Tahap kesediaan guru arus perdana terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif: Tinjauan di sekolah menengah daerah Gombak
List of Authors
  • Mohd Hanafi Mohd Yasin , Nirmala Palaniandy

Keyword
  • Program pendidikan inklusif, guru arus perdana, tahap kesediaan guru, murid bekeperluan khas, sekolah menengah

Abstract
  • Program pendidikan inklusif merujuk kepada program memberi pendidikan kepada semua murid bekeperluan khas di kelas arus perdana bagi mengikuti pembelajaran di arus perdana. Kajian ini berfokus kepada empat elemen tahap kesediaan iaitu pengetahuan, kemahiran mengajar, sikap dan persepsi guru. Reka bentuk kajian tinjauan ini yang berbentuk pendekatan kuantitatif telah mengkaji 12 buah sekolah menengah yang melaksanakan program pendidikan inklusif di Daerah Gombak bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 76 orang guru arus perdana yang terlibat dengan program pendidikan inklusif. Kajian ini menggunakan soal-selidik dalam bentuk google form. Data kajian yang diperoleh ini dianalisis melalui SPSS versi 23. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Bagi pengetahuan nilai min pada tahap sederhana manakala kemahiran mengajar serta sikap dan persepsi pada min tinggi. Ujian Anova sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam pengetahuan dan kemahiran mengajar berdasarkan pengalaman mengajar guru. Manakala hasil keputusan korelasi Pearson yang di perolehi menunjukkan bahawa pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan serta sederhana dengan kemahiran mengajar guru dan sikap guru. Kemahiran mengajar guru juga mempunyai hubungan signifikan serta tinggi dengan sikap guru. Tahap pengetahuan guru arus perdana dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif masih pada tahap yang sederhana. Guru arus perdana perlu mempertingkatkan tahap pengetahuan melalui bengkel, kursus dan kaedah-kaedah lain lagi bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas di arus perdana.

Reference
  • 1. Abdul Rahim Hamdan Husin, Muhammad Khairul Anuar (2016) Persepsi guru aliran perdana terhadap Inklusif. 2 nd international seminar on quality and affordable education (ISQAE 2013) 265-270

    2. Biamba (2016). Inclusion and classroom practices in a Swedish school: A case study of a school in Stockholm. Journal of Education and Practice 7 (3),119-124.

    3. Faiza Abbas, Aneeka Zafar, Tayyaba Naz dan Allama Iqbal (2016) Footsteps towards inclusive education. Journal of Education and Practise 7 (10),48-52.

    4. Nind, M. Rix, J. Sheehy, K., & Simmons, K. (2005). Curriculum and pedagogy in Inclusive Education: Value into practise. London: Routledgefalmer

    5. Mohd Hanafi Yasin, Hasnah Toran & Nor Azizah Abd Majid. (2015). Penerimaan ibu bapa terhadap program Pendidikan Inklusif UKM Bangi: Fakulti Pendidikan UKM

    6. Mohd Hanafi Yasin, Norliah Mohd Amin. (2016). Pelaksanaan program Pendidikan Inklusif murid bekeperluan khas dalam pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015) International Conference on special education in Southeast Asia Region 6 th series 2016.

    7. Mohd Moktar Tahar, Farhana Najib (2019). Kesediaan guru aliran perdana terhadappelaksanaan pendidikan inklusif. E-prosiding persidangan antarabangsa sains sosial kemanusiaan 2019: 23-25 April.

    8. Muhammad Zulhilmi bin Hussein, Norshidah binti Mohammaed Salleh (2020). Level of preparation of the inclusive program (Holistik Model) in three pilot school in Sabah state. Social Science, Education &Humanities Vol 3 2020

    9. Muna Amr, M. A., Bassam Al-Abdallat (2016). Primary School Teachers’ Knowledge, Attitudes and Views On Barriers to Inclusion in Jordan. International Journal of Special Education, 31(1) 1-6.

    10. Mohd Lazim Abdullah, Aslina Nasir (2020). Statistik Pentaabiran dan Analisis Data. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Terengganu

    11. Newton, N., Hunter-Johnson, Y., Gardiner Farquharson, B. L., & Cambridge, J. (2014). Bahamian teachers perceptions of inclusion as a foundational platform for adult education programs. International Journal of Special Education, 29(3) 26-37.

    12. Noor Aini Ahmad. 2014. Pengurusan program pendidikan inklusif bagi murid bermasalah pembelajaran: Kajian secara naratif inkuiri. Management Research Journal (3) 38-52

    13. Shephard K.G Fowler S. McCormick, J., Wilson C, L, & Morgan, D. 2016. The search for role clarity: Challenges and implications for special education teacher preparation. Teacher education and special educations 83-97.