Pengetahuan dan sikap guru aliran perdana terhadap Program Pendidikan Inklusif di daerah Sibu
List of Authors
  • Mohd Hanafi Mohd Yasin , Pau Swee Lin

Keyword
  • Pengetahuan; Sikap; Guru Aliran Perdana; Program Pendidikan Inklusif

Abstract
  • Pengetahuan dan sikap guru aliran perdana berkaitan Pogram Pendidikan Inklusif (PPI) adalah penting untuk membantu kecemerlangan akademik murid pendidikan khas (MPK). Terdapat banyak isu yang berkaitan dengan pengetahuan dan sikap berkaitan guru aliran perdana yang mengajar MPK. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan sikap guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah terhadap PPI di kawasan Sibu. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif. Pengkaji menggunakan teknik persampelan rawak untuk memilih sampel kajian di sekolah. Daripada populasi guru sebanyak 966 seramai 401 orang guru aliran perdana yang mengajar di sekolah rendah dan menengah dipilih sebagai sampel dalam kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan diedarkan melalui google form. Dapatan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis deskriptif mencari kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Data analisis secara inferensi menggunakan kolerasi Pearson . Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap PPI berada pada tahap sederhana (min = 3.28, SP = 0.571). Sikap guru terhadap PPI adalah berada pada tahap tinggi (min = 3.62, SP = 0.52). Hubungan kolerasi antara tahap pengetahuan guru dengan sikap guru terhadap PPI adalah sederhana (r = 0.688, sig = .000). Hasil dapatan menunjukkan guru menujukkan sikap positif tentang PPI tetapi mereka memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam tentang PPI. Hasil kajian dapat mengambarkan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap PPI di Sibu. Kajian ini boleh melihat kekurangan yang masih ada pada PPI di Sibu seterusnya langkah-langkah penambahbaikan dapat dilakukan untuk membaiki keadaan PPI.

Reference
  • 1. Abdullah Amin al-Nukmy. (1995). Kaedah dan kurikulum Pendidikan Islam menurut Ibnu Khaldun dan al-Qabisi. Pustaka Syuhada.Kuala Lumpur.

    2. Abdul Rahim Hamdan & Muhamad Khairul Anuar Hussin. (2013). Persepsi guru aliran perdana terhadap inklusif. 2th International seminar on quality and affordable education (ISQAE 2013).

    3. Ammer.J. J. (1984). The mechanics of mainstreaming: considering the regular educators’ perspective. Remedial and special education, 5(6), 15-20.

    4. Avramidis, E. & Norwich, B. (2002). ‘Teachers’ attitudes towards integration / inclusion: a review of the literature. European Journal of Special Needs Education. 17 (2), 129–47.

    5. Azad Athairi Anuar & Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan pendidikan inklusif dalam program pendidikan arus perdana di Malaysia. International Conference on Learner Diversity 2010. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    6. Biamba. C. (2016). Inclusion and classroom practices in a Swedish school: A case study of school in Stockholm. Journal of education and practice, 7(3), 119-124.

    7. Bruggink,M., Goei, S. L., & Koot, H. M. (2015). Teachers’ capacities to meet students’ additional support needs in mainstream primary education. Teachers and Teaching: Theory and Practices, 22(4), 448-460.

    8. Check, J. & Schutt, R.K. Research methods in education. (2012). Los Angeles: Sage Publications, Inc.

    9. Chua Yan Piaw. (2011). Buku 1: kaedah penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur, Mc Graw-Hill Education, Malaysia.

    10. Chua Yan Piaw. (2014). Asas statistik penyelidikan. Edisi ke-2. McGraw-Hill Education, Malaysia.

    11. Elizabeth. K. Thomas & Seema. P. Uthaman. (2019). Knowledge and attitude of primary school teachers towards inclusive education of children with specific learning disabilities. Journal of social work education and practice, 4(2), 23-32.

    12. Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan. Edisi ke-2. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    13. Grace. N. M. F., Rosadah Abdul Majid, Mohd Mokhtar Tahar & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2012). Pelaksanaan amalan pengajaran dalam kelas inklusif: Adakah masalah pembelajaran pelajar berkeperluan khas ditangani?. Seminar International Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPSI siri II 2012. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi, Selangor.

    14. Johari Hassan & Aslinda Mohd Aris. (2010). Tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir di fakulti pendidikan. UTM, Skudai Johor. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia

    15. Johnstone.C.J. (2009). Contributions and constraints to the implementation of inclusive education in Lesotho. International journal of disability, development and education, 56(2), 131-148

    16. Julie Kocsis. (2016). Primary teachers’ knowledge about learning disabilities. Tesis Master. Fakulti Pendidikan. Nipissing University.

    17. Kamus Pelajar Edisi 2. (2015). Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.

    18. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif MPK. Putrajaya.

    19. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

    20. Lai, C. S., Lee, M. F., Nor Lisa, S., Mimi Mohaffyza, M. & Kahirol, M.s. (2017). Involvement of mainstream teachers in inclusive education: are we ready?. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum, 25(s), 205-214.

    21. Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical Research: Planning and Design, 8th ed. USA: Pearson Education International.

    22. Leonila R. Baguisa & Karen Ang-Manaig. (2019). Knowledge, skills and attitudes of teachers on Inclusive Education and academic performance of children with special needs. International Journal of Social Sciences, 4(3), 1409-1425.

    23. Mariani Majin, Shazia Iqbal Hashmi & Agnis Sombuling. (2017). Kesedaran guru di Kota Kinabalu, Sabah dalam pengetahuan dan persepsi terhadap Autism Spectrum Disorder (ASD). Jurnal Psikologi Malaysia, 31 (3), 56-63.

    24. Mazmi bt Maarof & Noor Syahira bt Jalaluddin. (2019). The implementation of pedagogical stratgies in inclusive education program for pupils with special needs among mainstream teachers: a case study. Jurnal pendidikan bitari UPSI, 12(2019), 29-38.

    25. Melissa Wane Manogharan, Gunasegaran Karuppannan & Kung Lung Chiong. (2018). Exploring teachers’ readiness, knowledge and attitudes towards inclusive education in the district of Sibu, Sarawak, Malaysia. Contemporary educational researches journal, 8(4), 148-157.

    26. Mohammad Mokhtar Tahar & Farhana Najib, (2019). Kesediaan guru aliran perdana terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. E-prosiding persidangan antarabangsa sains sosial dan kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.

    27. Muhamad Khairul Anuar Bin Hussin & Abdul Rahim Bin Hamdan. (2016). Effect of knowledge, readiness and teaching technique in inclusive practices among mainstream teachers in Malaysia. International Journal of early childhood special education, 8(1), 1-15.

    28. Muna Amr, Mayada Al-Natour & Bassam Al-Abdallat. (2016). Primary school teachers’ knowledge, attitudes and views on barriers to inclusion in Jordan. International journal of special education, 31(1), 67-77.

    29. Norfishah Mat Rabi & Mohd Yusof Zulkefli. (2018). Mainstream teachers’ competency requirement for inclusive education program. International journal of academic research in business and social sciences, 8(11), 1779-1791.

    30. Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan program pendidikan inklusif MPK dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Seminar antarabangsa pendidikan khas rantau asia tenggara siri ke-6 2016.

    31. Norsaleha Mohd. Salleh, Abdul Halim Tamuri & Salleh Amat. (2013). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dalam penghayatan akidah. International Journal of Islamic Thought, 3, 71-80.

    32. Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David. (2005). Penubuhan program pendidikan pemulihan di peringkat menengah rendah: Kajian keperluan persediaan guru. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

    33. Reynold. R. (2009). Teaching studies of society and environment in the primary school. South Melbourne. Oxford University Press.

    34. Rohaizat Ibrahim. (2019). Pengetahuan guru perdana terhadap Program Pendidikan Inklusif. Special Education International Conference (SEIC), 25-27 September 2019.

    35. Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program pendidikan inklusif bagi murid-MPK di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    36. Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. 2018. Masalah pengajaran guru dalam program pendidikan inklusif di sekolah. Asian people journal, 1(2), 243-263.

    37. Schultz.L.R. 1982. Educating the special needs student in the regular classroom. Exceptional children, 48(4), 366-368.

    38. Talirkodi A/P Vinathan. (2016). Hubungan motivasi guru dengan penggunaan ICT dalam pengajaran di SJK (T) Daerah Kuala Muda Yan. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA 25-27 October 2016. Universiti Utara Malaysia.

    39. Thomas. E. K. & Uthaman. S. P. (2019). Knowledge and attitude of primary school teachers towards inclusive education of children with specific learning disabilities. Journal of social work education and practice, 4(2), 23-32.

    40. Timo Saloviita. (2020). Attitudes of teachers towards inclusive education in Finland. Scandinavian Journal of Educational Research, 64(2), 270-282.

    41. Tina Stemberger & Vaja Riccarda Kiswarday. (2017). Attitude towards inclusive education: the perspective of Slovenian preschool and primary school teachers. European Journal of Special Needs Education 2017, 1-12.

    42. Traci-Ann Garrad, Christopher Rayner & Scott Pedersen. (2019). Attitudes of Australian primary school teachers towards the inclusion of students with autism spectrum disorders. Journal of research in Special Educational Needs, 19(1), 58-67.

    43. Umesh Sharma & Erika Marie Pace. (2019). Teacher’s commitment to teach in inclusive schools, preparation of. Encyclopedia of Teacher Education. Springer Nature Singapore Pte Ltd.

    44. UNESCO. (1994). The Salamanca Statement and Framework for action on special needs education: Access and Quality, Paris: UNESCO.

    45. UNESCO. (2000). The Dakar Framework for action. Education for all: meeting our collective commitments. Paris: UNESCO.

    46. United Nations. (2007). Biwako plus five: further efforts towards an inclusive, barrier-free and right-based society for persons with disabilities in Asia and The Pacific. High-level Intergovernmental Meeting on the Midpoint Review of the Asian and Pacific Decade of Disabled Person, 2003-2012. United Nation and social council.

    47. Yen-Hua Su & Tien-Miau Wang. (2003). Challenges of inclusive education: experiences from regular classroom teachers. Bulletin of special education, 2003(24), 39-62.

    48. Yu-Ting Hung, Wen-Yi Hsu, Hsin-Yi Wang & Chin-An Chan. (2018). Exploring the influence on the factors in teacher’s inclusive education attitudes in regular-class in elementary schools. 特殊教育與輔助科技半年刊, 12(19), 28-33.

    49. Zalizan M. Jelas & Manisah Mohd Ali. (1994). Inclusive education in Malaysia: policy and practice. International Journal of Inclusive Education, 18(10), 991-1003.

    50. Zhang. Y. J. 2018. Dari pendidikan khas hingga pendidikan inklusif: Transformasi model dan amalan sokongan pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas. International and comparative education, 342(7), 96-103. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengetahuan