Faktor Personaliti Dan Tekanan Kerja Yang Berpotensi Untuk Mendera Kanak-Kanak Di Taska Oleh Pengasuh
List of Authors
  • Hazalizah Hamzah, Sharifah Asmiza Shariff Taib

Keyword
  • Personaliti; Tekanan Kerja; Potensi untuk Mendera; Pengasuh; Kanak-Kanak

Abstract
  • Kajian ini menguji peranan lima dimensi personaliti sebagai moderator dalam hubungan antara tekanan kerja dengan potensi untuk mendera. Seramai 300 orang pengasuh taska telah terlibat sebagai responden kajian, kebanyakannya berbangsa Melayu, perempuan berumur antara 21 hingga 49 tahun. Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik yang mengandungi instrumen Big Five Inventory, Job Related Tension Index dan Brief Child Abuse Potential Inventory yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Hasil dapatan analisis moderator menggunakan perisian Hayes Process Macro versi 4.1 menunjukkan dimensi kesetujuan (β = .01, t = 1.96, p = .05) dan keterbukaan (β = .01, t = 2.51, p = .01) bertindak sebagai moderator yang signifikan dalam hubungan antara tekanan kerja dengan potensi untuk mendera. Kesimpulannya, personaliti pengasuh dan tekanan kerja berpotensi untuk mendera kanak-kanak di taska. Berdasarkan dapatan kajian ini, pihak pengurusan taska dicadangkan untuk melaksanakan ujian saringan psikologi dan penilaian psikososial semasa pengambilan pengasuh serta membangunkan modul intervensi untuk mengurus tekanan kerja.

Reference
  • No Data Recorded