Kondisi pentadbiran sekolah pada masa kini dipengaruhi oleh amalan kepimpinan lestari dan kepuasan kerja guru. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli, Kelantan. Pengkaji memilih kepimpinan lestari kerana kepimpinan ini telah diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan yang mana ianya tidak berasaskan dengan mana-mana teori kepimpinan yang lain. Ciri-ciri yang terdapat dalam diri seorang pemimpin akan mempengaruhi kepuasan kerja guru sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat kerja. Kajian ini merupakan satu kajian awal yang menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan soal selidik. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian kepada guru sekolah amanah di daerah Jeli. Data kajian dianalisis menggunakan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Sampel kajian terdiri daripada 28 orang guru dan mendapati amalan kepimpinan lestari guru besar menunjukkan berada pada tahap yang tinggi dan tahap tahap kepuasan kerja guru yang tinggi. Implikasi hasil kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan pedoman yang secukupnya kepada PPD, JPN dan KPM dalam memberi latihan untuk memperhebatkan amalan kepimpinan lestari dan menghasilkan guru besar yang cemerlang. Kesimpulannya, guru besar sekolah amanah di daerah Jeli telah mengamalkan tahap kepimpinan lestari yang tinggi dan telah memberi impak yang tinggi kepada kepuasan kerja guru.