Kajian Literatur Bersistematik: Aspek Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Matematik
List of Authors
  • Nurul Aina Ab Halim, Siti Mistima Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik menunjukkan tiga dimensi utama dalam aspek tingkah laku, emosi dan kognitif. Kajian bagi isu penglibatan murid menjadi pilihan ramai pengkaji dengan dapatan pelbagai aspek. Kesan pandemik Covid-19, banyak kajian tentang penglibatan murid dan pencapaian dikaji. Namun begitu, masih kurang kajian yang mengkaji aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik menggunakan kaedah tinjauan literatur. Dapatan PRISMA menunjukkan sebanyak 22 artikel yang berkaitan telah dikenal pasti melalui dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Web of Science daripada 859 artikel. Dapatan analisis menunjukkan bahawa terdapat 4 kategori utama dengan 12 aspek yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Kategori individu dengan aspek seperti sikap murid, motivasi murid, efikasi kendiri dan pencapaian akademik murid merupakan aspek yang mempengaruhi penglibatan murid. Dapatan kajian ini, menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek utama yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik. Walau bagaimanapun, kajian yang berfokus kepada penglibatan murid khususnya pembelajaran Matematik masih kurang dilaksanakan di negara Malaysia. Justeru, sebagai cadangan kajian empirikal dapat dilaksanakan bagi mengupas konteks penglibatan murid dalam pembelajaran matematik pada masa akan datang.


Reference
  • No Data Recorded