Peranan keluarga dalam kawalan sosial tingkah laku devian mahasiswa
List of Authors
  • Azlina Abdullah , Muhammad Khairi Nabil Ezaddin

Keyword
  • Kawalan sosial, keluarga, pelajar, kepatuhan, devian, sosiologi

Abstract
  • Kawalan sosial merupakan undang-undang yang mengikat masyarakat daripada bertindak di luar kawalan norma dan nilai yang dipersetujui bersama. Dalam aspek kawalan sosial tidak langsung, adat dan sistem kepercayaan atau keagamaan merupakanaspek yang mampu mengawal, mempengaruhi dan mengikat setiap anggota masyarakatnya daripada melakukan sesuatu yang dianggap betul atau salah. Bagi sebuah masyarakat, keluarga merupakan agen kawalan sosial yang utama dalam mengawal tingkah laku ahli-ahlinyadaripada menjadi devian. Kajian dijalankan dalam kalangan 60 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa pengajian tinggi awam di Perlis. Objektif kajian adalah mengenal pasti bentuk-bentuk kawalan sosial yang dilaksanakan oleh keluarga mahasiswa, jenis-jenis tingkah laku devian dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku tersebut. Responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian rawak mudah. Data-data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS)versi 21. Empat aspek kawalan sosial yang dijadikan sebagai indikator kajian ialah kawalan sosial tidak langsung, kawalan sosial langsung, kawalan sosial positif, dan kawalan sosial negatif -merangkumi norma, nilai, ganjaran dan hukuman. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden mengetahui, menyedari dan mematuhi hampir setiap bentuk kawalan sosial yang dilaksanakan oleh keluarga mereka. Majoriti responden bersetuju bahawa kaedah kawalan sosial tidak langsung berbentuk nilai dan kawalan negatif berbentuk hukuman adalah lebih berkesan dan berpengaruh dalam mengawal tingkah laku mereka. Bentuk-bentuk kawalan sosial keluarga didapati merupakan pengaruh utama dalam penentuan tingkah laku mahasiswa sama ada menjadi devian ataupun tidak.Kesimpulannya, seseorang itu memilih untuk mematuhi ataupun bertingkah laku devian adalah berdasarkan penerimaan, kesesuaian dan keberkesanan bentuk-bentuk kawalan sosial keluarga yang dilaksanakan terhadap diri mereka.

Reference
  • 1. Agensi Kelayakan Malaysia. 2020. Daftar Kelayakan Malaysia. https://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipta.cfm.
    2. AziziYahaya danBadrulzaman Baharom.2007.Persekitaran Keluarga dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja.Journal of Science & Mathematics Education, 1-26.
    3. Cherlin, A.J. 2008. Public & Private Families: An Introduction. (5thEdition). Michigan: McGraw-Hill.
    4. Cloward, R. 1959. Illegitimate Means, Anomie, and Deviant Behavior.American Sociological Review,24(2), 164-176. Dipetik pada 2 September 2020, daripada http://www.jstor.org/stable/2089427.
    5. Daniel, A. 2005. An Exploration of Middle and High School Students’ Perceptions of Deviant Behavior When Using Computers and the Internet. The Journal of Technology Studies, 31(1/2), 70-80. Dipetik pada 15 Julai 2020. www.jstor.org/stable/43604055.
    6. Hilderbrand, V. 1997. Parenting: Rewards and Responsibilities(Enrichment Activities: 5th Edition). McGraw-Hill Book Company.
    7. Jack Katz. 1972. Deviance, Charisma, and Rule-Defined Behavior,Social Problems, Volume 20, Issue 2, Autumn, Pages 186–202, Dipetik pada 25 Julai 2020.https://doi.org/10.2307/799613.
    8. Kementerian Pendidikan Malaysia. Statistik Pendidikan Tinggi 2018. Makro Institusi Pendidikan
    9. Tinggi. Diakses pada 25 Julai 2020. https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-danstatistik/pendidikan-tinggi/buku-perangkaan/2018-10/2401-statistik-pendidikan-tinggi2018-bab-1-pdf/file. 10. Lanctôt, N., & Le Blanc, M. 2002. Explaining Deviance by Adolescent Females.Crime and Justice,29, 113-202. Dipetik pada 15 Julai, 2020, daripada www.jstor.org/stable/1147708.
    11. Meier, R. 1982. Perspectives on the Concept of Social Control. Annual Review of Sociology, 8, 35-55. Dipetik pada 14 Julai 2020. www.jstor.org/stable/2945987.
    12. Mohd Sufiean Hassan, Maizatul Haizan Mahbob & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2018. Skala Psikometrik: Perspektif Kawalan Sosial Tidak Formal dan Pengukuhan Nilai Integriti GolonganMuda. Jurnal Komunikasi. Malaysian Journal ofCommunication (MJC) UKM Press: Universiti Kebangsaan Malaysia. 34 (4), 232-249.
    13. Nik Nursyahirah Nik Nordin & Mohd Nasir Selamat. 2018. Tingkah Laku Delikuen Pelajar dan Faktor-faktor yang Mempengaruhi. Jurnal Wawasan Sarjana. Jilid 2 (1). 1-9. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    14. Nur Hafizah Yusoff. 2018. Kawalan Sosial. Slaid. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    15. Portal Rasmi Kementerian Belia Dan Sukan. 2020. Dasar Pembangunan Belia Malaysia 1997. Dipetik pada 18 Ogos 2020. http://www.kbs.gov.my/akta-dasar/dasar.html.
    16. Remmling, G.W. 1975. Sociology of Karl Mannheim. First Edition. Hlm. 1-22, 111-119, 122-125. London: Routledge & K. Paul Publisher.
    17. Sampson, R. 1986. Crime in Cities: The Effects of Formal and Informal Social Control.Crime and Justice,8, 271-311. Dipetik pada 14 Julai 2020, daripada www.jstor.org/stable/1147430.
    18. Thio. A.C., Taylor J.D., & Schwartz M.D. 2013. Deviant Behavior(11thEdition). Pearson: USA.
    19. Wahrman, Ralph. 1970. “Status, Deviance, and Sanctions.”The Pacific Sociological Review, 13 (4), 229–240.Dipetik pada 15 Julai 2020, daripada www.jstor.org/stable/1388454.
    20. Young, K. 1946. The Handbook of Social Psychology. Cetak ulang 2000. Ed.3. Hlm. 93-119. London: Routledge Taylor & Francis Group.
    21. Zakiyah Jamaluddin & Ismail Kiprawi.2004.Ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens.Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.