Sumbangan kemahiran TMK, pengetahuan dan sikap guru terhadap kadar penggunaan virtual learning environment
List of Authors
Susila Pichaiya Ramalingam
Keyword
Kadar VLE, Kemahiran TMK, Sikap Guru, Pengetahuan Guru
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan kemahiran TMK, pengetahuan dan sikap guru terhadap kadar penggunaan VLE di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Tamil di SJKT. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan VLE dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Tamil. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada sikap, pengetahuan dan kemahiran TMK guru boleh meramalkan kekerapan penggunaan VLE. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Responden kajian terdiri daripada 150 orang guru SJKT yang mengajar subjek Bahasa Tamil yang dipilih secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dengan skala Likert 5 digunakan untuk memperolehi data kadar penggunaan VLE di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Tamil di SJKT. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan juga analisis regresi linear berganda. Kadar penggunaan VLE diukur berdasarkan kekerapan log masuk guru ke laman VLE bagi tempoh masa dua bulan, iaitu bermula dari awal Januari hingga hujung Februari 2020. Keputusan menunjukkan min kekerapan penggunaan VLE adalah sederhana iaitu 8.24 dalam tempoh dua bulan, atau secara purata 4 kali sebulan (purata sekali seminggu). Lebih separuh responden (77 orang guru) mencatatkan purata log masuk ke laman VLE sebanyak 10 kali dalam seminggu. Namun terdapat juga guru yang mencatatkan log masuk yang rendah, contohnya seramai 21 orang guru yang log masuk ke laman VLE sebanyak 1 kali dalam tempoh sebulan. Hasil kajian menunjukkan guru merasakan mereka mempunyai sikap positif (4.88) terhadap penggunaan VLE dalam PdPc. Selain itu, guru merasakan mereka mempunyai pengetahuan (4.94) yang tinggi dan mempunyai kemahiran TMK (4.95) yang tinggi. Keputusan analisis regresi linear berganda menunjukkan hanya kemahiran TMK guru dapat meramalkan kadar penggunaan VLE dalam PdPc. Kesimpulannya, kadar penggunaan VLE dalam PdPc Bahasa Tamil di SKJT umumnya pada tahap sederhana, dan kadar penggunaan ini mempunyai hubungan signifikan dengan kemahiran TMK guru. Implikasinya, fokus latihan harus ditumpukan kepada usaha meningkatkan kemahiran TMK guru sepaya pelaburan KPM yang tinggi untuk penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan mencapai matlamat yang dihasratkan.
Reference
1. Abdul Halim & Mohd Najib. (2016). Penggunaan Aplikasi Rangkaian Sosial Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuala Terengganu. Politeknik Kuala Terengganu.
2. Abdul Khalil & Adnan. (2017). Reka bentuk model program perkembangan profesionalisme guru Malaysia. PhD thesis, University of Malaya.
3. Abdul, R.H. & Jamaluddin.B. (1998). Penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Dicapai pada 10 November, 2020, daripada http://www.penerbit.ukm.my/jpend23- 4.html.
4. Abdul, R.J. & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Vol. 3, Bil. 2: 49-63.
5. Abdulahi, A. A., NorHidayati, Z., & Elmi, A. H. (2012). An evaluation of virtual learning environment readiness in higher education institutions (HEIs). Journal of Information Systems Research and Innovation, 2, 86–94. Dicapai Daripada http://seminar. utmspace.edu.my/jisri.