Pelaksanaan Bantuan Pendidikan Kepada Murid B40: Isu-isu dan Cadangan Penambahbaikan
List of Authors
  • Aida Hanim A. Hamid, Bity Salwana Alias, Johari Johar Mod Yusoff, Siti Haida Abd Rahman

Keyword
  • isu pendidikan, jurang pendidikan, pendidikan B40, akses pendidikan, bantuan pendidikan

Abstract
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menetapkan salah satu matlamat yang ingin dicapai adalah memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, lokasi, jantina, bangsa dan etnik. Justeru, isu dan cabaran yang menghalang matlamat tersebut perlu dikenal pasti dan diselesaikan dengan strategi yang bersesuaian. Masalah sosioekonomi merupakan antara cabaran yang menjadi punca segolongan kanak-kanak tidak dapat mengikuti arus pendidikan dengan baik dan menimbulkan isu-isu lain seperti keciciran dalam pembelajaran. Isu dan cabaran ini mesti diatasi agar tidak berterusan menjadi penyebab kanak-kanak B40 terpinggir daripada akses pendidikan berkualiti. Sehubungan itu, artikel ini mengupas isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan bantuan kepada kanak-kanak B40 selain meninjau isu dan cabaran lain berkaitan pendidikan murid B40. Selain itu, artikel ini juga mencadangkan peranan-peranan yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan, kepimpinan sekolah, guru-guru, ibu bapa, pihak berkepentingan dan komuniti setempat dalam membantu menangani isu dan cabaran yang wujud. Isu, cabaran dan strategi pelaksanaan yang terkandung dalam artikel ini akan dapat membantu pihak-pihak berkaitan dalam usaha menambahbaik pelaksaaan penyaluran bantuan dan memberi idea tentang peranan yang boleh dimainkan oleh pelbagai pihak ke arah memastikan pelajar B40 mendapat akses pendidikan yang berkualiti.

Reference
  • No Data Recorded