Evolusi dan dinamika geopolitik dan sosiopolitik gerakan politik di Malaysia
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • Gerakan politik, kempen, desakan, geopolitik, sosiopolitik

Abstract
  • Gerakan politik merupakan gerakan bersifat berkumpulan dan berpersatuan untuk memperjuangkan sesuatu perkara dengan cara kempen, desakan dan menyertai pilihan raya bagi mendapatkan kuasa untuk menjayakan perkara yang dijuangkan. Gerakan politik merangkumi perkumpulan berdasarkan ketua, persatuan dan parti politik yang mempunyai barisan kepimpinan, organisasi, matlamat perjuangan dan aktiviti ke arah menjayakan perkara yang diperjuangkan. Oleh itu, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis evolusi dan dinamika geopolitik dan sosiopolitik gerakan politik di Malaysia sejak sebelum merdeka sehingga masa kini. Penulisan artikel ini menggunakan pendekatan penghuraian maklumat kualitatif daripada sumber sekunder iaitu artikel jurnal, buku akademik dan kertas persidangan berdasarkan tema evolusi gerakan politik di Malaysia yang kemudiannya dianalisis berdasarkan impak geopolitik dan sosiopolitik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud geopolitik atau kuasa gerakan politik berlandaskan kepada keadaan penguasa politik pada sesuatu masa manakala sosiopolitik gerakan politik memperlihatkan penyertaan rakyat terhadap gerakan politik pada sesuatu masa adalah berdasarkan kepada isu semasa, perkembangan teknologi komunikasi maklumat, kepimpinan dan keadaan sosioekonomi semasa. Justeru, evolusi dan dinamika geopolitik dan sosiopolitik gerakan politik di negara ini amat menarik untuk dikaji dan dijadikan panduan oleh semua pihak untuk mewujudkan situasi politik negara yang aman dan stabil serta sebagai strategi bagi mendapatkan sokongan pengundi dan semua pihak dalam menjayakan matlamat perjuangan politik masing-masing berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Reference
  • 1. Abdul Halim Ramli. (2017). Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum Merdeka. Sejarah: Journal of the Department of History 18(18): 55-86.
    2. Abdul Rahman Embong. (2015). Revisiting Malaya: envisioning the nation, the history of ideas and the idea of history. Inter-Asia Cultural Studies 16(1): 9-23.
    3. Abdul Rahman Embong. (2018). Ethnicity and Class: Divides and Dissent in Malaysian Studies. Southeast Asian Studies. Special Issue: Divides and Dissent: Malaysian Politics 60 Years after Merdeka. Edited by Khoo Boo Teik. 7(3): 281-307.
    4. Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2008). The Islamic Opposition in Malaysia: New Trajectories and Directions: S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapore.
    5. Azhar Abdul Aziz & Mohd Asmadi Yakob. (2015). Sejarah Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik. Shah Alam: Imtiyaz Multimedia and Publications.
    6. Commonwealth Secretariat. (1990). General Elections in Malaysia 20-21 October 1990: The Report of the Commonwealth Observer Group. London: Commonwealth Secretariat.
    7. Fadilah Zaini & Kassim Thukiman. (2009). Pembangunan Politik Dalam Hubungan Etnik. Dlm. Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman & Thuaibah Abu Bakar. Perlembagaan Malaysia Dalam Perspektif Hubungan Etnik. Skudai: Penerbit UTM.
    8. Flint, C. (2006). Introduction to Geopolitics. London: Routledge.
    9. Ishak Saat. (2010). Caturan Politik Pelbagai Kaum Di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies 37 (2010): 68-85.
    10. Ismail Haji Ali & Abdullah Hj. Ismail. (1975). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
    11. Jamaie Hj Hamil, Faris Afiq Ikhwan Saifullah, Muhammad Suhaimi, Abdul Rahman, Mahfudzah Mustafa, Russli Kamaruddin & Muhamad @ Nadzri Mohamed Noor. (2014). Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di Malaysia. Geografia Online: Malaysia Journal of Society and Space (Themed Issue on The Social Dynamics of Malaysian Political Landscape with Special Reference to the 13th General Elections) 10: 39-53.
    12. JohorKini. (2020a). Parti Pejuang kemuka pendaftaran ke ROS. https://www.johorkini.my/parti-pejuang-kemuka-pendaftaran-ke-ros/. 19 Ogos. [17 Januari 2021].
    13. JohorKini. (2020b). Syed Saddiq hantar permohonan pendaftaran parti MUDA ke ROS. https://www.johorkini.my/syed-saddiq-hantar-permohonan-pendaftaran-parti-muda-ke-ros/. 17 September. [17 Januari 2021].
    14. Junaidi Awang Besar. (2019a). Pilihan Raya Kecil (PRK) Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di Malaysia: Faktor Sokongan, Pola dan Impak. Post-GE14 By-Elections: Implications for GE15. Subchapter: Analyses of Post-GE14 By-Elections. At Experimental Hall, Level 3, Rectory, IIUM Gombak. 28 August/Wednesday.
    15. Junaidi Awang Besar. (2019b). Pengaruh Geopolitik Kaum Dalam Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14, 2018 Di Malaysia. International Conference On Social Sciences And Humanities 2019 (ICOSSH 2019). At: Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. Organize By: Faculty Of Social Sciences And Management, Universiti Putra Malaysia Campus Bintulu, Sarawak. 8-9 October.
    16. Junaidi Awang Besar. (2019c). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space. 15(4): 220-232.
    17. Junaidi Awang Besar. (2020a). PRU-14 dan pasca PRU-14: Analisis politik di Negeri Johor Darul Takzim. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities 17(5): 81-98.
    18. Junaidi Awang Besar & Mazlan Ali. (2014). Dari Barisan ke Pakatan: Berubahnya dinamiks Pilihan Raya Umum Kuala Lumpur 1955-2013. Geografia Online: Malaysia Journal of Society and Space (Themed Issue on The Social Dynamics of Malaysian Political Landscape with Special Reference to the 13th General Elections) 10: 83-98.
    19. Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali. (2020). Geografi politik dan sosiopolitik negara. Dlm. Rosniza Aznie Che Rose, Mohd Fuad Mat Jali & Kadaruddin Aiyub. Wacana Geografi Untuk Masa Hadapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    20. Junaidi Awang Besar, Muhammad Yusuf Idris & Mohd Syukri Zainuddin. (2020). Pengaruh kepimpinan politik kepartian berasaskan etnik terhadap pola keputusan PRU DUN Sabah 2020. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities 17(9): 39-60.
    21. Kelly, N. (2008). History of Malaya & South-East Asia. Batu Caves: Crescent News (KL) Sdn. Bhd.
    22. Khalid Samad. (2013). Waspada Usaha Pecahkan PR: http://www.khalidsamad.com/2013/06/waspada-usaha-pecahkan-pr.html.
    23. Khoo Boo Teik. (2016). Networks in Pursuit of a “Two-Coalition System” in Malaysia Pakatan Rakyat’s Mobilization of Dissent between Reformasi and the Tsunami. Center for Southeast Asian Studies, Kyoto University.
    24. Lee Ban Chen. (2008). Bolehkah Pakatan tubuh kerajaan? https://www.malaysiakini.com/columns/83896. 4 Jun.
    25. Malaysiakini. (2020). NGO gesa PM, Mahathir dan Anwar cari jalan tamatkan krisis politik. https://www.malaysiakini.com/news/529595?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3_8k-N2Ls-Qfs_GOzINEuLuaaqM61y3yghluPxSl98tK9tSlqe6_vNAco. 10 Jun. [17 Januari 2021].
    26. Malaysian Digest. (2016). Bekas Setiausaha Agung PKR Dedah DAP Punca PAS Berpecah, Bentuk PAN. http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/631651-bekas-setiausaha-agung-pkr-dedah-dappunca-pas-berpecah-bentuk-pan.htm.
    27. Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shaffie. (1995). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
    28. Mohammad Ridhauddin Mohd Salleh & Nur Arfah Abdul Sabian. (2015). Tahaluf Siyasi: Antara Peluang dan Prinsip. Megamind Leadership Consultancy.
    29. Mohd. Hasbie Muda. (2014). PAS dan Pilihan Raya. Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.
    30. Mohd Rashidi Hassan. (2008). Cabaran perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat. http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:MhZ7mGhG UYJ:arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2008/7/16078/cabaran-perkongsian-kuasa-dalam-pembentukan-kerajaan-pakatan-rakyat.html+&cd=1&hl=en&ct=clnk. 30 Julai.
    31. Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria. (2015). Pasca- Islamisme dalam PAS: Analisis Terhadap Kesan Tahalluf Siyasi. International Journal of Islamic Thought 8: 52-60.
    32. Mujahid Yusof. (2009). Wajah Baru Politik Malaysia. Anbakri Publika Sdn Bhd.
    33. MyMetro. (2021). ROS tolak pendaftaran Pejuang. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/661281/ros-tolak-pendaftaran-pejuang-metrotv. 7 Januari. [17 Januari 2021].
    34. Mynewshub. (2020). Malaysia Perlukan Suatu ‘Grand Coalition’ Parti. https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/malaysia-perlukan-suatu-grand-coalition-parti/. 16 November. ]17 Januari 2021].
    35. Nordin Ariffin. (1979). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur. Petaling Jaya: Preston.
    36. Rahman Shaari. (1989). Politik Mahathir: Langkah dan Perhitungan. Kuala Lumpur: ‘D’ Enterprise.
    37. Raja Nur Faznie Aida. (2021). RoS tolak permohonan MUDA. https://www.sinarharian.com.my/article/117955/BERITA/Politik/RoS-tolak-permohonan-MUDA. 7 Januari. [17 Januari 2021].
    38. Ratnam, K. (1998). Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur. Subang Jaya: Pustaka Sarjana Sdn. Bhd.
    39. Rosnani Othman. (1996). Krisis UMNO-Semangat 46: Satu Tinjauan. Dlm. Yusof Ismail & Khayati Ibrahim. Politik Melayu dan Demokrasi. Kuala Lumpur: Penerbit A.S. Noordeen.
    40. Shafie Nor. (1994). 20 Tahun Barisan Nasional. Kuala Lumpur: Nusantara Publishing 41. Sopiah Suid & Nor Zahidi Alias. (1994). Election in Malaysia: A Handbook of Facts and Figures on the Elections 1955-1990. Kuala Lumpur: The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.
    42. Suara Pakatan Daily. (2021). http://suarapakatandaily.com/archives/31182. 8 Januari. [17 Januari 2021].
    43. Subky Abdul Latif. (2015). Yang menubuh Pakatan Rakyat Anwar: http://m.harakahdaily.net.my/index.php/subky/34819-yang-menubuh-pakatan-rakyat-anwar.
    44. Syahidulamri Khairuddin. (2016). Perpuakan PAS Era Abdul Hadi Awang 2002-Jun 2015. Megamind Leadership Consultancy.
    45. Utusan Malaysia. (2020). PH bermesyuarat bulan depan perinci idea Grand Coalition. 31 Disember. [17 Januari 2021].
    46. Wan Hamidi Hamid. (2009). Mampukah DAP membantu kemenangan Pakatan Rakyat?: The Malaysian Bar.
    47. Yusop Khan Loth Khan. (2000). Nostalgia Pilihan Raya 1955-1999: Perjalanan Menuju Abad 21. Pulau Pinang: Zainol Ahmad Resource Center.
    48. Zakry Abadi. (1990). BN & APU: Siapa Berkuasa?. Kuala Lumpur: Edaran Ilmu Sdn. Bhd.