Peningkatan kemahiran proses sains menggunakan pendekatan flipme
List of Authors
  • Lee Ping

Keyword
  • kemahiranprosessains, KBAT, SPM

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran proses sains yang merupakan satu komponen dalam mata muridan Sains Kertas 2 Bahagian A SPM dengan menggunakan pendekatan FLIPME. Sampel kajian melibatkan seramai 53 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian ini memfokuskan kepada cara menulis tujuan, membina hipotesis, mengenal pasti pembolehubah, menulis radas dan bahan, merancang prosedur dan membina jadual dengan menggunakan alat Flipme. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid masih lemah dalam kemahiran proses sains. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, pendekatan Flipme yang dibina berasaskan pendekatan KBAT diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid terutama dalam kemahiran proses sains. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan FLIPME yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam perancangan eksperimen semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran proses sains dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sains di peringkat SPM.

Reference
  • 1. Albion, P.R. (1999). Self efficacy beliefs as an indicator of teachers’ preparedness for teaching with technology. Association for the advancement of computing in Education.: http://www.usq.edu.au/users/albion/paper/site99/html

    2. Allinder, R.M. (1995). An examination of the relationship between teacher efficacy and curriculum-based measurement. Remedial & Special Education. Jul. 99, Vol. 16:P.247.

    3. Al-Mukmin Al-Kanta (2009). Kajian Tindakan Aktiviti Potongan Kertas dalam meningkatkan pencapaian murid. Kertas Cadangan Inovasi SMK. Agaseh Lahad Datu.

    4. Azizah Binti Mat Ail (2015). Analisis Penguasaan Kemahiran Penaakulan Saintifik, Kemahiran Proses Sains Dan Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Jajahan Bachok, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    5. Chan Siok Gim (1984). Acquisition of Science Process Skills Among Form IV Students in Kota Bharu. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

    6. Fatimah Ali. (1980). The Utilization Of the Malaysian Educational Television. Pendidik dan Pendidikan. 62-78. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    7. Hussin, Rohana and Kassim, Abu Hassan. (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kimia Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

    8. Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan. (2004). Pendekatan inkuiri dan pembelajaran berasaskan masalah dalam persekitaran web. Prosiding Teknologi Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

    9. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rashud Johar. (2000). Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Percetakan Warni Sdn. Bhd.

    10. Mok Soon Sang. (1991). Pedadogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    11. Samini Bt Theeran (1986). Kajian Kemahiran-kemahiran Proses Sains Bersepadu bagi Pelajar-Pelajar di Sekolah Menengah Daerah Kelang dan Kuala Langat, Selangor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

    12. Sharifah Maimunah Syed Zin, dan K. M. Lewin. (1993). Insights into Science Education: Planning and Policies in Malaysia. Paris: UNESCO.

    13. Tina Lim Swee Kim. (2002). Pembelajaran web. Kesan pendekatan konstruktivis berbanding pendekatan langsung terhadap pencapaian sains dan kemahiran berfikir aras tinggi. Tesis Master. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).

    14. Zurida, I., Syarifah Norhaidah, S.I, dan Mohd. Ali, S. (2006). Kaedah Mengajar Sains. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.

    15. Zurida Ismail. (1998). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah. Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum.1(1):109-120.

    16. Zuraidah Abd. Razak. (1988). Tinjauan persepsi pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Tengku Ampuan Durah, Seremban mengenai keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam pelajaran kimia. Jurnal Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.