Perbandingan kualiti udara antara kawasan perindustrian Pasir Gudang dan aktiviti pertanian di Kota Tinggi, Johor
List of Authors
  • Mastura Mahmud , Nureen Annisa Shahlan

Keyword
  • Kualiti udara, pencemaran udara, jerebu, Pasir Gudang, Kota Tinggi, kegiatan ekonomi

Abstract
  • Kualiti udara di dua tempat yang berbeza penggunaan guna tanah di Johor dikaji untuk mendapat kepastian sama ada terdapat perbezaan antaranya. Pasir Gudang didominasi oleh kegiatan perindustrian, dengan nilai Enhanced Vegetation Index (EVI) antara 0.14 hingga 0.16 mewakili kawasan yang kurang ketumpatan tumbuhan manakala EVI lebih tinggi antara 0.42 hingga 0.65 terdapat di Kota Tinggi. Data kualiti udara seperti zarah terampai (PM10), Indeks Pencemaran Udara (IPU), gas nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon dan karbon monoksida dianalisis melalui kaedah statistik deskriptif dan ujian-t. Kualiti udara di Pasir Gudang ternyata lebih tercemar berbanding Kota Tinggi, kecuali untuk gas ozon yang lebih tinggi di Kota Tinggi kerana pelepasan bahan sebatian organik meruap daripada tumbuhan kelapa sawit menghasilkan ozon melalui reaksi kimia dalam kehadiran matahari. Selain itu, fenomena jerebu rentas sempadan pada tahun 2013 menyebabkan kemerosotan kualiti udara dengan bacaan tertinggi PM10 di Pasir Gudang sebanyak 459 μg/m3 berbanding 438 μg/m3 di Kota Tinggi, manakala bacaan tertinggi pada 2015 adalah 351 μg/m3 (Pasir Gudang) berbanding 244 μg/m3 di Kota Tinggi. Nilai harian tinggi ini melebihi had kriteria New Malaysian Ambient Air Quality Standard (2020) di samping mencapai tahap IPU merbahaya pada 2013 dan sangat tidak sihat pada 2015. Terdapat perbezaan kualiti udara antara kedua tempat ketika tiada jerebu, manakala sewaktu peristiwa jerebu pada 2013 nilai IPU dan PM10 adalah daripada populasi yang sama. Hasil kajian ini boleh membantu pihak pembuat dasar dan orang awam berkenaan betapa tercemarnya udara ambien apabila jerebu rentas sempadan berlaku yang memudaratkan kesihatan mereka di samping juga kesedaran terhadap tahap kualiti udara dalam keadaan tanpa jerebu.

Reference
  • 1. Behnke, K., Kaiser, A., Zimmer, I., Bruggemann, N., Janz, D., Polle, A., Hampp, R., Hansch, R., Popko, J., Schmitt-Kopplin, P., Ehlting, B., Rennenberg, H., Barta, C., Loreto, F., & Schnitzler, J.-P. (2010). RNAi-mediated suppression of isoprene emission in poplar transiently impacts phenolic metabolism under high temperature and high light intensities: a transcriptomic and metabolomic analysis. Plant Mol. Biol., 74, 61–75.
    2. Department of Environment. (1997). A Guide to Air Pollutant Index in Malaysia. Kuala Lumpur: Department of Environment.
    3. Hasnan, H. A. (2019). Lebih 2,000 kilang di Pasir Gudang, tapi tiada zon penampan. AstroAwani, 28 Jun 2019. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-2000-kilang-di-pasir-gudang-tapi-tiada-zon-penampan-211250.
    4. Hassan, M. S. (2020). KL “ternoda” lagi. Harian Metro. 4 Mei 2020. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/574325/klternoda-lagi.
    5. Huda, N., 2019. Malaysia di tempat pertama pencemaran udara tertinggi dunia Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-tempat-pertama-pencemaranudara-tertinggi-dunia-217879 [24 July 2020].
    6. Huete, A. R., Didan, K., Shimabukuro, Y. E., Ratana, P., Saleska, S. R., Hutyra, L. R., Yang, W., Nemani, R. R., & Myneni R. (2006). Amazon rainforests green-up with sunlight in dry season, Geophys. Res. Lett., 33, L06405, doi:10.1029/2005GL025583.
    7. Huete, A., Didan, K., Miura, T., Rodriguez, E. P., Gao, X., & Ferreira, L. G. (2002). Overview of the radiometric and biophysical performance of the MODIS vegetation indices. Remote Sensing of Environment, 83, 195-213.
    8. Jabatan Alam Sekitar (2020). Status Kualiti Udara Sebelum dan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan oleh Jabatan Alam Sekitar. http://apims.doe.gov.my/public_v2/pdf/Analisis_Kualiti_Udara_Sebelum_Dan_Semasa_PKP.pdf
    9. Jardine, K., Karl, T., Lerdau, M., Harley, P., Guenther, A., & Mak, J. E. (2010). Carbon isotope analysis of acetaldehyde emitted from leaves following mechanical stress and anoxia, Plant Biol., 11, 591–597.
    10. Jiang, Z., Huete, A. R., Didan, K. & Miura, T. (2008). Development of a two-band Enhanced Vegetation Index without a blue band, Remote Sensing of Environment, 112(10), 3833-3845. 11. Kamyab, H., Chelliapan, S., Md Din, M. F., Rezania, S., Khademi, T. & Kumar, A. (2018). Palm Oil Mill Effluent as an Environmental Pollutant. Palm Oil, Viduranga Waisundara, IntechOpen, doi: 10.5772/intechopen.75811. https://www.intechopen.com/books/palm-oil/palm-oil-mill-effluent-as-an-environmental-pollutant.
    12. Laothawornkitkul, J., Paul, N. D., Vickers, C. E., Possell, M., Taylor, J. E., Mullineaux, P. M., & Hewitt, C. N. (2008). Isoprene emissions influence herbivore feeding decisions, Plant Cell Environ., 31, 1410–1415.
    13. Loreto, F. & Schnitzler, J.-P. (2010). Abiotic stresses and induced BVOCs. Trends Plant Sci., 15, 154–166.
    14. Mahmud, M. & Ab Llah, I. H. (2010). Pencemaran udara di Bukit Rambai, Melaka sewaktu peristiwa jerebu tahun 2005. Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 3(3): 30–39.
    15. Mahmud, M. & Abu Hanifiah, N. H. (2009). Pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu tahun 2005: Kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia. Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 5(2), 1 – 15.
    16. Majlis Daerah Kota Tinggi. (2020). Info Kota Tinggi, Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT). http://www.mdkt.gov.my/ms/pelawat/info-kota-tinggi [12 February 2020].
    17. Majlis Perbandaran Pasir Gudang. (2020). Laporan Jumlah Keseluruhan Penduduk di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2013-2019.
    18. Manisalidis, I., Stavropoulou, E., Stavropoulos, A. & Bezirtzoglou, E. (2020). Environmental and health impacts of air pollution: A review. Frontiers in Public Health, 8:14. doi: 10.3389/fpubh.2020.00014.
    19. Misztal, P. K., Nemitz, E., Langford, B., Di Marco, C. F., Phillips, G. J., Hewitt, C. N. , MacKenzie, A. R., Owen, S. M., Fowler, D., Heal, M. R. & Cape, J. N. (2011). Direct ecosystem fluxes of volatile organic compounds from oil palms in South-East Asia. Atmos. Chem. Phys., 11, 8995–9017.
    20. Misztal, P. K., Owen, S. M., Guenther, A. B., Rasmussen, R., Geron, C., Harley, P., Phillips, G. J., Ryan, A., Edwards, D. P., Hewitt, C. N., Nemitz, E., Siong, J., Heal, M. R., & Cape, J. N. (2010). Large estragole fluxes from oil palms in Borneo. Atmos. Chem. Phys., 10, 4343–4358.
    21. Noh, M. F. (2020). Pasir Gudang pertama dilengkapi sistem amaran pencemaran udara. Harian Metro, 23 Februari. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/547548/pasir-gudang-pertama-dilengkapi-sistem-amaran-pencemaran-udara.
    22. Rohaniza Idris. (2019). Gejala sesak nafas di Pasir Gudang sah akibat pencemaran toksik. Berita Harian, 22 Jun 2019. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/576836/gejala-sesak-nafas-di-pasir-gudang-sah-akibat-pencemaran-toksik.
    23. Sentian, J., Herman, F., Yih, C. Y. & Hian Wui, J. C. (2019). Long-term air pollution trend analysis in Malaysia. International Journal of Environmental Impacts: Management, Mitigation and Recovery, 2(4): 309–324.
    24. Shu, N. & Lee, N. (2019). Malaysia kesan tiga gas merbahaya di ruang udara Pasir Gudang. Berita Benar. 26 Jun. https://www.benarnews.org/malay/berita/my-pasirgudang-gas-190628-06282019141525.html
    25. Suhaini, N.A. (2020). Pasir Gudang dinaik taraf sebagai bandar raya. Berita Harian. 22 November. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/756939/pasir-gudang-dinaik-taraf-sebagai-bandar-raya.
    26. Surya, B., Ahmad, D.N.A., Sakti, H.H., & Sahban, H. (2020). Land use change, spatial interaction, and sustainable development in the metropolitan urban areas, South Sulawesi Province, Indonesia. Land, 9 (95), 1-43.
    27. Wikipedia. (2020). Pasir Gudang. https://en.wikipedia.org/wiki/Pasir_Gudang.