Ramai murid masih menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah berayat dalam mata pelajaran Matematik. Pelbagai teknik dan strategi telah diintegrasikan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bilik darjah matematik termasuk teknik visualisasi. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan teknik visualisasi dalam membantu murid Tahun Tiga meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berayat yang mana turut membantu mereka menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah berayat Matematik. 83 orang murid Tahun Tiga dari sekolah rendah kebangsaan kategori bandar di sebuah daerah negeri Pulau Pinang dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah eksperimental digunakan sebagai reka bentuk kajian ini. Data kuantitatif kajian ini di kutip melalui ujian pra dan ujian pasca. Data soal selidik di kutip bagi menyokong dapatan data ujian. 20 soalan berbentuk penyelesaian masalah berayat matematik yang sama telah diberikan kepada responden semasa ujian pra dan ujian pasca. Keputusan analisis data menunjukkan teknik visualisasi telah membantu responden kajian menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah berayat matematik dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra.