Tahap Minat dan Persepsi Murid Sekolah Rendah terhadap Penggunaan Gamifikasi dalam Mata Pelajaran Sejarah
List of Authors
  • Anuar Ahmad, Nurul Amalin Abdul Rahim

Keyword
  • Gamifikasi; Minat; Persepsi; Sejarah; Sekolah Rendah

Abstract
  • Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap minat dan persepsi murid Tahun 5 terhadap penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Pendekatan gamifikasi diperkenalkan sebagai strategi pedagogi inovatif yang menggabungkan elemen permainan seperti ganjaran, papan markah dan kuiz interaktif bagi meningkatkan motivasi, keterlibatan serta kefahaman murid terhadap kandungan sejarah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik berskala Likert lima mata yang melibatkan 205 murid dari sebuah sekolah rendah di daerah Hulu Langat, Selangor. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 27 dengan melibatkan analisis deskriptif. Dapatan menunjukkan bahawa tahap minat dan persepsi murid berada pada tahap tinggi.Kajian ini menyimpulkan bahawa gamifikasi bukan sahaja menjadikan pembelajaran Sejarah lebih interaktif dan menyeronokkan, tetapi juga berpotensi meningkatkan motivasi intrinsik murid. Oleh itu, integrasi sistematik gamifikasi dalam PdPc disarankan bagi memperkukuh keberkesanan pengajaran abad ke-21 serta membentuk pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.

Reference
  • No Data Recorded