Hubungan pekerjaan di sektor informal: Kajian kes di Lawas, Sarawak, Malaysia
List of Authors
  • Dzurizah Ibrahim , Norhidayah Hasbullah

Keyword
  • Hubungan Pekerjaan, sektor informal, benevolent autocracy, Teori Goss, Lawas, Sarawak

Abstract
  • Kajian lepas menyatakan bahawa asas hubungan pekerjaan sebagai bidang kajian adalah untuk menyiasat sifat hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menyiasat hubungan pekerjaan dalam sektor informal dengan menggunakan kerangka kerja yang diperkenalkan oleh Goss (1991) untuk menafsirkan hubungan pekerjaan dalam firma kecil yang boleh difahami dengan mengambil kira dua dimensi: Pertama, sejauhmana majikan bergantung kepada pekerja masing-masing dan sebaliknya. Kedua, sejauhmana pekerja mempunyai keupayaan secara individu atau secara kolektif untuk mencabar kuasa majikan. Berdasarkan dua dimensi ini, empat sifat dikenalpasti untuk menyiasat sifat hubungan pekerjaan di sektor informal iaitu fraternalisme, paternalisme, benevolent autocracy, dan passive acquiescence. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temu bual secara mendalam bersama empat orang majikan dan empat orang pekerja yang terlibat dalam sektor informal di Lawas, Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat benevolent autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat benevolent autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Ciri-ciri sektor informal yang bersifat kekeluargaan dan tidak berdaftar yang menyebabkan ketiadaan perlindungan kepada pekerja merupakan sebab utama yang mencorakkan hubungan pekerjaan dalam sektor informal. Kajian ini juga turut memberi sumbangan kepada pendefinisian semua hubungan pekerjaan serta mencadangkan reformasi dasar dalam konteks sektor informal terutamanya dalam melindungi hak pekerja

Reference
  • 1. Akorsu. (2013). Labour Standart Application in the Informal Economy of Ghana: The Patterns and Pressure. Enonomc Annals, 8, 157-175.
    2. Blyton, P. & Turnbull, P. (1998). The Dynamics of Employee Relations. London: MacMillan. Bray et al. (2011). Employment Relation: Theory and Practice. Australia: McGraw-Hill Australia Pty Ltd.
    3. Chen. (2012). The Informal Economy: Definitions, Theories and Policies. Women in Informal Employment: Globalizing and Organizing (WIEGO).
    4. Creswell. (2009). Third Edition Research Design. Qualitative, Quantitative and Mixed Method Approches. United States of America: SAGE Publications.
    5. Dzurizah Ibrahim. (2013). An Analysis of Work and Non-Work Patterns in Malaysian Public Sector Workplaces: A Multilevel Approach. UK: Cardiff University.
    6. Edward, P. (2003). The Employment Relationship and the Field of Industrial Relations. 2nd edt. in Industrial Relations: Theory and Practice in Britain. Wiley: Blackwell.
    7. Fajar Agung Nugroho. (2010). Penataan Sektor Informal di Belakang Kampus UNS. Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sebelas Maret: Surakarta.
    8. Francis O. Boachie-Mensah. (2012). Human Resource Practices in the Informal Sector in Cape Coast, Ghana. Journal of Management Research, 4, 1-16.
    9. Gerxhari, K. (2004). The Informal Sector in Developed and Less Developed Countries: A Literature Survey, Public Choice, 120, 267-300.
    10. Hart, K. (1973). The Informal Income Opportunities and Urban Employment in Ghana. Journal of Modern African Studies, 11, 61-89.
    11. Henley et al. (2006). On Defining and Measuring the Informal Sector. German: IZA Discussion Paper No. 2473.
    12. ILO. (2003). ‘Provisional Record Ninety-First Session (no. 21)’. Fifth Item on the Agenda: The Scope of the Employment Relationship. Geneva: International Labour Conference.
    13. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2017). Informality and Informal Employment in Malaysia. National Economic Outlook Conference 2018-2019: Hotel Continental Kuala Lumpur.
    14. Khoo et al. (2016). Plights and Perils of the Rural Informal Sector: A Case Study of Petty Traders in Kuala Nerang, Kedah. International Journal of Environment, Society and Space, 4, 1-161.
    15. Mason. (2002). Qualitative Researching Second Edition. London: SAGE Publications Ltd
    16. Matlay, H. (2002). Training and HRM Strategies in Small Family-Owned Businesses: An Empirical Overview in Denise E. Fletcher. London: Routledge.
    17. Nazaria Baharudin et al. (2011). Informal Employment in Informal Sector Enterprises in Malaysia. Journal of the Department of Statistics Malaysia, 2, 22-45.
    18. Noor Syakirah Zakaria dan Mohd Khairuddin Hashim. (2015). The Impact of Employment Relations Practices on Performance of Malaysian SMEs: The Conceptual Framework. Proceedings of the 4th International Seminar on Entrepreneurship and Business, 91-107.
    19. Ram, M., Edwards, P., Gilman, M., & Arrowsmith, J. (2001). The Dynamics of Informality: Employment Relations in Small Firms and the Effects of Regulatory Change. Work, Employment & Society, 15, 845–861.
    20. Rainnie. (1985). Is Small Beautifull? Industrial Relation in Small Clothing Firms. Sosiologi, 10, 21, 224.
    21. Razouk, A. (2011). High-Performance Work Systems and Performance of French Small-and Medium-Sized Enterprises: Examining Causal Order. The International Journal of Human Resource Management, 22, 311–330.
    22. Scase, R. (1995). Employment Relations in Small Firms. In P. Edward (Ed.). Industrial Relations: Theory And Practice (Second edi, pp. 470–488). London: Blackwell Publishing.
    23. Sheehan, M. (2013). Human Resource Management and Performance: Evidence from Small and Medium-Sized Firms. International Small Business Journal.
    24. Stokes dan Wilson. (2006). Small Business Management and Entrepreneurship. United Kingdom: Cengage Learning EMEA.
    25. Wilkison. (1999). Employment Relations in SMEs. Loughborough University Business School: United Kingdom.
    26. William & Adam-Smith. (2010). Contemporary Employment Relations: A Critical Introduction. University of Oxford: Oxford University press