Persepsi terhadap tahap keberkesanan pengangkutan awam
List of Authors
  • Mohd Syafiq Asyraaf Mohd Talmizi , Zurinah Tahir

Keyword
  • Pengangkutan awam, keberkesanan, perkhidmatan, kualiti, kepuasan pengguna

Abstract
  • Pengangkutan dan jalan perhubungan merupakan aset yang penting dalam meningkatkan tahap aksesibiliti masyarakat untuk ke sesuatu tempat. Pembangunan infrastruktur ini berupaya memberi impak besar dalam memastikan keberkesanan sistem aliran barangan dan manusia bergerak dengan lancar dan sempurna. Namun begitu, pengangkutan yang beroperasi ini masih dibelenggu dengan isu perkhidmatan yang tidak kesudahan seperti isu tambang yang berbeza, kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan, kepadatan penumpang yang menimbulkan ketidak selesaan dan jadual waktu perjalanan yang tidak menentu. Malahan juga elemen keselamatan penumpang turut dipertaruhkan kerana pengangkutan ini tidak mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan pengangkutan awam di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif terhadap seramai 132 orang responden yang terdiri daripada penduduk di kawasan perumahan Taman Tenaga di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa tahap keberkesanan pengangkutan awam darat di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Keadaan kemudahan infrastruktur juga berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai oleh masyarakat. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan layanan daripada pengusaha kepada pengguna. Dalam pada itu, strategi yang lebih berkesan dan sistematik perlu diguna dan dipraktikan oleh penggusaha dalam memastikan mutu pengangkutan awam berada di tahap yang lebih baik. Hal demikian, strategi supaya pengguna untuk terus menggunakan pengangkutan awam dari segi faktor kebolehpercayaan adalah dengan meningkatkan tahap keberkesanan pengangkutan awam pada tahap yang lebih baik. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian ini dapat membantu pihak pengusaha bas ekspres dalam menjamin keselesaan dan keselamatan terhadap pengguna dan seterusnya berusaha membuat perancangan yang lebih baik demi mendapat kepuasan pengguna demi menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Reference
  • 1. Amirah Syuhada. (2015). Mengkaji tahap Kepuasan Terhadap Perkhidmatan Bas Ekspress di Terminal Bas Jerteh, Besut, Terengganu. Ijazah sarjana Muda Tesis. Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
    2. Dewi Budhiartini Juli Isnaini. (2007). Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Kajian Kes: Laluan Medan-Pematang Siantar. Ph.D. Tesis. Pusat Pengajian Perumahan Bangunan Dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia.
    3. Haliza Abdul Rahman. (2017). Menerap Unsur Kelestarian Dalam, Sektor Pengangkutan Darat Di Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 16(1): 75-83.
    4. Harifah Mohd Noor, Mazdi Marzuki, Jabil Mabjabil, Oliver Valentine Eboy (2016). Keberkesanan Perkhidmatan Bas Mini di Kota Kinabalu Sabah. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 12(12): 50-62.
    5. Maziah Osman, Siti Syuhada Abd Rahman, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri. (2016). Kepuasan Terhadap Kualiti Perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang. Proceeding of the 2nd International Conference on Economics & Banking. 24-25 Mei.
    6. Mohd Hisam Bin Hj Said. (2016). Pengurusan Terminal Bas Milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Terminal Tun Sri Lanang Kota Tinggi. Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia.
    7. Muhamad Nazri Borhan, Nurul Aishah Abd. Rahman, Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat. (2013). Kesan Kenaikan Harga Bahan Bakar Penggunaan Pengangkutan Awam. Jurnal Teknologi. 65(2): 129-133.
    8. Muhamad Nazri Borhan, Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Aminuddin Ismail, Norliza Mohd Akhir (2013). Kesan Masa Perjalanan Bas Dan Bayaran Tempat Letak Kereta Terhadap Penggunaan Pengangkutan awam Di Putrajaya. Jurnal Teknologi. 61(1): 67-71.
    9. Muhamad Razuhanafi Mat Yazid, Muhamad Nazri Borhan & Rozmi Ismail. (2018). Faktor analisis pendorong dan penghalang kepada kenderaan tidak bermotor di Bangi (Factor analysis to encourage and discourage non-motorised vehicles in Bangi) Akademika 88(1): 209–224.
    10. Na’asah Nasrudin, Katiman Rostam & Rosniza Aznie Che Rose. (2014). Persepsi Penduduk Shah Alam Terhadap Dasar Pengangkutan dan Kesediaan Mengguna Pengangkutan Mampan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 10(2): 133-142.
    11. Nizamuddin Zainuddin, Ezanee M. Elias. (2017). Aplikasi Teknologi Kelestarian (HYBRID) Pada Pengangkutan Awam (bas) Di Bandar Satu Pendekatan Deskriptif. Universiti Utara Malaysia. Journal of Technology and Operations Management. 1: 71-87.
    12. Noorazlina Asman. (2014). Promoting Public Transport By Improving Service Quality. Degree thesis. Faculty of Civil Engineering and Earth Resources, Universiti Malaysia Pahang. 13. Nur Arina Ishak. 2018. Kajian Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Perkhidmatan Bas Di Terminal Bas Pulau Pinang.
    14. Shariff Umar. (2013). Impak Infrastruktur Pengangkutan Darat Ke Atas Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia. Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII). Johor Bahru, 7-9 Jun.
    15. Siti Faridah Mohd Sunif. (2011). Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Malaysia. Ijazah Sarjana Muda Tesis. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.