Tinjauan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian ketika pandemik Covid-19: Perspektif pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan
List of Authors
  • Mohd Faisal Jamaludin , Munirah Salleh

Keyword
  • Pendidikan teknik dan vokasional, pembelajaran dalam talian, Sains Kejuruteraan

Abstract
  • Pandemik COVID-19 telah mengganggu sistem penyampaian pengajaran di pelbagai institusi, terutamanya dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (TVET). Pembelajaran dalam talian menjadi kaedah utama untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran semasa pandemik merebak. Setelah tujuh minggu pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor terlibat dengan kelas dalam talian, tinjauan dilakukan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar menghadapi kelas secara dalam talian. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tentang kebaikan dan kekurangan pembelajaran dalam talian khusus kepada pelajar yang mengikuti program Kejuruteraan. Kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif ini dilakukan dengan menyebarkan borang soal selidik secara dalam talian kepada pelajar Semester Satu program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Elektrik yang mengikuti kursus Sains Kejuruteraan di PIS. Data yang dikumpulkan dari edaran soal selidik dianalisis dengan perisian statistik SPSS 20. Hasil daripada edaran soal selidik seramai 381 responden yang terdiri dalam kalangan pelajar sasaran menjawab soal selidik. Menurut jawapan responden yang terdiri daripada 75.6% (n=288) pelajar lelaki dan 24.4% (n=93) pelajar perempuan, kesediaan talian internet di rumah adalah 74.3% (n=283) dan 25.7% (n=98) tiada talian internet di rumah. 81.6% (n=311) daripada responden mempunyai komputer sendiri untuk mengikuti kelas secara dalam talian dan 18.3% (n=70) tidak mempunyai komputer sendiri untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Seramai 63.3% (n=241) responden mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat. Keseluruhannya pelajar bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dengan adanya perkhidmatan talian internet dan peralatan yang mencukupi. Namun demikian hasil dapatan mendapati pembelajaran dalam talian adalah kurang berkesan dan tidak bermotivasi berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka dalam kalangan responden.

Reference
  • 1. Bibi Noraini Mohd Yusuf, and Jihan Ahmad. (2020). “Are We Prepared Enough? A Case Study of Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid-19 Outbreaks.” Advances in Social Sciences Research Journal 7(5):205–12.

    2. Gonzalez, T., M. A. de la Rubia, K. P. Hincz, M. Comas-Lopez, L. Subirats, S. Fort, and G. M. Sacha. (2020). “Influence of COVID-19 Confinement in Students Performance in Higher Education.” ArXiv Preprint ArXiv 2004.09545.

    3. Goyal, S. (2020). Impact of Coronavirus on Education in India

    4. Gunawardena C (1995) Social presence theory and implications for interaction and collaborative learning in computer conferences International Journal of Educational Telecommunications 1(2) pp. 147-166

    5. Hurst B, Wallace R and Nixon S (2013) The impact of social interaction on student learning Reading Horizons 52(4) pp. 375-398

    6. Jafar, Mohd Fairuz & Amran, Zetty & Faiz, Mohd & Yaakob, Mohd & Yusof, Mat & Awang, Hapini. (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19.

    7. Khalil, A. A., Abd Rahman, R., & Din, H. A. M. (2018). Kajian Kes Interaksi Sosial dalam kalangan Pelajar Pelbagai Etnik ke arah Pengukuhan Integrasi Nasional. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), 131-135.

    8. Najib, H. M., Bakar, N. R. A., & Othman, N. (2017). E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor. Attarbawiy: Malaysia Online Journal of Education, 1.

    9. Omar, R., & Ahmad, J. H. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik (Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The University’s Academic Staff). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 34(1), 155-172.

    10. S Bali and M C Liu (2018). Students' perceptions toward online learning and face-to-face learning courses. Journal of Physics: Conference Series, Volume 1108, Mathematics, Informatics, Science and Education International Conference (MISEIC) 2018 21 July 2018, Surabaya, Indonesia

    11. Santoso, H., & Wyn, W.E. (2014). Primary School e-Learning Development as a Social Study Learning Model in the 5 th Grade Primary School.

    12. Shiun, T. K. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning).

    13. Wang, Chen, Peter W. Horby, Frederick G. Hayden, and George F. Gao. (2020). “A Novel Coronavirus Outbreak of Global Health Concern.” The Lancet 395(10223):470–73.

    14. Yusup, H. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan (Doctoral dissertation, Asia eUniversity).