Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru Bahasa Iban sekolah rendah daerah Sri Aman terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Bahasa Iban
List of Authors
  • Emily Angelina Charles Terry , Nurfaradilla Mohamad Nasri

Keyword
  • Bahasa Iban, Guru Bahasa Iban, Tahap kesediaan, Tahap pengetahuan, Multimedia

Abstract
  • Multimedia merupakan salah satu aspek yang digunakan secara meluas seiring dengan peredaran masa namun terdapat kajian menyatakan multimedia tidak diadaptasi secara menyeluruh ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Iban (GBI) terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran. Kaedah kajian ini adalah kuantitatif dengan edaran soal selidik atas talian secara rawak kepada Guru Bahasa Iban di sekolah rendah daerah Sri Aman. Seramai 102 guru yang terlibat dalam kajian ini. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16.0. Seterusnya, statistik deskriptif dalam kajian ini akan melibatkan aspek seperti frekuensi, skor min dan juga peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian–t dan ANOVA pada tahap kesignifikanan p <0.05. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat membantu pihak sekolah, guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Bahasa Iban dalam menambah baik usaha atau program ke arah penyediaan guru yang berkemahiran, berpengetahuan serta bersedia untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang bagi membantu dalam meningkatkan minat dan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Iban.

Reference
  • 1. Abdul Halim Tamuri., Mohamad Khairul Azman Ajuhay., 2010. Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berkesan konsep mu’allim. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (1): pp. 43-56. ISSN 1985-623.

    2. Abdul Razaq Ahmad., Mohd Mahzan Awang., Ahmad Ali Seman., Ramle Abdullah., 2013. The Skills of Using History Textbooks In Secondary School. Asian Social Science, 9(12), 229-236.

    3. Ammah., E. S., 2017. Pengembangan ICT (Information Communication Technology) Sebagai Solusi Inovatif Pembelajaran Bahasa Indonesia di Era Tsunami Digital. Tarbiyatuna, 1(1), 48-57.

    4. Asmita, H.D. (2013). Colaborative Learning As Effective Teaching. Global Online Electronic International Interdisciplinary Research Journal. 2(1), pp. 400-403

    5. Cabrera, D. 2013. Integrating multimedia in your courses. Faculty Development and Instructional Design Center.

    6. Dian Novitasari. 2016. Pengaruh penggunaan multimedia interaktif terhadap kemampuan pemahaman konsep matematis Siswa. Universitas Muhammadiyah Tangerang. Jurnal Pendidikan Matematika dan Matematika.

    7. Fadilla Anak Layang., Zamri Mahamod., 2019., Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think., Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1) (2019): 37-44.

    8. Kassim, H. Nicholas, H. Ng, W. 2014. Using A Multimedia Learning Tool To Improve Creative Performance. Thinking Skills and Creativity, 13, 9–19.

    9. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)., 2013. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia (Vol. 53).

    10. Khodijah Abdul Rahman., Siti Zaharah Mohid. Roslinda Ramli. 2018. Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Agama di Selangor. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Proceeding of IC-ITS 2018 e-ISBN:978-967-2122-64-74th International Conference on Information Technology and Society.

    11. Magdeline anak Nor. (2008). Sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Iban dan pertaliannya dengan gaya pengajaran guru. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    12. Majed Abdoh Alsam., 2016. The Impact of Using Multimedia in an Online Learning Setting for College Students. International Journal of Educational Research and Information Science. Vol 2, No. 4, pp. 108-121

    13. Mohd Asnorhisham Adam, and Abdul Rahim Bin Hamdan, (2017) Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 66-73. ISSN 2180-4842

    14. Mohd Mahzan Awang., Abdul Razaq Ahmad., Nur Sazwani Abdul Talib., 2016. Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan Sejarah Pada Abad Ke-21 Dan Hubungannya Dengan Minat Belajar Sejarah. Fakulti pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pemikir Akademik.7: 44-56

    15. Mohd Qhairil Anwar Azahar., Zamri Mahamod., 2018. Tahap perbezaan pengetahuan, Sikap dan Amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN:2180-4842. Vol. 8, Bil 2.

    16. Rafiza Abdul Razak., Maryam Abdul Rahman., 2013. Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan guru ICTL. JUKU, 1(2), 20-31.

    17. Wan Nurul Syuhada Wan Hassan., 2017. Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menenggah Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Asean Comparative Education Research Journal on Islamic And Cilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 13

    18. Zamri Mahmod., Magdeline anak Nor., 2012. Penguasaan Pengetahuhan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Iban. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. GEMA online Jurnal of Language Studies. Volume:12(2).

    19. Zamri Mahamod., 2014. Inovasi P dan P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    20. Zarina Binti Abdul Rashid., 2016. Tahap Kesediaan Guru Dalam Aspek Pengetahuan Dan Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi KBAT. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    21. Zuraidah Baharuldin. Shahrir Jamaluddin. Mohd Shahril Nizam Shaharom. Sumaia Mohammed Radman Zaid.2019. The Role of Teacher Readiness as a Mediator in The Development of ICT Competency in Pahang Primary School. University of Malaya. Journal of Educational Researcch and Indigeneous Studies Volume: 2 (1).