Penggunaan Aplikasi Google Classroom daripada Perspektif Guru JAIS di Daerah Hulu Langat, Selangor Dalam Penyediaan eRPH
List of Authors
Aiman Athirah Damanhuri, Norazah Mohd Nordin
Keyword
Aplikasi Google Classroom, eRPH, Penggunaan, Cabaran
Abstract
Penggunaan aplikasi Google Classroom (GC) daripada perspektif guru JAIS bagi penyediaan eRPH bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan GC, mengetahui cabaran daripada perspektif guru dan mengenal pasti hubungan antara tahap penggunaan GC dengan cabaran yang mempengaruhi guru dalam penyediaan GC bagi penghantaran eRPH melibatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kajian ini melibatkan 50 orang responden iaitu guru sekolah agama di bawah JAIS yang terdiri daripada 5 buah sekolah sebagai subjek kajian. Data dianalisis menggunakan kajian kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan soal selidik yang menggunakan aplikasi Google Form. Dapatan kajian menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan statistik deskriptif dan Korelasi Pekali Pearson. Konstruk antara penggunaan dan cabaran adalah signifikan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif secara statistik, r (48) = 0.000, p < 0.01. Konstruk penggunaan dan cabaran adalah tidak signifikan dengan sikap negatif secara statistik, r (48) = 0.469, p > 0.01 dan r (48) = 0.896, p > 0.01. Penggunaan aplikasi GC yang lebih tinggi menyumbang kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif walaupun disertai dengan pelbagai cabaran. Cabaran sebagai peluang pembelajaran untuk meningkatkan kualiti diri yang berpotensi memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan sikap positif responden jika diurus dengan baik. Peningkatan penggunaan aplikasi GC membawa kepada peningkatan cabaran disebabkan oleh kesukaran teknikal dan adaptasi terhadap teknologi baru.