Penerapan Padlet Secara Kolaboratif Bagi Mempertingkat Teknik Penceritaan Karangan Naratif Pelajar Tahun 5
List of Authors
  • Abdul Azim Rahman

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Sejajar dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) abad ke-21, guru di Negara Brunei Darussalam berpeluang meningkatkan kemahiran, kefahaman para pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan aplikasi Padlet yang dilaksanakan secara kolaboratif dapat mempertingkat kebolehan para pelajar khususnya pelajar tahun lima dalam penulisan karangan naratif. Sampel kajian terdiri daripada 22 orang pelajar sekolah rendah yang terletak di daerah Brunei dan Muara. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif. Sehubungan itu, instrumen kajian melibatkan set soalan praujian, intervensi, pascaujian dan diikuti borang kaji selidik. Data yang diperoleh daripada kajian kuantitatif dianalisis menggunakan Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) Versi 25, dianalisis menggunakan ujian-t serta diterangkan secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian yang diperoleh (n=22) menunjukkan kesan peningkatan signifikan pencapaian penulisan karangan naratif pelajar dalam pascaujian setelah mengikuti intervensi (Min= 69.18; SP= 13.06), P < 0.05.  Sementara itu, kajian kualitatif dilaksanakan setelah pelaksanaan intervensi manakala inventori temu bual separa berstruktur digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada enam orang pelajar. Dapatan kualitatif dianalisis secara tematik manakala respons yang diberikan pula positif kerana ia dapat memberikan peluang kepada mereka untuk berkongsi idea, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

     


Reference
  • No Data Recorded