Abstrak: Kepuasan kerja seseorang individu datangnya daripada individu yang sentiasa ingin menyumbang kepada yang berupaya untuk menjayakan sesebuah institusi. Kepuasan kerja para guru perlu bagi menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek termasuklah beban kerja, tanggungjawab serta untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepuasan kerja guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran sekolah menengah di Utara Sarawak. Untuk itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji perbezaan kepuasan kerja berdasarkan jantina, umur, taraf pendidikan serta pengalaman mengajar dalam kalangan guru program pendidikan khas integrasi (PPKI) masalah pembelajaran bagi sekolah menengah di utara Sarawak. Popuasi kajian adalah 65 orang guru PPKI di Utara Sarawak dan sampel sebanyak 59 orang dipilih secara rawak. Selidik ini menggunakan kaedah kuantitatif bertinjauan serta menggunakan intrumen kajian sebagai borang soal selidik. Data kajian disemak menggunakan perisian SPSS dan kaedah deskriptif seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan analisis peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keceriaan bekerja dalam kalangan pengajar PPKI adalah tinggi, dan ciri demografi tidak memberi kesan kepada kepuasan kerja guru. Tahap puas hati kerja guru yang tinggi adalah petunjuk utama untuk memastikan kesejahteraan guru dan perkembangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Kata Kunci: Kepuasan kerja, Guru Program Pendidikan Khas integrasi, masalah pembelajaran
Abstract: An individual's job satisfaction comes from an individual who always wants to contribute to the success of an institution. The teachers' job satisfaction is necessary to adapt in various aspects including workload, responsibilities and to improve the quality of their teaching and learning. The objective of this study is to identify the job satisfaction of the teachers of the Special Integration Education Program (PPKI) learning problems in secondary schools in North Sarawak. For that, a study was conducted to examine the differences in job satisfaction based on gender, age, education level and teaching experience among teachers of special integration education program (PPKI) with learning problems for secondary schools in northern Sarawak. The study population was 65 PPKI teachers in North Sarawak and a sample of 59 people was randomly selected. This study uses a quantitative survey method and a questionnaire is used as a research instrument. The study data was reviewed using SPSS software and descriptive methods such as mean, standard deviation, frequency and percentage analysis. The findings of the study show that work enthusiasm among PPKI instructors is high, and demographic characteristics do not affect teacher job satisfaction. High teacher job satisfaction is the main indicator to ensure the well-being of teachers and the development of students with special educational needs.
Keywords: Job satisfaction, Integrasion Special Education Program teachers, masalah pembelajaran