Perburuhan dan masyarakat Bugis Di Sabah: analisis kajian terdahulu
List of Authors
  • Abdul Hadi Mohamad Yatim , Mahadirin Hj. Ahmad , Md. Saffie Abd.Rahim

Keyword
  • Perburuhan, Masyarakat Bugis, Sabah, Sejarah dan Perladangan

Abstract
  • Kertas kerja ini merupakan analisis terhadap masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka dalam proses perburuhan. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama, iaitu kajian khusus Bugis dalam bidang ekonomi dan kajian umum yang melibatkan aspek budaya dan adat resam serta hal-hal lain. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan perkembangan buruh Bugis dalam sektor perladangan di Sabah, yang mana pada fasa seterusnya kajian lanjut dilakukan dengan menemubual individu yang pernah terlibat dalam sektor perladangan di negeri Sabah. Kajian empirikal dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang memfokuskan kepada proses temubual secara mendalam. Analisis terhadap kajian lepas, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen digunakan bagi menghasilkan data sokongan berkenaan perkembangan buruh Bugis. Hasil dapatan penyelidik terdahulu, berdasarkan kedatangan buruh Bugis yang disebabkan oleh pembukaan ladang kelapa pada akhir abad ke 19, serta perkembangan pesat industri lanud dan kelapa sawit pada dekad 50an sehingga 80an. Selain itu, kajian-kajian terdahulu juga menerangkan tentang orang Bugis yang merangkumi aspek budaya, ekonomi, dan sosial. Jelasnya, penglibatan mereka dilihat sebagai keperluan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri berasaskan industri komoditi.

Reference
  • 1. Asmiaty Amat. (2013). Bugis Sabah. Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia & Universiti Malaysia Sabah. Kuala Lumpur.
    2. D.S Ranjit Singh. (2011). The making of Sabah 1865-1941, the Dynamics of Indegenous Society. Third edition. Percetakan Kerajaan Sabah. Kota Kinabalu, Sabah.
    3. Danny Wong tze Ken. (1998) The Transformation of an immigrant society, a study of the Chinese The of Sabah, first edition, asean academic, University of Michigan, Michigan.
    4. Dayang Azrina Binti Datu Titing. (2015). Sejarah perkembangan Ekonomi masyarakat Bugis di daerah Kunak 1990an-kini. Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu, Sabah.
    5. Herwanto Bin Rajjing. (2010), Sejarah sosial masyarakat Bugis di Sandakan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
    6. James Francis Warren. (1981). The Sulu Zone 1768-1898, the dynamics of external trade, slavery and ethnicity of a southest Asian Maritime state.National Singapore. Singapura.
    7. Ken Goodlet. (2010). Tawau, the making of A Tropical community. Opus publications. Kota Kinabalu, Sabah.
    8. Kunaseelan A/l Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia Indonesia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
    9. Mohammad Raduan Mohd Arif dan Mohammad Sharir Mohamad Raduan. (2008). Penguasaan Nelayan Bugis Dalam perusahaan Bagang Di Pantai Timur Sabah. Jurnal penyelidikan Borneo. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
    10. Rosjiah Binti Muhammad Sarif. (2015). Perkembangan Ekonomi Pertanian Di Tawau, 1963 1985. Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu, Sabah
    11. Saidatul Nornis Haji Mahali (2007). Pluraliti etnik dan Budaya di Sabah. University Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. Sabah.
    12. Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2011). Pluraliti dalam kearifan lokal di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. Sabah.
    13. Samsuria Binti sadude. (2015). Impak pembangunan perindustrian terhadap sosioekonomi penduduk di kampung tanjung batu laut, Tawau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu, Sabah.
    14. Suhana Binti Udin. (2014) Perusahaan Arang Batu di Silimpopon, Tawau, 1905-1932. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
    15. Surya Sintang. (2007). Sejarah Dan Budaya Bugis Di Tawau, Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.
    16. Wan Shawaluddin W.Hassan, Zaini Othman dan Marja Azlina Omar. (2008). Dimensi Ekonomi-politik pendatang Asal Indonesia di Sabah. Jurnal penyelidikan Borneo. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
    17. Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dollah dan Dewi Herviani. (2015). Tenaga Kerja Indonesia (TKI) Bugis Dalam Sektor Perladangan Kelapa Sawit Di Sabah. Jurnal Manu, Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu.
    18. Yutaka Shimomoto. (2010). Japanese immigrants and investment in North Borneo. The Sabah society. Kota Kinabalu. Sabah. Malaysia