personaliti. Rakan mempengaruhi personaliti individu di bilik darjah serta mempengaruhi hasil pembelajaran dan tingkah laku serta berlaku perubahan kesan daripada sokongan emosi guru dalam persekitaran pembelajaran. Individu yang berada dalam persekitaran rakan yang positif akan menerima lebih banyak pengaruh positif dalam membentuk personaliti yang matang serta berkemampuan untuk mengharungi kehidupan sosial berdasarkan perkongsian idea dan pengetahuan rakan-rakan.

Reference
  • No Data Recorded