Kepimpinan Teknologi Guru Besar dan Pengintegrasian Teknologi Guru di SJK Tamil Daerah Petaling Perdana
List of Authors
  • Malvina Joseph

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Sebagai pemimpin teknologi sekolah, guru besar adalah penggerak utama yang mempengaruhi keinginan guru melaksanakan TMK dalam PdPc. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk menentukan tahap kepimpinan teknologi guru besar dan pengintegrasian teknologi guru di SJK Tamil di daerah Petaling Perdana. Reka bentuk kajian dengan pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan pengedaran borang soal selidik dalam talian. Kajian ini melibatkan 178 guru SJK Tamil di Daerah Petaling Perdana. Untuk menjawab persoalan kajian, analisis deskriptif dan inferensi telah dilaksanakan menggunakan versi SPSS 26. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru besar secara keseluruhannya mempunyai tahap kepimpinan teknologi yang tinggi (min=4.46; sp=0.61) dan guru SJK Tamil di Daerah Petaling Perdana juga mempunyai tahap pengintegrasian teknologi yang tinggi (min=4.38;sp=0.42). Analisis ujian Korelasi Pearson (r= 0.542) menunjukkan bahawa hubungan positif antara pengintegrasian teknologi guru dan kepimpinan teknologi guru besar adalah sederhana kuat dan signifikan. Hasil ini telah memberi kesan kepada teori, dasar dan amalan. Sebagai contoh, model ISTE (2014) berguna untuk guru besar memperoleh pengetahuan dan kebolehan dalam teknologi yang diperlukan untuk memimpin sekolah  dan meningkatkan keseluruhan kualiti pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Kebangsaan. Kesimpulannya ialah kepimpinan teknologi guru besar boleh mempengaruhi pengintegrasian teknologi guru. Oleh sistem Pendidikan Malaysia mesti menggunakan amalan kepimpinan teknologi guru secara meluas. Penyelidikan yang lebih mendalam yang melibatkan sampel dan populasi yang lebih besar diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang lebih komprehensif.


Reference
  • No Data Recorded