Cabaran Perubahan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dalam kalangan Guru, Ibu Bapa dan Murid Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
List of Authors
  • Khairul Azhar Jamaludin, Yusniza Yusuf

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat penularan pandemik Covid-19 telah memberikan kesan kepada sistem pendidikan di Malaysia. Guru terpaksa berdepan dengan perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang biasa dilaksanakan secara bersemuka di dalam kelas kepada pengajaran secara dalam talian. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran perubahan yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa PKP. Hasil dapatan menunjukkan cabaran utama yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh PKP ialah kompetensi guru, kerjasama ibu bapa dan sikap murid. Dapatan kajian ini perlu ditangani secara berhemah supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai demi mewujudkan kemenjadian murid. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu sekolah-sekolah menghadapi persediaan yang lebih rapi untuk berdepan dengan cabaran pengajaran semasa pandemik COVID-19.


Reference
  • No Data Recorded