Analisis komunikasi lisan dalam soal jawab kes jenayah terpilih
List of Authors
  • Arjunaiti Abdullah , Darwalis Sazan , Md Zahril Nizam Md Yusoff , Mohd Najib Abdul Rahim , Noriah Mohamed

Keyword
  • Komunikasi lisan, soal jawab, siasatan, lakuan tutur, prinsip kerjasama

Abstract
  • Soal jawab merupakan proses komunikasi lisan yang sangat penting dalam rutin penyiasatan pegawai polis untuk pengumpulan sebahagian maklumat berkaitan sesuatu kes jenayah. Peserta yang terlibat dalam soal jawab menghasilkan pelbagai lakuan tutur dan hubungan kerjasama perbualan. Penghasilan ujaran dapat memperlihatkan keberkesanan atau ketidak berkesanan komunikasi lisan yang berlaku. Kajian ini merupakan tinjauan awal untuk menganalisis maklumat linguistik berpandukan pendekatan kualitatif. Data soal jawab diperoleh daripada satu kes jenayah pencerobohan rumah yang disiasat di bawah Akta 574 Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Data ini ditranskripsi dalam bentuk tulisan daripada rakaman audio. Tipologi lakuan tutur Searle (1969 dan 1985) dan prinsip kerjasama Grice (1975 dan 1989) digunakan untuk menghuraikan data secara berpada. Analisis lakuan tutur mendapati bahawa PPJ menggunakan lakuan tutur direktif dan representatif, manakala SBJ pula menghasilkan lakuan tutur representatif, komisif, dan ekspresif. Setiap lakuan tutur daripada kedua-dua peserta memaparkan subfungsi lakuan tutur tertentu untuk mencapai matlamat komunikasi masing-masing. Analisis prinsip kerjasama yang difokuskan terhadap respons SBJ pula mendapati bahawa pematuhan maksim SBJ terdiri daripada maksim kualiti, kuantiti, hubungan dan gaya bagi mengatur kelancaran perbualan. Namun begitu, SBJ turut sengaja melanggar semua maksim ini untuk mewujudkan situasi penolakan, percanggahan dan kekaburan terhadap keterangan yang diberikan. Hasil daripada kajian ini, penghasilan ujaran PPJ dan SBJ dapat menentukan kelangsungan komunikasi dan memberi implikasi tertentu terhadap suatu keterangan undang-undang.

Reference
  • 1. Amirah Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). Implikatur dalam Kes “Pembunuhan Noritta”: Analisis Teori Relevans. Jurnal Bahasa, 13(1), 20-31.
    2. Coulthard, R. M. (1992). Forensic Discourse Analysis. In Coulthard, R.M. (ed.) Advances In Spoken Discourse Analysis (pp. 242-258). London: Routledge.
    3. Coulthard, R. M. & Johnson, A. (2007). An Introduction to Forensic Linguistics: Language in Evidence. London & New York: Routledge.
    4. Eti Setiawati dan Tulus Wahjuono. (2020). The Speech Acts of the Police Investigator on a Banking Criminal Act in the Police Investigation Report: A Pragmatic Study. Journal of Talent Development and Excellence. 12(1), 44-54.
    5. de Saussure, L. & Rocci, A. (2016). Verbal Communication. An Introduction. In Rocci, A. & de Saussure, L. Verbal Communication (pp. 3-20). Berlin: de Gruyter.
    6. Fisher, R. P. & Perez, V. (2007). Memory-enhancing techniques for interviewing crime suspects. In, S. A. Christianson (ed.) Offenders’ Memories of Violent Crimes. (pp. 329–354) Chichester: Wiley.
    7. Jefferson, G. (2004). Glossary of Transcript Symbols with an Introduction. In Lerner, G. H. Conversation Analysis: Studies from the First Generation (pp. 13-31). Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.
    8. Kreidler, C. W. (1998). Introduction English Semantic. New York: Routledge.
    9. Grice, H. P. (1975). Logic and Conversation. In P. Cole and J. Morgan (eds) Syntax and Semantics (pp. 41-58). New York: Academic Press.
    10. Grice, P. (1989). Studies in the Ways of Words. Cambridge : Harvard University Press.
    11. Huang, Y. (2006). Speech acts. In Brown, K. (ed.) The Encyclopedia of Language and Linguistics (pp. 656-665). New York: Elsevier Science.
    12. Huang, Y. (2007). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.
    13. Kroeger, P. R. (2018). Analyzing Meaning: An Introduction to Semantics and Pragmatics. Berlin: Language Science Press.
    14. Linfoot-Ham, K. (2006). Conversational Maxims in Encounters with Law Enforcement Officers. Journal of Speech, Language and the Law, 13(1), 23-54.
    15. Md Zahril Nizam Md Yusoff. (2020). Analisis Ciri-ciri Terpilih Wacana Forensik dalam Interaksi Siasatan Kes Jenayah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.
    16. Noraini Ibrahim. (2008). Membina Keterangan: Pemeriksaan Utama Sebagai Titik Permulaan*. Jurnal e-Bangi, 3(3), 1-23.
    17. Ruzlan, et. al. (2018). Pengumpulan Data Kualitatif dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    18. Searle, J. R. (1969). Speech Acts. Cambridge: Cambridge University Press.
    19. Searle, J. R. & Vanderveken, D. (1985). Foundations of Illocutionary Logic. Cambridge: Cambridge University Press.
    20. Shuy, R. (2011). The Language of Perjury Cases. New York: Oxford University Press.
    21. Shuy, R. (2013). The Language of Bribery Cases. New York: Oxford University Press.
    22. Solan, L. M. & Tiersma, P. M. (2005). Speaking of Crime: The Language of Criminal Justice. Chicago: The University of Chicago Press.
    23. Undang-undang Malaysia. (2015). Akta 574 Kanun Keseksaan. Lembaga Penyelidikan Undang-undang. Selangor: International Law Book Services.