Tahap penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap pemilikan tanah berstatus geran
List of Authors
  • Azima Abdul Manaf , Siti Aishah Suhana Mohd Niza

Keyword
  • Pemilikan tanah, status tanah, tanah bergeran, orang Asli,Akta 134

Abstract
  • Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia. Masyarakat Orang Asli mempunyai hak dan keistimewaan tersendiri seperti yang terkandung di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu, pemilikan tanah dirujuk secara meluas iaitu meliputi hak dan kepentingan pemilik tanah, penerima pajakan tanah rizab atau pemegang lesen untuk menduduki tanah kerajaan. Mereka dianggap sebagai pemilik tanah dan mempunyai hak penggunaan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 44 dan seksyen 45 Kanun Tanah Negara. Namun isu yang berkait dengan pencerobahan dan pembangunan tanah orang Asli telah menyebabkan tanah rayau untuk orang Asli semakin merosot. Keadaan ini mengambarkan wujud kelemahan dalam peruntukan undang-undang tanah yang sedia bagi masyarakat orang Asli. Hal ini kemudiannya telah mendorong kepada cadangan keperluan pemilikan bagi tujuan menjaga keselamatan pemilikan tanah orang Asli. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan Orang Asli terhadap pemilikan tanah bergeran. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif telah digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 60 orang responden utama iaitu masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Buah dan Kg. Jenderam Hilir, Sepang Selangor. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan orang Asli terhadap tanah bergeran adalah yang tinggi. Hal ini jelas apabila tahap penerimaan masyarakat orang Asli terhadap tanah bergeran didapati dipengaruhi oleh faktor dalam sosiobudaya, persekitaran, ekonomi dan identiti. Namun demikian Orang Asli memerlukan pemahaman dan penelitian yang lebih terperinci berkenaan pemberi milikan tanah bergeran tanpa sebarang unsur yang dimanipulasi sebelum ianya diterima secara sebulat suara.

Reference
  • 1. Anthony W. H. (2005). Akta Orang Asli (Akta 134): Kelemahan & Pelepasan Simpanan.
    2. Catanzaro P,. 2016. Understanding Family Forest Land Future Ownership and Use: Exploring Conservation Besquest Motivations.
    3. Colchester et al. (2001). Indigenous Land Tenure: Challenges and Possibillities.
    4. Dhaniah Ahmad Fadellah. (2019). Isu yang Timbul di Bawah Proses Pengambilan Tanah Orang Asli dan Orang Awam, Kajian Kes: Stulang Laut. Universiti Teknologi Malaysia.
    5. Faezah Kassim, Suraina Ahmad dan Zainab Ismail. (2017). Perubahan Amalan Budaya Masyarakat Orang Asli (Muslim): Satu Kajian Awal di Pos Pantos, Kuala Lipis, Pahang. Proceeding The International Conference on Islam, Development and Social Hramony in Southeast Asia 2017.
    6. Griffiths T dan Jean L. R. (2014). Indigenous People’s Rights, Forests and Climate Policies in Guyana.
    7. Haliza Abdul Rahman. (2018). World View Masyarakat Orang Asli dan Pelestarian Alam Sekitar. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM). Universiti Putra Malaysia.
    8. Hamimah Hamzah. (2013). The Orang Asli Customary Land: Issues and Challenges. Journal of Administrative Science. Vol. 10.
    9. IOM Maps Vulnerability of Cambodia’s Indigenous People. Wikipedia, ensiklopedia bebas https://www.iom.int/news/iom-maps-vulnerability-cambodias-indigenous peopl [18 Jun 2009].
    10. Kaji Status Tanah Rizab Melayu, Orang Asli. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/10/483628/kaji-status-tanah-rizab melayu-orang-asli [9 Oktober 2018].
    11. Kendall. (2007). Factor Influencing The Adaptive Re-use of Building. Journal Engineering, Design and Technology. Vol. 9 (1).
    12. Madeline Henry Luyan, Gaim James Lunkapis. (2016). Konflik Hak Tanah Adat (Native Costumary Rights) Kampung Imahit, Tenom, Sabah. Indigenous Land Rights Conflict (Native Costumary Rights) of Kampung Imahit, Tenom, Sabah. GEOGRAFI, 4 (1), 67-97.
    13. Malaysiakini. (2014). Inkuiri: JAKOA Lemah Punca Kemelut Orang Asli. Kajian Politik Untuk Perubahan.
    14. Malaysiakini. (2018). Tanah Dituntut Orang Asli Milik Kerajaan Negeri.
    15. Mohd Izzudin Ramli. (2010). Orang Asli Di Malaysia: Konflik dan Masa Depan. Universiti Sains Malaysia.
    16. Mohd Muizuddin Mohd Nor, Hakimi Ahmad dan Norman Ismail (2018). Kesedaran Pendidikan dan Minat Kerja Pelajar Orang Asli Suku Kaum Jakun di Rompin, Pahang. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 14 (1): 72 - 68.
    17. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari Bil. 3: 61 - 84.
    18. Muhammad Fathi Yusof. (2016). Undang-Undang Tanah di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
    19. Noraida Harun, Siti Aminah Sharif dan Jaafar Ali. (2011). Pengambilan Tanah Bagi Pembangunan Ekonomi: Isu dan Penyelesaian. Land Acquisition for Economic Development: Issues and Solutions. Jurnal Undang-undang & Masyarakat: 135 - 148.
    20. Noor ‘Ashikin Zainuddin. (2013). The Orang Asli Profile in Peninsular Malaysia: Background & Challenges. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. Vol, 8: 2222 - 6990.
    21. Nor Azizah Mustapha, Ismail Omar dan Zainal abiding Zainal. (2019). Kepentingan Aspek Pengetahuan dan Kemahiran dalam Dakwah Terhadap Masyarakat Orang Asli. Al Hikmah 11(2): 20-36.
    22. Nurul Huda Zainal Abidin et al. (2016). Sokongan Sosial dan Pemahaman Kehidupan Orang Asal Perkampungan Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan. Jurnal Pengurusan Alilmu Pengetahuan (ALQIMAH) 1 (2): 12-2.
    23. Rosmawati Rasit. (2014). PPPY6283 Kaedah Penyelidikan Nota SPSS 2014. Salleh Buang. 2002. Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah.
    24. Seow Ta Wee, Maryati Mohamed, Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran, Zainal Zulhilmi Bin Zainal Abidin, & Siti Aminah Binti Mohd Sam. (2013). Pembangunan Sosioekonomi Komuniti Orang Asli Di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-4. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
    25. Siti Hajar Mohd Idris. (2018). Indigenous Tourism Ventures in Malaysia: Exploring its Potentials and Limitations. Prizen Social Science Journal. Volume: 2 (3): 20-30
    26. SUHAKAM. (2012). Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
    27. Tanah Dituntut Orang Asli Milik Kerajaan Negeri. Wikipedia, ensiklopedia bebas https://www.malaysiakini.com/news/4384 [11Ogos 2018].
    28. Tonkinson R., (2007). Aboriginal ‘Difference’ and ‘Autonomy’ Then and Now: Four Decades of Change in a Western Desert Society. Journal of Social Anthropology and Comparative Sociology. 17(2): 15-25.
    29. UNCHR. (2013). United Nations High Commissioner for Refugees. State of the World’s Minorities and Indigenous Peoples 2013 – Malaysia.
    30. UNCHR. (2018). United Nations High Commissioner for Refugees. Direktori Dunia Minoriti dan Orang Asal - Malaysia: Orang Asli. Kumpulan Hak Minoriti Antarabangsa.
    31. Warta Tanah Rizab Orang Asli Elak Pencerobohan – Ismail Sabri. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/warta-tanah-rizab-orang-asli-elak pencerobohan-ismail-sabri-161435 [28 November 2017].
    32. Yin. (2009). Penerapan Metode Studi Kasus Yin Dalam Penelitian Arsitektur dan Perilaku. Universitas Muhammadiyah Jakarta. INERSIA 7(2): 34-44.
    33. Zainal Zulhilmi Zainal Abidin. (2015). Konflik Pengambilan Tanah Orang Asli: Kajian Kes di Johor dan Selangor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.