Kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti perumahan berstrata
List of Authors
  • Azima Abdul Manaf , Nazaitulsyima Mohamad Zaki

Keyword
  • Kepuasan penghuni, pengurusan fasiliti, perumahan berstrata

Abstract
  • Perumahan bertingkat atau berstrata semakin menjadi pilihan terutamanya di kawasan bandar kerana pembeli pada masa kini lebih tertarik dengan pelbagai kemudahan lengkap yang disediakan. Namun begitu, pengurusan fasiliti yang tidak berkesan sering menjadi masalah kepada penghuni dan dibangkitkan di dalam media. Kajian ini memfokuskan kepada kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dimensi kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata dan menganalisis tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Kaedah kajian ini adalah secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi pilihan jawapan dan soalan terbuka. Seramai 300 orang responden yang merupakan para penghuni terlibat di dalam kajian ini. Terdapat empat aspek pengurusan fasiliti yang dinilai iaitu modal insan, teknologi, proses dan premis dengan melihat kepada enam dimensi kepuasan penghuni iaitu bukti fizikal, kebolehpercayaan, responsif, jaminan, empati dan kualiti teknikal. Analisis data adalah dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata adalah pada tahap sederhana. Keenam-enam dimensi kepuasan penghuni juga berada pada tahap sederhana. Keadaan ini menjelaskan bahawa pihak pengurusan fasiliti perlu memberikan perhatian terhadap beberapa kelemahan yang berkait dengan keselesaan penghuni di kawasan kajian seperti kemudahan lif dan penyelenggaran kemudahan lain. Sehubungan itu kajian ini secara implikasinya memberikan perhatian keperluan memberikan fokus terhadap isu pengurusan fasiliti agar tahap kepuasan pengguna terhadap perumahan berstrata dapat memenuhi kepuasan penghuni

Reference
  • 1. Alexander, K. (1996). Facilities Management: Theory and Practice. London: E & FN Spoon.
    2. Amaratunga, D., Baldry, D. & Sashar, M. (2000). Assessment of facilities management performance - what next? Facilities 18(112), 66-75.
    3. Atkin, B. (2003). Contracting out or managing services in-house. Nordic Journal Surveying and Real Estate Research (1), 14-24.
    4. Atkin, B. & Brooks, A. (2005). Total Facilities Management (2nd Edition ed.). Oxford.
    5. Awang, M., Mohammed, A. H., Salleh, M. N. M., Johari, N. H. & Khair, N. (2017). Facilities management future prospect in Malaysia. Sains Humanika 9(1-5).
    6. Barret, P. & Baldry, D. (2003). Facilities Management: Towards Best Practice (2nd Edition ed.). Oxford: Blackwell Publishing Ltd.
    7. Becker, F. D. (1990). The Total Workplace: Facilities Management and The Elastic Organization. Van Nostrand Reinhold Company.
    8. Gera, R. (2011). Effects of online service quality dimensions on satisfaction, value and behavioral outcomes. International Journal of Arts & Sciences 4(12), 123.
    9. Ghani, R., Daud, M. & Yahaya, M. (2014). Faktor-faktor penentu kepuasan perumahan yang memberi kesan terhadap gelagat pembayaran caj perkhidmatan bagi perumahan bertingkat. Jurnal Intelek 9(1), 52-62.
    10. Hinks, J. (1999), FM in the future a speculation on key performance issues. Futures in Property and Facilities Management: Conference Proceedings, University College London, 24-25 June.
    11. Ibem, E. O. & Aduwo, E. B. (2013). Assessment of residential satisfaction in public housing in Ogun State, Nigeria. Habitat International 40, 1631-75.
    12. Internation Facility Management Association. (2019). Definition of FM. What is Facility Management. https://www.ifma.org/about/what-is-facility-management/what-is-fm-media. 11 Mac 2019.
    13. Kearns, Robin A., C J Smith & M.W.Abbott. (1992). The stress of incipient homelessness. Housing Studies 7:280-298.
    14. Linariza, H. & Ashok, V. (2003). Facility management: an introduction. Journal of The Malaysian Surveyor. 1st Quarter 2003 (38.1). pp. 13-19.
    15. Maziah Ismail. (2001). FM practice in Malaysia: where are we heading? FM KL 2001 Conference Proceedings 30th. May. Kuala Lumpur.
    16. Musa, Z. N. (2011). Determining the best options for Facilities Management (FM) service delivery in UK shopping centres (Doctoral dissertation, Liverpool John Moores University).
    17. Nutt, B. (2000). Four competing futures for facility management. Facilities, 18(3/4), 124-132.
    18. Oliver, R.L. (1997). Satisfaction. A Behavioral Perspective on the Consumer. McGraw-Hill, New York, NY.
    19. Pacione, M. (1990). Urban liveability: A review. Urban Geography, 11(1), 1-30.
    20. Parasuraman, A., Zeithaml, V. A. & Berry, L. L. (1985). A conceptual model of service quality and its implications for future research. Journal of Marketing 49(4), 41–50.
    21. Reichheld, F. F. & Sasser, W. E. (1990). Zero Defections: Quality Comes to Services. Harvard Business Review. Harvard Business Review. Retrieved from http://hbr. org/1990/09/zerodefections-quality-comes-to-services/ar/1.
    22. Schwartz, M. & Wilson, E. (2008). Who Can Afford to Live in a Home? A Look at Data from the 2006 American Community Survey, US Census Bureau, Washington, DC.
    23. Tay, L. & Ooi, J. (2001). Facilities Management: a Jack of all trades? Facilities 19(10),357-362. Blackwell Publishing, Inc.
    24. Theodori, G.L. (2001). Examining the effecty of community satisfaction and attachment on individual well being, Rural Sociology 66(4), 618 628.
    25. Tucker, M. & Pitt, M. (2008). Performance measurement in facilities maangement: Driving innovation? Property Management 26(4).241-254.
    26. Wan Zahari Wan Yusoff. (2008). Menilai kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan menggunakan instrumen FM-SERVQUAL.Tesis Dr. Fal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 27. Yamane, T. (1973). Statistics: An Introduction Analysis. Harper & Row.
    28. Zeithaml, V.A. & Bitner, M.J. (2000). Services Marketing, McGraw-Hill, Boston, MA.