Model Thayer, Proses Penyelidikan STEM dan Bioteknologi
List of Authors
  • Kok Hin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pemetaan di antara proses pengajaran dan pembelajaran bioteknologi dengan Thayer Model dan proses penyelidikan STEM jarang dijalankan dalam subjek sains tambahan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian untuk menyepadukan Model Thayer dan proses penyelidikan STEM dalam topik bioteknologi. Dapatan kajian ini mendapati bahawa langkah-langkah dalam Model Thayer dan proses penyelidikan STEM dalam aktiviti-aktiviti modul M-Biotek-STEM. Justeru, pelaksanaan kajian dengan modul M-Biotek-STEM ini dijangka dapat membantu pelajar aliran teknik dan vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek sains tambahan ini. Implikasi kajian ini adalah pengintegrasian elemen-elemen dalam Model Thayer dan proses penyelidikan STEM dalam modul ini dapat membina semula pengetahuan baharu dan relevan dengan kehidupan seharian. Pelajar juga dapat mengamalkan pembelajaran aktif secara hands-on serta menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah yang disyorkan dalam Thayer Model dan proses penyelidikan STEM.


Reference
  • No Data Recorded