Hubungan antara Dimensi-dimensi Kepimpinan Lestari dengan Teori Dua Faktor: Satu Tinjauan Soratan Kajian
List of Authors
  • Gunasegaran Karuppannan, Sze Phing Heng

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tinjauan soratan kajian yang dibentangkan dalam kertas kajian ini adalah untuk membuat perbandingan di antara dimensi-dimensi Kepimpinan Lestasi yang merangkumi tujuh dimensi termasuk (a) pembelajaran berterusan; (b) mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah; (c) penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru; (d) menggalakkan perkongsian dengan rakan atau organisasi di luar sekolah; (e) kepelbagaian; (f) pemeliharaan dan; (g) pengoptimuman sumber manusia dengan faktor-faktor Teori Dua Faktor untuk mengenalpasti hubungan dimensi-dimensi Kepimpinan Lestari dengan Teori Dua Faktor (Kepuasan Kerja). Tinjuan soratan kajian mendapati terdapat hubungan langsung di antara dimensi-dimensi Kepimpinan Lestari dengan Faktor Teori Dua Faktor iaitu Faktor hygience (ekstrinsik) dan Faktor motivator (instrinsik). Dengan ini, kertas kajian ini merumuskan bahawa Kepimpinan Lestari merupakan gaya kepimpinan yang dapat mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar kerana kepuasan kerja merupakan penentu kepada prestasi kerja guru dan prestasi kerja serta motivasi kerja guru yang tinggi akan memastikan pencapaian akademik pelajar dipertingkatkan. Kertas ini juga mencadangkan kajian lanjutan dilaksanakan untuk membuktikan dapatan tinjauan soratan kajian ini dapat dianalisiskan dengan data-data parametrik.


Reference
  • No Data Recorded