Motivasi menggunakan e pembelajaran dan pencapaian sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan 4
List of Authors
  • Jublin Nanang , Saemah Rahman

Keyword
  • tahap motivasi, E Pembelajaran, mudah guna, kebergunaan, keseronokan, keyakinan diri, pencapaian

Abstract
  • E Pembelajaran merupakan revolusi 4.0 pedagogi dan inovasi pembelajaran abad ke-21. Sifat E Pembelajaran yang interaktif dan menarik membuatkan pendekatan ini semakin menjadi pilihan. Namun, disebalik kerancakkan pelaksanaan E Pembelajaran sewaktu Pandemik Covid 19 dan Perintah Berkurung, keberkesanan pelaksanaan E Pembelajaran masih lagi rendah, kurang berkesan dan dipercayai berkaitrapat dengan pencapaian pelajar. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina dan mengenalpasti hubungan motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian Sejarah dalam kalangan 328 pelajar Tingkatan Empat di Daerah Samarahan, Sarawak yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan instrument yang diubahsuai dan diadaptasi daripada kajian lepas, sesuai dengan tujuan dan objektif kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap motivasi pelajar menggunakan E Pembelajaran adalah sederhana. Manakala analisis Ujian t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan pada tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina. Seterusnya, hasil korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang sangat lemah (r = 0.109*, r<0.20) antara tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah. Kajian ini telah membantu mengenal pasti beberapa faktor penting iaitu faktor mudah guna, kebergunaan, keseronokan, dan keyakinan diri yang merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi motivasi murid menggunakan E Pembelajaran. Walaupun hubungan yang lemah, dapatan ini menyokong perhatian guru kepada faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran.

Reference
  • 1. Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Motivasi terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 10(2), 82-97.

    2. Adelabu, F.M, Makgato, M., and Ramaligela, M.S. (2019). The Importance of Dynamic Geometry Computer Software on Learner s’ Performance in Geometry. The Electronic Journal of e-Learning, 17(1), pp. 52-63.

    3. Agatha F. Umbit. & Muhamad Suhaimi Taat (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut. Jurnal Penyelidikan IPGK. BL 13: 1-14.

    4. Ardiç, M. A., & Isleyen, T. (2018). The Effect of Mathematics Instruction through Computer Algebra Systems on the Academic Achievements of Secondary Education Students: Turkey Example. Journal of Education and e-Learning Research, 5(3), 165-173.

    5. Brodahl & Wathne. (2016). In-Service Teachers’ Perceptions of the Design and Quality of Mathematics Videos in their On-Line Learning. Journal Of The International Society For Teacher Education Volume 20. Number 2.

    6. Fariza Mohd Isa. & Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman. (2018). Cara meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar. Prosiding Seminar.

    7. Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad. (2017). Pembelajaran interaktif berasaskan aplikasi Kahoot dalam pengajaran abad ke-21. Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke21. Institut Pendidikan Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia.

    8. Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar, Norziah Othman. (2017). E- pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor. Malaysian Online Journal of Education 1(1): 74-82.

    9. Iskrenovic-Momcilovic, O. (2020). Improving Geometry Teaching with Scratch.International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0582.

    10. Jeffri Amran Ibrahim (2019). Gaya Pembelajaran Multimedia : Dari Konsep Kepada Praktis. 9th National Conference in Education - Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET): 294-303.

    11. Mohd Iqbal Al-Baqri Shaharuddin & Ani Liza Abdul Rahman. (2016). Keberkesanan pembelajaran Microeconomics melalui aplikasi Telegram di Politeknik Muadzam Shah. 6th National Conference in Education Technical And Vocational in Education And Training (NCiE- TVET): 1022- 1037.

    12. Muhammad Sabiq Mohd Noor & Megat Aman Zahiri M Megat Zakaria. (2018). Tinjauan Motivasi, Sikap dan Peningkatan Prestasi Murid Sekolah Rendah Melalui Penggunaan Halaman Celik Akal (VLE). Sains Humanika 10: 7–13.

    13. Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd & Norsuhada Mat Hasan. (2019). Meningkatkan Efikasi Kendiri Guru di Malaysia Terhadap Kecenderungan Pembelajaran Generasi Z dan Alpha. Journal of Management and Operation Research 2019. 1-13.

    14. Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Hj Ahmed. (2016). E-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPG Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11: 116-130.

    15. Nor Hayati, Bani Hidayat, Jamil Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2014). Hubungan Konsep Kendiri dan Motivasi Pelajar dengan Pencapaian Kursus di Sebuah Politeknik. International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education. 1(1): 1-10.

    16. Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhammad & Mohd. Sani Ismail. (2020). Analisis Keberkesanan Penggunaan Ict Dalam Mendepani Gelombang Revolusi Industri 4.0 Dalam Kalangan Pelajar Di Negeri Terengganu, Malaysia. Asian People Journal 2020. 3 (1): 101-109.

    17. Nurul Shida et al. (2019). The Influence of E-Learning towards Metacognitive Enhancement in Mathematical Problem Solving. International Journal of Emerging Technologies in Learning. iJET ‒ Vol. 14, No. 20.

    18. Oxford, R. L. & Shearin, J. (1994). Language learning motivation: expanding the theoretical framework. The Modern Language Journal 78 (1): 12-28. Panteli, P., & Panaoura, A. (2020). The Effectiveness of Using Mobile Learning Methods in Geometry for Students with Different Initial Mathematical Performance. Social Education Research: 1-10.

    19. Rafizah Daud, Noor Azah Abd Rahman & Zarulrizam Ab. Jalil. (2020). Penggunaan Augmented Reality Video di dalam pendidikan TVET, International Journal of Education and Pedagogy Vol. 2, No. 1: 253-263.

    20. Simeo Kisanjara. (2020). Factors Influencing E-Learning Implementation In Tanzanian Universities The Online Journal of Distance Education and e-Learning 8 (1). Siti Hajar Bidin et al. (2019). Faktor Sikap, Motivasi dan Jantina Mempengaruhi Penguasaan Pembelajaran Bahasa Jepun Tahap 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 16. Issue 1: 105-115.

    21. Sumarni Lapammu. & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) 8 (1): 53-62.

    22. Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. (2016). Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sekolah menengah terhadap penggunaan Web 2.0 dalam (Malay Language Education Journal – MyLEJ) 6 (2): 33-43.

    23. Titie Panyajamorn et al. (2018). Effectiveness Of E-Learning Design In Thai Public Schools. Malaysian Journal of Learning and Instruction 15 (1): 1-34.

    24. Valencia-Vallejo, N., López-Vargas, O. & Sanabria-Rodríguez, L. (2018). Effect of Motivational Scaffolding on E-Learning Environments: Self-Efficacy, Learning Achievement, and Cognitive Style. Journal of Educators Online. 15(1).

    25. Yong, K. S. & Faridah Mydin Kutty. (2020) Keberkesanan Aplikasi Coggle Dalam Meningkatkan Pencapaian Sejarah Tingkatan Enam Bagi Topik “Perluasan Kuasa Barat Di China” Di SMK Selirik, Kapit. Jurnal Dunia Pendidikan 2 (1): 11-30.