Penafsiran ideologi Pakatan Harapan menerusi penegasan unsur tema dan rema perspektif analisis wacana kritis
List of Authors
  • Rohaidah Haron , Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya

Keyword
  • Tema dan rema, manifesto, analisis wacana kritis, ideologi pentadbiran berintegriti, Pakatan Harapan.

Abstract
  • Unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana dapat dikaitkan dengan praktis sosial yang ingin diperjuangkan oleh sesebuah parti politik. Selain dapat membentuk unsur tekstual dalam teks, unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana turut membantu dalam penafsiran ideologi sesebuah parti. Kajian ini merupakan kajian analisis wacana kritis (critical discourse anlysis) yang bertujuan untuk menafsir praktis sosial yang tersirat dalam wacana manifesto Pakatan Harapan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur Tema dan Rema dalam wacana manifesto Pakatan Harapan serta menafsir ideologi Pakatan Harapan dengan penggemblengan unsur Tema dan Rema berdasarkan pendekatan analisis wacana kritis. Dengan berpandukan teori analisis wacana kritis (CDA) oleh Fairclough (1989) serta konsep Tema dan Rema yang dibangunkan oleh Halliday (2004) dan Halliday dan Hassan (1976), maka terdapat tiga unsur penegasan Tema yang dapat menafsir ideologi pentadbiran berintegriti, iaitu Kerajaan Pakatan Harapan, Kami dan Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, manakala penegasan unsur Rema pula membuktikan bahawa ideologi tersebut telah distruktur dalam bahagian Rema, iaitu sebagai maklumat baharu. Kedua-dua unsur Tema dan Rema ini telah digembleng oleh pewacana dalam usaha memperjuangkan ideologi pentadbiran berintegriti. Keupayaan pewacana memanfaatkan penegasan unsur Tema dan Rema secara tidak langsung dapat memperomosikan ideologi Pakatan Harapan kepada rakyat dengan lebih jelas dan tersusun.

Reference
  • 1. A.Danang Satria Nugraha. (2017) Struktur Tema- Rema dalam teks berbahasa Indonesia. Sirok Bastra. 5, 15-28.
    2. Amrin Saragih. (2007). Fungsi tekstual dalam wacana panduan menulis Rema dan Tema. Medan: Balai Bahasa Medan.
    3. Asmah Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir (Edisi Kelima). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Azlina Mohd Sera’ai & Maserah Shabudin. (2015). Ciri aliran tematik karang ekspositori bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing. Jurnal e-Bangi, 10, 41-54.
    5. Berry, Margaret. (1995). An Introduction to systemic linguistics 2 levels and links. (Azizah Md. Hussain & Nor Aziziah Abu Bakar, Trans).London: B.T. Batsford Ltd.
    6. Buku Harapan Membina Negara Memenuhi Harapan. (2018). Petaling Jaya: Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, Parti Pribumi Bersatu Malaysia & Parti Amanah Negara.
    7. Fairclough, Norman. (1989). Language and power. Second edition, London: Longman.
    8. Halliday, M.A.K. (2004). Introduction to functional grammar (Christian, M.I.M. Matthiessen.). London and New York: Routledge Taylor & Francis Group.
    9. Halliday, M.A.K. & Ruqaiya Hasan. (1976). Cohesion in English. London: Longman.
    10. Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    11. Idris Aman. (2013). “Proses” dalam ayat wacana: Representasi pengalaman dunia penutur. Jurnal Bahasa,13(1), 1-6.
    12. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    13. Muhammad Faizul Abd Hamid & Mohd Azidan Abdul Jabar (2020). Pola susunan maklumat teks ucapan belanjawan Malaysia 2019. Jurnal e-Bangi. 17, 104-116.
    14. Nor Hazila Mat Lazim dan Ariezal Afzan Hassan. (2019). Struktur Tema dalam teks saintifik, Jurnal Bahasa. 19, 285-301.
    15. Noriha Basir. (2010). Kefungsian gaya bahasa pengulangan dalam Novel Al-Abrar: Satu analisis wacana. Jurnal Kemanusiaan. 17, 91-110.
    16. Priyono. (2008). Metode penelitian kuantitatif. Surabaya: Zifatama Publishing.
    17. Sabitha Marican. (2009). Penyelidikan sains sosial pendekatan pragmatik. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd.
    18. Zainal Abidin Ahmad. (1962). Pelita bahasa Melayu penggal permulaan nahu Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.