Tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian
List of Authors
  • Nik Safiah Nik Abdullah , Norazlina Abd Wahab , Selamah Maamor

Keyword
  • Kecenderungan, menyertai, kerohanian, mahasiswa, jati diri

Abstract
  • Golongan belia wajar menyertai program pembangunan kerohanian bagi membina jati diri yang mantap. Walaupun program pembangunan kerohanian banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak, namun kecenderungan belia untuk menyertainya kurang memuaskan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian dan mengenal pasti perbezaan bagi tahap kecenderungan menyertai berdasarkan ciri-ciri demografi. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik. Sejumlah 623 pemilihan sampel dalam kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak kelompok berkadar daripada kalangan pelajar prasiswazah Muslim di Universiti Awam (UA) Malaysia terpilih. Hasil analisis deskriptif mendapati tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian berada di tahap sederhana tinggi. Penemuan analisis Ujian-t Sampel Bebas dan ANOVA Sehala membuktikan tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian berbeza secara signifikan berdasarkan penginapan di UA, lokasi kediaman, umur, kelayakan akademik memasuki UA, jenis dan aliran di sekolah menengah dan program pengajian di UA. Namun begitu, tahap kecenderungan menyertai ini masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan memandangkan program pembangunan kerohanian dapat membantu mendekatkan diri dengan Pencipta dan penting dalam pembentukan jati diri mahasiswa. Justeru, institusi pendidikan, keluarga dan masyarakat perlu memberi galakan dan sokongan kepada golongan belia untuk menyertai program pembangunan kerohanian serta memberi penekanan kepada pendidikan agama di peringkat awal bagi memastikan pembangunan belia yang holistik ke arah pembinaan negara bangsa.

Reference
  • 1. Abd Rahman Abd Ghani. 2014. Keberkesanan Program Pusat Islam dalam membentuk sahsiah pelajar: Kajian perbandingan antara UPSI dan UKM. Jurnal Perspektif, 6(1), 81-95. 2. Abdullah Abd Ghani, Selamah Maamor, Norazlina Abd Wahab, Ahmad Bashir Aziz, Mohd Shahril Ahmad Razimi, Nik Safiah Nik Abdullah, & Nor Hanim Elias. 2016. Managing Spiritual Activities Among Youth in Malaysia: Issues and Challenges. Prosiding Konvensyen Pengurusan Potensi Belia ke Arah Pembinaan Negara Bangsa 2016, Everly Hotel, Putrajaya pada 5 Disember 2016.
    3. Ahmad Atian (2010). Menuju Kemenangan Dakwah Kampus. Solo, Indonesia: PT Era Adicitra Intermedia.
    4. Al-Bahi, M. (1986). Berbagai penyimpangan ummat Islam. Jakarta: Penerbit C.V. Sienttarama.
    5. Baharin Mesir, Aminatuzuhariah M. Abdullah, Mohd Farhan Ngatman, dan Norsamsiah Muhamad@Wahab. 2008. Kajian Perlaksanaan Program-Program Kerohanian Untuk Mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
    6. Barber, B. L., Eccles, J. S., and Stone, M. R. 2001. Whatever happened to the jock, the brain and the princess? Young adult pathways linked to adolescent activity involvement and social identity. Journal of Adolescent Research, 16, 429–455.
    7. Bean, C., and Forneris, T. 2016. Examining the importance of intentionally structuring the youth sport context to facilitate positive youth development. Journal of Applied Sport Psychology, 28(4), 410-425.
    8. Benson, P. L., and Roehlkepartain, E. C. 2008. Spiritual development: A missing priority in youth development. New Directions for Youth Development, 2008(118), 13–28.
    9. Benson, P. L., Scales, P. C., and Syvertsen, A. K. 2011. The contribution of the developmental assets framework to positive youth development theory and practice. In Advances in Child Development and Behavior, 41, 197-230. JAI.
    10. Bibby, R. W. (2006). The Boomer Factor: What Canada’s Most Famous Generation is Leaving Behind. Bastian Books.
    11. Busseri, M. A., Rose-Krasnor, L., and the Centre of Excellence for Youth Engagement (2009). Unpublished diagram of youth engagement framework. St. Catharines, ON: Brock University.
    12. DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka] (1995). Muqaddimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
    13. Eccles, J. S., and Gootman, J. A. 2002. Features of positive developmental settings. In J. S. Eccles, & J. A. Gootman (Eds.), Community programs to promote youth development (pp. 86–118). Washington, DC: National Academic Press.
    14. Employment and Social Development Canada (ESDC). 2014. Canadians in Context: People with Disabilities. Retrieved from http://www4.rhdcc.gc.ca/indicator.jsp?&indicatorid =40
    15. Eraut, M. 2004. Informal learning in workplace. Studies in Continuing Education, 26(2), 247-273.
    16. Fallis, A. 2013. How to design and evaluate research in education. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9): 1689-1699. 17. Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., and Anderson, R. E. 2010. Multivariate Data Analysis: A Global Perspective (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.
    18. Meyers, L. S., Gamst. G., and Guarino, A. J. (2006). Applied Multivariate Research, Design and Interpretation. Sage Publication, London: Thousand Oaks.
    19. Kamus Dewan (2020). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Pustaka, Malaysia. Diakses pada 19 Disember, 2020 daripada http://prpmv1.dbp. gov.my/Search.aspx? k=persatuan
    20. Krauss, S. E. and Azimi, H. (2005). Muslim Women and Peace: Toward Understanding the Role of Islamic Religiosity as a Contributor to Nation Building (Manuskrip tidak diterbitkan). Institute for Community and Peace Studies (PEKKA), Universiti Putra Malaysia.
    21. Larson, R. W., Hansen, D. M., and Moneta, G. 2006. Differing profiles of developmental experiences across types of organized youth activities. Developmental Psychology, 42(5), 849.
    22. Lawford, H. L., and Ramey, H. L. 2015. “Now I know I can make a difference”: Generativity and activity engagement as predictors of meaning making in adolescents and emerging adults. Developmental Psychology, 51(10), 1395-1406.
    23. Nadya Shaffinaz Bajuri (2013). Penerapan Unsur Kerohanian dalam Agenda Pembangunan Belia. Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Edisi 2/2013, 1-6.
    24. Nunnally, J. C. (1978). Psychometric Theory (2nd ed.). New York: McGraw Hill.
    25. Masribanun Duki (2004). Penilaian pelajar terhadap kepimpinan guru Pendidikan Islam: Satu kajian di Daerah Kuala Selangor (Kertas Projek Sarjana Pendidikan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
    26. Merriam, S. B., and Caffarella, R. S. (2006). Learning in adulthood: A comprehensive guide (2nd ed.). San Francisco: Jossey-Bass.
    27. Mohanaraju Annamalai, Ahmad Tajuddin Othman, dan Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 2012. Pengaruh Sokongan Keluarga dalam Penglibatan Ko-Kurikulum Sekolah terhadap Pencapaian Kemahiran Insaniah Murid. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012 di The Zon Regency by the Sea Johor Bahru pada 7-9 Oktober 2012. Diakses pada 24 Disember, 2015 dari http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/ fromCD/ pdf/53.pdf
    28. Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, dan Soaib Asimirin. 2013. Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 1-9.
    29. Mohd Isa Hamzah, Mohd Aliff Mohd Nawi, Jamil Ahmad, Ab Halim Tamuri, Amirah Ismail, dan Nurul Pasihah Hassan, et al. 2012. Keberkesanan Pertubuhan Belia dalam menyemai jati diri Islam. Malaysian Journal of Youth Studies, 7, 93-104.
    30. Mohd Ismail Mustari, dan Salini Mohd Salleh (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Program Usrah Di SMKA (P) Al-Mashoor (Laporan Penyelidikan tidak diterbitkan). Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
    31. Mohd Mahzan Awang, Sayuti Abd Ghani, Che Pee Saad, dan Md. Sabri Adnan. 2008. Surau Sebagai Institusi Sosial ke Arah Pembangunan Insan: Kajian Kes di Institut Pengajian Tinggi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6, Anjuran Fakulti Pendidikan UKM dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak & Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, hlm 91-99.
    32. Mohd Nasir Ripin, Azmishah Suratman, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad, dan Zulkiflee Haron (2006). Kajian Program Bina Sahsiah Staf di IPTA: Kajian Kes di UTM dan USM. Johor: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.
    33. Paine, A. E., McKay, S., and Moro, D. (2013). Does Volunteering Improve Employability? Evidence from the British Household Panel Survey. Third Sector Research Centre (Working Paper 100). University of Birmingham, Birmingham. 34. Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis using SPSS (4th edi.). Australia: Allen & Unwin.
    35. Ramey, H. L., Lawford, H. L., and Rose-Krasnor, L. 2017. Doing for others: Youth’s contributing behaviors and psychological engagement in youth-adult partnerships. Journal of Adolescence, 55, 129-138.
    36. Ramey, H. L., Rose-Krasnor, L., Busseri, M. A., Gadbois, S., Bowker, A., and Findlay, L. 2015. Measuring psychological engagement in youth activity involvement. Journal of Adolescence, 45, 237-249.
    37. Rohana Tan, dan Norhasni Zainal Abiddin. 2016. Tinjauan Permasalahan Akhlak Belia di Institusi Pengajian Tinggi. MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, 1(2), 161-178.
    38. Rosnida Othman, dan Nur Farrah Azwa Jasni. 2016. Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 1, 91-100.
    39. Samsudin A. Rahim (2007). Generasi belia: Satu cetusan pandangan. Putrajaya: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
    40. Sharifah Nooraida Wan Hasan, dan Sharifah Fatimah Wan Jamel. 2011. Tinjauan keperluan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, 10, 1-13.
    41. Sohana Abdul Hamid. 2016. Pengaruh media massa terhadap perubahan sosial masyarakat. e-BANGI-Journal of Social Sciences and Humanities, Special Issue 1, 214-226.
    42. Utusan Malaysia. 2002, 26 Oktober. Dadah - UTM Sukar Kawal Pelajar Luar Kampus. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.
    43. Utusan Online. Ogos 11, 2010. IPTA Perlu Lahirkan Lebih Ramai Pendakwah Muda. Diakses pada 19 Oktober, 2014, dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y= 2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_06.htm
    44. Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, dan Ahmad Arifin Sapar 2013. Pengaruh media massa terhadap penampilan akhlak pelajar Islam Politeknik Malaysia. O-JIE: The Online Journal of Islamic Education, 1(1), 17-27.
    45. Wan Yusnee Wan Abdullah (2013). Dakwah di Universiti Selangor: Kajian Masalah Pelaksanaan dan Penerimaan Pelajar (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.