Keciciran pelajar di peringkat pendidikan tinggi: Punca dan penyelesaiannya
List of Authors
  • Hazlin Falina Rosli , Norziah Othman

Keyword
  • makanan percuma, keciciran, mentoring, pendidikan tinggi

Abstract
  • Pendidikan untuk semua adalah hasrat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak termasuk pegawai pelaksana, kumpulan masyarakat, ibu bapa malah pelajar itu sendiri. Matlamat utama pendidikan di Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor adalah melahirkan professional ulul albab yang dapat merealisasikan rancangan pembangunan negara bagi mentadbir organisasi dan masyarakat pada masa akan datang. Potensi intelek, rohani, emosi, pekerti, budaya, dan jasmani serta etika seorang bakal graduan dibangunkan pada tahap maksimum agar menjadi insan yang seimbang sepertimana yang dihasratkan. Namun masalah dalam pendidikan terutama masalah keciciran dalam kalangan pelajar sering berlaku di peringkat pendidikan tinggi dan beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai punca keciciran. Masalah disebabkan oleh kewangan, kesihatan, keluarga, disiplin dan tidak berminat lagi untuk belajar telah dikenalpasti sebagai antara punca keciciran pelajar. Oleh itu pelbagai langkah telah diambil oleh fakulti dengan menghubungi ibu bapa/penjaga bagi mendapatkan pengesahan pendidikan anak, khidmat nasihat atau kaunseling serta program mentoring yang dijalankan dari semasa ke semasa. Fakulti dan kolej sendiri turut menjalankan pelbagai usaha dalam membendung isu keciciran pelajar termasuklah menambah baik kemudahan asas, memperbanyakkan program motivasi bagi meningkatkan kesedaran pelajar dan memperluas program-program bantuan seperti bantuan Tabung Infaq, Pusat Zakat dan sebagainya. Fakulti sendiri turut menyediakan unit bimbingan dan motivasi kepada pelajar bagi meningkatkan minat mereka untuk meneruskan pengajian. Bantuan berbentuk makanan percuma turut diberikan dua kali seminggu sepanjang semester pengajian bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih selesa.

Reference
  • 1. Al-Quran.

    2. Abdullah, Z., Ismail, S., Shafee, S., Shaharom, M., & Abdul Ghani, M. 2019. Pengaruh pembelajaran akademik anak-anak keluarga fakir miskin di sekolah-sekolah Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 6(2): 44-70.

    3. Choi, A., & Calero, J. 2018. Early school dropout in Spain: Evolution during the great recession. In European Youth Labour Markets, edited by M. Malo, & A. Moreno Mínguez. Barcelona: Springer

    4. Dunn, C., Dale, C., & Karen, R. 2004. Variables affecting students’ decision to drop out of school. Remedial and Special Education: 314-323.

    5. Gerard Lissibille & Lucia Navarro Gomez. 2008. Why do higher education students drop out? Evidence from Spain. Education Economic Journal Vol 16: 1

    6. Jayasooria, D. 2016. Inclusive Development for Urban Poor & Bottom 40% Communities in Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    7. Hamidah Sulaiman, Ibrahim Mohamed Zin & Siti Salina Abdullah. 2010. Perbezaan Kecerdasan Emosi Dan Kerohanian Dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus. 12: 90-101.

    8. Khalid, M. A., Siti Nur Fatimahtul Maryam, A., Zouhair, R., & Endie Shazlie, A. 2018. Children Without: A study or urban child poverty and deprivation in low-cost flats in Kuala Lumpur. Malaysia: United Nations Childrens’ Fund.

    9. Khatali Anjali. 2021. Keciciran dalam pendidikan di Malaysia. Jurnal kepimpinan pendidikan. Malaysia: Kuala Lumpur

    10. Lewis Holm, N., Lillehaug Pederson, L.-M., & Pettersen, E. 2019. Youth, gender, and perceptions of security in Norway. International Journal of Adolescence and Youth 25(1):421-434.

    11. Mohd Yunus Sharum, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Mohd Rohaizat Abd Wahab & Mat Rofa Ismail. 2010. Formal Properties and Characteristics of Malay Rhythmic Reduplication. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 8(0): 750-756.

    12. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2006. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Misi Dan Visi. Malaysia, K. P.: 3.

    13. Rumberger, R. W. 2011. Dropping Out. Harvard: Harvard University Press.

    14. Wan Nor Azriyati, Faizah Ahmad, Noor Rosly Hanif, & Wang Hong Kok. (2011). Pembasmian kemiskinan bandar ke arah bandar inklusif dan sejahtera: Cabaran Kuala Lumpur. Journal of Surveying and Property, 2(1), 107-124.

    15. Zainah Ahmad Zamani, Rohany Nasir, Asmawati Desa, Rozainee Khairudin, Fatimah Yusooff, Siti Hajar Mohamad Yusoff. 2013. Kefungsian keluarga, pengherotan kognitif dan resilien dalam kalangan klien Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan Klinik Cure and Care (C&C). Jurnal Psikologi Malaysia, 27: 137-149.

    16. Zakiyah Jamaludin.2011. Kemiskinan dan Keciciran dalam Pendidikan. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 37:6-16.