Tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid B40 di sekolah luar bandar
List of Authors
  • Mohammad Fadzia Termize , Ruhizan Mohd

Keyword
  • Tahap sokongan ibu bapa, murid golongan B40, sekolah luar bandar

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid B40 di sekolah luar bandar di dua buah sekolah daerah Kapit, Sarawak. Secara khususnya, kajian ini memfokuskan tiga persoalan penting iaitu untuk mengkaji dari segi perbincangan di rumah, penjagaan di rumah dan komunikasi di rumah antara murid dengan ibu bapa. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang murid golongan B40 yang bersekolah di sekolah rendah yang terletak di luar bandar Kapit. Instrumen soal selidik berbentuk dichotomous telah digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2019 bagi menganalisis jumlah dan peratus hasil kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid B40 di sekolah luar bandar adalah pada tahap yang tinggi berdasarkan skor peratus setiap soalan yang dikemukakan. Kesimpulannya, sokongan ibu bapa amat penting dalam membantu pembelajaran murid B40 yang memberi focus kepada murid yang berada di luar bandar.

Reference
  • 1. Anisa,S. (2015). Keterlibatan, sokongan pembelajaran dan pencapaian pelajar berdasarkan gender peringkat persekolahan dan lokasi. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    2. Bachman, J.H. (2010). Parent involvement and children's academic and social development in elementary school. Child Devolepment Journal.

    3. Buletin Anjakan. (2015). Peluasan pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK). Kementerian Pendidikan Malaysia.

    4. Dishion, T. J., Nelson, S. E. & Yasui, M. (2005). Predicting early adolescent gang involvement from middle school adaption. Journal of Clinical Child Adolescent Psychology, 34(1), 62-73.

    5. Fauzi, S., Jamal, A. & Mohd Saifoul, Z.N. (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Universiti Utara Malaysia.

    6. Jain-chandra, S., Kinda, T., Kochhar, K., Piao, S. & Schauer, J. (2016). Sharing the Growth Dividend: Analysis of Inequality in Asia. IMF Working Paper 48:1-56.

    7. Mohamad, J.S., Norul, K.I., Nur Awanis, A.Z., Nurul, H.Y. & Siti, A H. (2009). Kajian terhadap kesedaran pendidikan di kalangan masyarakat orang asli. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009. 3-5 Februari. Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, UMS Sabah. Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah.

    8. Mohammed, S.I., Ahmad Zabidi, A.R. & Husaina, B.K. (2015). Strategi implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

    9. Stiglitz, J. E. (2014). The Price of Inequality: How Today’s Divided Society Endangers Our Future. Sustainable Humanity, Sustainable Nature: Our Responsibility:1-21