Kesejahteraan Rohani Menurut Tasawuf: Asas kepada Kesejahteraan Hidup Insan
List of Authors
  • Fairuzah Basri, Mahfuzah Mohammed Zabidi, Mohamad Zaid Mohd Zin, Rohaya Sulaiman, Siti Fairuz Sujak

Keyword
  • Kesejahteraan Rohani, Kesejahteraan Sosial, Asas, Tasawuf, Komponen Kesejahteraan

Abstract
  • Ketidaksejahteraan sosial yang berlaku dalam masyarakat telah mengundang pelbagai inisiatif dan intervensi daripada pelbagai pihak dalam usaha menangani masalah tersebut. Pelbagai perspektif telah dibahaskan bagi mengemukakan asas intervensi yang tepat dalam merawat kerapuhan jiwa manusia termasuk tekanan hidup, kehilangan makna, krisis nilai dan gangguan jiwa. Rentetan daripada itu, komponen kesejahteraan rohani telah dilihat sebagai satu perkara yang sangat penting dalam aspek kesejahteraan individu. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji komponen-komponen kesejahteraan inidividu serta menganalisis komponen kesejahteraan rohani menurut kedua-dua perspektif iaitu Barat dan Islam yang akan dijelaskan berlandaskan ilmu tasawuf. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek kerohanian dalam Islam sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada aspek ketuhanan berteraskan Prinsip Tauhid merupakan tunjang utama kepada aspek kesejahteraan rohani manusia. Kajian ini penting kerana ia membuktikan kesejahteraan rohani berasaskan tasawuf memacu komponen-komponen kesejahteraan lain seperti fizikal, mental, emosi dan sosial secara tidak terpisah. Ini diperjelaskan dengan rūḥ sebagai pusat pengimbang antara jasad, akal dan nafsu. Oleh itu, kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan sosial hanya dapat dinikmati secara hakiki apabila dipandu oleh kesejahteraan rohani yang sahih dan bersumberkan wahyu.

Reference
  • No Data Recorded