Pengetahuan dan tingkah laku kewangan dalam kalangan miskin bandar
List of Authors
  • Syakirah Amni Nur Hasfazli , Zaimah Ramli

Keyword
  • Pengetahuan, tingkah laku, kewangan, kemiskinan, bandar

Abstract
  • Kemiskinan bandar kini telah menjadi masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh semua negara. Mereka yang miskin dan hidup di bandar pasti menghadapi masalah kewangan dengan kos sara hidup yang tinggi. Masalah kewangan ini akan menjadi lebih serius jika mereka tidak mempunyai pengetahuan kewangan yang mencukupi. Tanpa pengetahuan kewangan yang cukup, mereka akan cenderung untuk mengamalkan tingkah laku berkaitan kewangan yang tidak baik. Justeru itu, kajian bertujuan mengukur tahap pengetahuan kewangan dan mengenalpasti tingkah laku kewangan dalam kalangan penduduk miskin bandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan pendekatan kaedah survei. Populasi kajian adalah penduduk miskin yang mendiami rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Muhibbah, Bukit Jalil. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan kaedah persampelan keselesaan digunakan. Seramai 100 responden terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan kewangan yang sederhana dalam aspek simpanan, perbelanjaan, inflasi, pelaburan, pinjaman, insurans, kad kredit dan maklumat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Selain itu, tingkah laku kewangan responden juga didapati berada pada tahap yang sederhana. Implikasi kajian menyarankan agar program-program kemasyarakatan yang dapat meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku kewangan dalam kalangan miskin bandar perlu dilaksanakan bagi membantu mereka mengurus kewangan diri dan keluarga.

Reference
  • 1. Allen Ng, Adam Manaf Mohamed Firouz, Jarud Romadan Khalidi, Musaddiq Adam Muhtar, Siti Aiysyah Tumin, Tan Kar Man, Tan Theng Theng, Tan Zhai Gen. 2018. The State of Households 2018. Khazanah Institute Research.
    2. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yahya Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan Teori, Analisis & Interpretasi Data. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
    3. Bailey K. D. 1987. Methods of Social Research 3rd Edition. The Free press New York.
    4. Bank Negara Malaysia. 2017. Cabaran kewangan isi rumah miskin bandar. Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd
    5. Che Rugayah Che Ismail. 2001. Pengurusan kewangan pelajar: Satu tinjauan awal kepada keperluan kaunseling kewangan. Institut Teknologi Tun Hussein Onn.
    6. Chen-Chen Yonga, Siew-Yong Yewb & Chu-Kok Weec. 2018. Financial Knowledge, Attitude and Behaviour of Young Working Adults in Malaysia. Journal of Institutions and Economies, 10(4).
    7. Data Terbuka Malaysia. 2018. Senarai PPR/PA di bawah selian DBKL mengikut parlimen.www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senar ai-ppr-pa-di-bawah-selian-dbkl-mengikut-parlimen/resource [13Febuari 2020].
    8. Gaisina, S., & Kaidarova, L. 2017. Financial literacy of rural population as a determinant of saving behaviour in Kazakhstan. Rural Sustainability Research, 38, 32-42. 9. Gravetter, F., & Forzano, L. B. 2012. Research method for the behavariol sciences. Connecticut: Wadswort Cengage Learning.
    10. Hairi Abdullah. 1984. Kemiskinan dan Kehidupan golongan Berpendapatan Rendah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    11. Huat, S. Y., Geetha, C., & Rosle. 2010. Financial behavior amongst undergraduate students with and without financial education: A case among University Malaysia Sabah undergrades. Prosiding PERKEM V, Jilid 1, hlm 210-224.
    12. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2017. Laporan penyiasatan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas mengikut negeri dan daerah pentadbiran. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.
    13. Laman Web Rasmi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). 2014. Tingkat pengetahuan kewangan. https://www.akpk.org.my/content/611-tingkat-pengetahuan-kewangan [1 March 2020].
    14. Laman Web Rasmi Agensi Kewangan dan Perkhidmatan Kaunseling. 2018. Financial Behaviour and State of Financial Well-being of Malaysian Working Adults,AKPK Financial Behaviour Survey 2018. https://www.akpk.org.my /sites/default/files/AKPK_Financial [15 November 2019].
    15. Lusardi, A., Mitchell, O. S., & Curto, V. 2010. Financial literacy among the young. The Journal of Consumer affairs, 44(2), 358-380.
    16. Mohamad Fazli Sabri, MacDonald, M, Tahira, K. H., & Jariah Masud. 2010. Childhood consumer experience and the financial literacy of college students in Malaysia. Family and Consumer. Sciences Research Journal, 38(4), 455-467.
    17. Mohd Fadzil Abdul Rashid & Ishak Ab. Ghani. 2007. Migrasi dan kemiskinan bandar: Suatu kajian literatur. Seminar Kebangsaan Pembangunan Persekitaran & Masyarakat. Pulau Pinang: Universiti Teknologi Mara.
    18. Nor ‘Asyikin Mat Hayin. 2018. Menangani Miskin Bandar. https://www.hmetro. com.my/nuansa/2018/09/380572/menangani-miskin-bandar [2 Januari 2020].
    19. Nor Aini Haji Idris & Chamsuri Siwar. 2003. Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    20. Rajalakshumi, C., & Manivannan, L. M. 2017. A study on influence of investors’ demographic characteristics on investment pattern. International Journal of Innovative Research in Management Studies, 2(2), 16-20. 21. Rajna, R. A. 2011. Knowledge, attitude, practice and satisfaction on personal financial management among the medical practitioners in the public and private medical services in Malaysia. Tesis Sarjana Sains Perubatan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 22. Ravallion, M. 2007. Urban poverty. Mumbai: Finance and Development.
    23. Rowntree, D. 1981. Statistic without tears: A primer for non-mathematicians. London: Peguin Publishing.
    24. Suryawati, C. 2005. Memahami kemiskinan secara multidimensional. Jurnal Manajemen Pelayanan Kesehatan, 8(3), 121-129.
    25. Wan Sulaiman Wan Ibrahim. 1994. Penceraian di kalangan orang melayu di Kuala Lumpur. Universiti Putra Malaysia. 26. Zaimah, R., Sarmila, M. S., Azima, A. M., Suhana Saad, Lyndon, N., Mohd Yusof Hussain & Selvadurai, S. 2012. Tingkah laku kewangan guru di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 42-48. 27. Zainal Rashid Ahmad. 2019. Menangani isu miskin bandar. https://www.malaysia kini.com/letters/502285 [2 Januari 2020].
    28. Zuriana Mohamed & Rosniyati Abd Razak. 2012. Kajian persepsi pelajar terhadap impak kursus pengurusan kewangan peribadi Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson. Prosiding Seminar Pendidikan 2012 (EduSem'12).