Pembinaan Kerangkan Konseptual Kajian Mengenai Rangka Kerja Pembangunan Ilmu Metakognitif Untuk Work-Based Learning (WBL) Politeknik Malaysia
List of Authors
  • Z. Mohamad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • TVET merupakan pendekatan pembelajaran yang mempersiapkan diri seseorang pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang sangat berkaitan dengan pekerjaan yang bakal diceburi. Proses pendidikan selain pendidikan umum yang melibatkan pembelajaran dalam bidang berkaitan teknologi dan sains, latihan kemahiran praktikal, serta sikap, pemahaman dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial. Justeru, Work Based Learning (WBL) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan dua medium pembelajaran iaitu pembelajaran teori di institusi dan pembelajaran kemahiran di industri yang bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bidang yang tinggi. Program yang menggunakan kaedah ini telah berkembang apabila politeknik meneruskan penawaran program menggunakan kaedah WBL dalam program Ijazah Sarjana Muda Teknologi kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) dengan kepujian (BEU). Kolaborasi pintar antara Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PSA) bersama tiga (3) konsesi hospital dan beberapa syarikat berkaitan. kajian menunjukkan melalui proses pelaksanaan yang jelas dan penilaian yang mantap membolehkan pelajar mendapat pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang cemerlang Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kerangka teori kajian berkaitan pembangunan ilmu metakognatif untuk WBL politeknik Malaysia.

     


Reference
  • No Data Recorded