Analisis Komunikasi Bukan Lisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS
List of Authors
  • Mohd Rohiman Subri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Komunikasi Bukan Lisan merupakan aspek penting yang perlu diaplikasikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan pengajaran komponen sastera (KOMSAS).Peningkatan kualiti pembelajaran KOMSAS dapat dilihat melalui kejayaan guru dalam mengaplikasikan komunikasi bukan lisan dalam sesi pengajaran terhadap murid. Oleh itu, bertepatan dengan kajian ini dilaksanakan untuk meneroka amalan komunikasi bukan lisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan pengjaran KOMSAS. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dengan menggunakan pendekatan fenomenalogi yang diasaskan oleh Edmund Hursell. Kaedah temu bual mendalam digunakan terhadap tujuh orang Guru Cemerlang di Malaysia bagi mendapatkan sumber data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo 12 untuk mendapatkan tema-tema yang bersesuaian dengan matlamat kajian. Dapatan menunjukkan Guru Cemerlang Bahasa Melayu telah menggunakan komunikasi bukan lisan secara bervariasi dalam pengajaran KOMSAS mereka. Implikasi kajian ini membantu guru-guru bahasa Melayu yang lain untuk mempelbagaikan jenis komunikasi bukan lisan mereka ketika melaksanakan PdP KOMSAS. Usaha ini akan membantu untuk meningkatkan kompetensi dalam pengajaran dan pembalajaran KOMSAS di samping menarik minat murid untuk menguasai karya KOMSAS.


Reference
  • No Data Recorded