Keterancaman daya tampung fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi
List of Authors
  • Muhammad Hazwan Helmi Shamsol , Rosniza Aznie Che Rose

Keyword
  • Daya tampung fizikal, fasiliti, kebersihan, keterancaman, pengunjung, sikap

Abstract
  • Keterancaman daya tampung fizikal merupakan satu ancaman yang mampu membawa sesebuah destinasi pelancongan dalam fasa bergenang dan kemerosotan seperti yang pernah dibincangkan dalam Teori Jangka Hayat Pelancongan. Bahkan ia akan memberi kesan besar terhadap tahap kepuasan pengunjung dan keinginan untuk mengadakan lawatan ulangan. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau, menghuraikan kesan daripada keterancaman tersebut, dan seterusnya menjelaskan langkah bagi menangani masalah yang wujud rentetan kejadian tersebut. Metod kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif melalui instrumen borang soal selidik terhadap 150 orang pengunjung secara rawak. Hasil kajian mendapati masalah keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di Tanjung Balau, Kota Tinggi adalah amat serius. Pengunjung memberikan pendapat negatif terhadap indikator kajian iaitu fasiliti awam yang memerlukan pelbagai usaha penyelenggaraan. Hal ini berikutan, tiada penyelenggaraan yang baik boleh mengancam keselamatan pengguna. Manakala isu serius ialah pendidikan kebersihan dalam kalangan pengunjung yang membuang sampah merata-rata dan menyebabkan pencemaran berlaku di kawasan sekitar. Sebaliknya dalam fasiliti berbayar seperti tandas awam, tahap kebersihan adalah amat tidak memuaskan dan wajar diberi perhatian dalam proses pemulihan. Keseluruhan kajian dijangkakan akan dapat memberi gambaran sebenar dan cadangan Langkah pengurusan bukan perundangan bagi meningkatkan mutu dan kualiti fasiliti awam di sekitar Kawasan Tanjung Balau.

Reference
  • 1. Atkin, B dan Brooks, A (2000). Total Facilities Management. Oxford: Blackwell Science Ltd.
    2. Ajzen, I. dan Fishbein, M. 1980. Understanding attitudes and predicting social behavior. Eagle Wood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
    3. Brown, D. W. 1996. Facility maitenance-the manager’s practical guide and handbook, New York: American Management Association. 4. Chua, Y.P. 2013. Mastering Research Statistics. Mc GrawHill Education. Kuala Lumpur.
    5. Coccossis, Harry & Mexa, Alexandra. 2004. The challenge of tourism carrying capacity assessment: theory and practice. England: Ashgate Publishing Limited.
    6. Cohen. L, Manion, L., Morrison, K. 2000. Research methods in education. Routledge Falmer, London.
    7. Enoma, A. 2005. The role of facilities management at the design stage, in khosrowshahi, F. (ed.), 21st Annual ARCOM Conference, 7-9 September 2005, SOAS, University of London. Association of Researchers in Construction Management, London, Volume 1, pp. 421–430.
    8. Hamilton, K.A., Johnson, W., Jjemba. P., Bukhari. Z., Chevallier., M.L., Haas, C.N. 2018. Health risks from exposure to Legionella in reclaimed water aerosols: Toilet flushing, spray irrigation, and cooling towers. Water Research. Vol. 134 (1): 261-279. https://doi.org/10.1016/j.watres.2017.12.022.
    9. International Facility Management Association. 2004. Definition of facility management. http://www.ifma.org/what_is_fm/index.cfm.html [13 April 2020].
    10. Fabbri Κ. 1998. A methodology for supporting decision making in Integrated Coastal Zone Management, In: Ocean and coastal zone management. Vol. 39, No. 1, pp. 51-62.Fauziah Che Leh. 2017. Keupayaan daya tampung fizikal bagi pusat pelancongan bandar di johor bahru. Jurnal Geografi: Jabatan Geografi dan Alam sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    11. George A. Devlin. 1983. Car parking: the economic of policy enforcement. Publisher: Cranfield Press, Bedford, England.
    12. Jamieson, W., Noble, A. 2000. A manual for interpreting community heritage for tourism, Training and Technology Transfer Program, Canadian Universities Consortium Urban Environmental Management Project at AIT.
    13. John Brierry. 1972. Enforcement of Parking Regulation. The Audit Commission for Local Authorities and the NHS in England and Wales.
    14. Kamaruzzaman, S.N., Zawawi, E.M.A. 2010. Development of facilities management in Malaysia. Journal of Facilities Management, Volume 8(1), pp. 75–81.
    15. Kozak M. 2000. Comparative assessment of tourist satisfaction with destinations across two nationalities. Journal of Tourism Management 22 (4), 391-401.
    16. Malaysia. 2019. Ringkasan Eksekutif Rancangan Struktur Negeri Johor 2030. Hala tuju Rancangan Negeri Johor. 17. Mandake, P. et al. 2001. Carrying capacity as a tool for tourism management, community tourism destination management: principles and practices. Canada, Canadian Universities Consortium Urban Environmental Management Project.
    18. Mohd Noor Awang. 2003. Analisis penyediaan tempat letak kereta mengikut jenis gunatanah bandar-bandar di Malaysia. Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Fakulti Alam Bina. Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia.
    19. Radin Fikri. 2019. Sejarah evolusi tandas sepanjang peradaban manusia. https://www.thepatriots.asia/sejarah-evolusi-tanda-sepanjang-peradaban-manusia/.html [2 May 2020].
    20. Reese, C. D. 2004. Office Building Safety and Health. Florida: CRC Press LCC.
    21. Rosie D. Lyles. 2015. Cleaning for Health in Public Restrooms. Head of Clinical Affairs For Clorox Professional Products Co. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) and the Chicago Antimicrobial Resistance and Infection Prevention Epicenter.
    22. Taylor, S.E. Peplau, L.A dan Sears, D.O. 1997. Social Psychology. New Jersey: Prentice Hall
    23. Tladi, K. 2012. Evaluating the Facility Manager’s Role in Project Design. Johannesburg: University of the Witwatersrand.
    24. Ugur Sunlu. 2017. Environmental Impact of Tourism. Ege University, Faculty of Fisheries, Dept. of Hydrobiology, Bornova/Izmir, Turkey: Ege University.
    25. World Tourism Organization. 1981. Saturation of tourist destinations. Report of the secretary general, Madrid.
    26. Zuhairi Abd. Hamid. 2004. Role of Information Technology In Facility Management. Buletin Ingenieur, Vol 24. pp, 25-31.