Pelaksanaan terapi pertuturan kepada murid bermasalah pembelajaran
List of Authors
  • Aina Nurfasya Ramli , Rosadah Abd Majid

Keyword
  • Terapi Pertuturan, Kemahiran Sosial, Penglibatan Murid Dalam PdPc

Abstract
  • Pelaksanaan terapi pertuturan dalam pendidikan adalah sangat penting dan amat diperlukan dalam kalangan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Namun, amalan terapi di sistem pendidikan di Malaysia masih kurang berbanding negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan melihat pelaksanaan terapi pertuturan mempengaruhi peningkatan kemahiran sosial dan perubahan penglibatan murid bermasalah pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan 10 peserta kajian di mana 5 peserta kajian primer yang merupakan murid bermasalah pembelajaran dan 5 peserta kajian sekunder adalah guru pendidikan khas. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah daerah Hulu Langat, Selangor. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran sosial selepas pelaksanaan terapi pertuturan. Dari segi penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dapatan kajian melihat keberkesanan pelaksanaan terapi pertuturan malah kemahiran bertutur murid bermasalah pembelajaran juga ditingkatkan secara tidak langsung. Akhir sekali, kajian yang dilaksanakan memberi gambaran bahawa pelaksanaan terapi pertuturan dengan konsultasi dan kolaborasi Pegawai Pemulihan Perubatan dapat memberi impak positif terhadap kemenjadian murid bermasalah pembelajaran dan perlu dipraktikan dalam sistem pembelajaran dalam pendidikan khas.

Reference
  • 1. Aini, Zamri, Zahara (2012), Pengajaran Kemahiran Komunikasi Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran Teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – Jpbm (Malay Language Education Journal – Mylej) Issn: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 1118

    2. Che Rabiaah dan Abdullah, (2017) Masalah Komunikasi Lisan dalam Kalangan Pesakit Neuro di Kelantan Vol 17 No 2 (2017): Jurnal Bahasa Jilid 17 Bil. 2 Disember 2017

    3. Kelder S., Jennifer E., Carol A. & Nicole F. 2017. The Effect Of Occupation Therapy Play-

    4. Based Interventions On Cooperative Behavior In Elementary School Aged Children With Autism Spectrum Disorder. Pediatrics (10): Https://Scholarworks.Gvsu.Edu/Ot_Pediatrics/10.

    5. Kerry, A., Catherine, F., Cathy, F., Jennifer, G., Rachel, K. & Carmen, S. 2012. School-Based Occupational Therapists: An Exploration Role In Cape Metropole Full Service School. Sounth African Journal Of Occupational Therapy: 42(1).

    6. Lee, L. W. & Low, H. M. 2014. The Evolution Of Special Education In Malaysia. British Journal of Special Education 41(1): 42-58.

    7. Leong H.M., Jeniffer S. & Mark C. 2014. The Use Of Sensory Integration Therapy In Malaysia And Singapore By Special Education Teachers In Early Intervention Settings. Journal Of Intellectual And Developmental Disability 39(1): 10-23.

    8. Manisah, M. A. & Noriza, S. 2016. Intervensi Meningkatkan Tumpuan Dalam Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1):1-6.

    9. Margo, C., Elizabeth, B. & Laura, A. 2015. Preparing Special Education Teachers To Collaborate With Families. School Community Journal 25(1): 117-136.

    10. Moore, A. & Lynch, H. 2015. Accessibility And Usability Of Play- Ground Environments For Children Under 12: A Scoping Review. Scandinavian Journal Of Occupational Therapy 22(5): 331–344.

    11. Nadhir & Alfa 2016 Special Education For Children With Disabilities In Malaysia: Progress And Obstacles GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 10 (78 - 87) 78 © 2016, ISSN 2180-2491

    12. Pajares, F. 2007. Sources Of Writing Self-efficacy Beliefs Of High School Students. Research In The Teaching Of English 42 (1): 104-121.

    13. Syahida, N.Z. 2015. Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan Tradisional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(2): 12-21

    14. Singal, N, Salifu, E.M., Iddrisu, K., Casely-hayford, L. & Lundebye, H. 2015. The Impact Of Education In Shaping Lives: Reflections Of Young People With Disabilities In Gana. International Journal Of Inclusive Education 19 (9): 908-925.

    15. Taylor L. & Parsons J. 2011. Improving Student Engagement. Current Issue In Education 14(1): http://cie.asu.edu/

    16. United Nations. 2004. Individuals with Disabilities Education Improvement Act of 2004 (Pub. L. 108- 446), 20 U.S.C. 1400–1482. New York: United Nations.

    17. Virgia, N.F. & Choirul, A. 2014. Kemampuan Interaksi Sosial Antara Remaja Yang Tinggal Di

    18. Pondok Pesantren Dengan Yang Tinggal Bersama Keluarga. Jurnal Falkultas Psikologi 2(2): 71-75.

    19. Valeria C., Ilaria G. & Veron O. 2017. Social And Emotional Learning For Children With Learning Disability: Implications For Inclusion. Special Issue 9(2): 100-109.

    20. Zakaria, S. 2012. Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition: 155-172.