Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
List of Authors
  • Lionad Lius , Zamri Mahamod

Keyword
  • tahap tekanan, guru, Bahasa Melayu, pentaksiran, bilik darjah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Abstract
  • Tekanan kerja dialami di dalam pelbagai bidang pekerjaan pada hari ini dan ia bukan lagi perkara yang baru bagi pekerjaan guru. Pada tahun 2018, data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa 4.4% bersamaan 2,123 daripada seramai 48,258 guru dikenal pasti mengalami tekanan tahap sederhana tinggi. Mengajar bahasa Melayu adalah sesuatu yang sangat mencabar terutama sekali untuk guru yang mendidik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pengajaran Bahasa Melayu di SJKC mempunyai kekangan yang agak ketara. Kefasihan berbahasa Melayu murid di sekolah jenis kebangsaan dalam berbahasa Melayu tidak sehebat murid-murid di sekolah kebangsaan yang kebanyakan muridnya adalah daripada kaum Melayu. Oleh itu, guru bahasa Melayu di sekolah cina menghadapi masalah untuk menjadikan murid mahir dan menguasai kemahiran berbahasa. Kajian ini bertujuan untuk memberi fokus khusus kepada guru bahasa Melayu. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengukur tahap tekanan 128 orang guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di beberapa buah SJKC. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik digunakan untuk mengetahui tahap tekanan guru-guru bahasa Melayu di SJKC daerah Johor Bahru. Hasil kajian menunjukkan data guru bahasa Melayu sebenarnya berada pada tahap tekanan sederhana. Empat faktor iaitu bebanan kerja, hubungan interpersonal, pengajaran Bahasa Melayu dan disiplin murid, menunjukkan tahap tekanan sederhana dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan satu faktor berada di tahap tinggi iaitu faktor pengiktirafan profesional. Dicadangkan agar kajian yang lebih mendalam untuk melihat di mana punca masalah tekanan dalam kalangan guru bahasa Melayu dapat dibuat oleh penyelidik lain pada masa hadapan.

Reference
  • 1. Abu, Baharin and Aziz, Mariam. (2010). Tekanan Dalam Kalangan Guru Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai. pp. 1-7.

    2. Ahmad Azhari (1998). Tahap Dan Punca Tekanan di Kalangan Guru-guru yang Mengajar Kemahiran Hidup di Negeri Perlis. Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    3. Amalina Razali & Azita Ali. (2016). Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Tekanan Guru Pendidikan Khas . Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4756 [5 Julai 2020].

    4. Asraf Mubarak. (2014). Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan Pbs Di Sekolah Kebangsaan Bandar Dan Luar Bandar Di Daerah Muar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

    5. Azizi yahaya & nik diana hartika binti nik husain. (2010). Tahap tekanan dan faktor - faktor yang mempengaruhinya di kalangan guru-guru sekolah menengah di negeri johor, melaka, negeri sembilan dan selangor. Http://eprints.utm.my/id/eprint/2254/ [ 25 jun 2020 ].

    6. Baharin bin abu & mariam binti aziz. 2010. Tekanan dalam kalangan guru di dua buah sekolah menengah kebangsaan di kawasan skudai. Http://eprints.utm.my/id/eprint/11410/ [ 22 jun 2020].

    7. Futurity, Cailin Riley-Missouri. 2018. Lots Of Teacher Are Super Tekanan. Retrieved on 1 Julai 2020. Doi: https://www.futurity.org/teachers-tekanan-1739832

    8. Hanina h. Hamsan, tan poh mae & jumali hj. Selamat. (2010). Tekanan dan pencapaian akademik mahasiswa pembangunan manusia di universiti putra malaysia. Jurnal personalia murid bil. 13 jun/june 2010 (57 - 72).

    9. Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nor’azian Binti Rohani, Eldrana Augustin Daniel & Mustafa Kamal Mohammad. (2005). Hubungan punca tekanan dan tahap tekanan di kalangan guru-guru di sebuah sekolah menengah agama Johor Bahru. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, Utm.

    10. Hidayat, Zainul. (2016). Pengaruh Tekanan dan Kelelahan Kerja terhadap Kinerja Guru SMPN 2 Sukodono di Kabupaten Lumajang. WIGA: Jurnal Penelitian Ilmu Ekonomi, vol. 6, no. 1, pp. 36-44.

    11. Jaafar Muahamad. (2003). Kelakuan Organisasi (Edisi Kelima). Selangor: Leed Publications, 2003.

    12. Mohamad Zaid Mustafa, Ali Suradin, Siti Sarah Muhammad, Ahmad Rizal Madar & Abdul Rashid Razzaq. (2009). Kajian tekanan dalam kalangan murid wanita program sarjana muda kejuruteraan di universiti tun Hussein onn Malaysia (uthm). Doi: Http://eprints.uthm.edu.my /id/eprint/2033/1/kajian tekanan dalam kalangan murid wanita mohamad zaid mustafa 2009.pdf [15 jun 2020].

    13. Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching / Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan. Universiti Sarawak Malaysia.

    14. Russel Joseph. (2000). Tekanan Free Teaching. British Library Cataloguing In Publication Data. Stylus Publishing Inc.

    15. Tyler ChristineTeacher $ Rosenberg. (2010). Tekanan: An assessment of teachers' need for and receptiveness towards a tekanan reduction program within one rural school system. Educational Specialist. 98. Doi: https:// commons. lib.jmu. edu/ edspec 201019/98

    16. Ummi Kalsom, Zakaria. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

    17. Winefield, Helen. (2003). Work Stress and its Effects in General Practitioners. 10.1201/9780203422809.ch7.