Perbandingan penstrukturan Gaji Minimum pekerja pada hotel berkesatuan sekerja dan bukan berkesatuan sekerja
List of Authors
  • Dzurizah Ibrahim , Mohd. Khairul Nabil Mohd Nor Azan

Keyword
  • gaji minimum, penstrukturan gaji, sektor perhotelan, berkesatuan sekerja dan bukan berkesatuan sekerja

Abstract
  • Akta Gaji Minimum telah diwartakan dan menjadi mandatori untuk dilaksanakan pada semua sektor pekerjaan swasta pada 1 Januari 2014. Salah sebuah sektor pekerjaan swasta yang wajib melaksanakan Akta Gaji Minimum adalah sektor perhotelan. Namun demikian, pelaksanaan gaji minimum pada sektor perhotelan mempunyai sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan sektor pekerjaan yang lain. Hal ini kerana, Majlis Perundingan Gaji Negara 2012 ada menyatakan bahawa majikan di sesebuah sektor perhotelan boleh mengubah kesemua atau sebahagian caj perkhidmatan yang diagihkan kepada pekerja untuk diserap menjadi gaji minimum. Keadaan ini sekaligus menunjukkan bahawa majikan sektor perhotelan mempunyai kuasa penuh di dalam menstruktur semula gaji pekerjanya. Bersandarkan kajian kes kualitatif ke atas dua buah hotel yang berkesatuan sekerja dan bukan berkesatuan sekerja di Kota Kinabalu, kertas kerja ini akan membincangkan perbandingan penstrukturan semula gaji minimum yang dilaksanakan pada sektor perhotelan berkesatuan sekerja dan bukan berkesatuan sekerja. Berdasarkan kepada temubual separa berstruktur ke atas dua orang wakil pengurusan hotel, dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan di dalam penstrukturan gaji minimum pada hotel berkesatuan sekerja dan hotel bukan berkesatuan sekerja. Kajian ini mencadangkan bahawa, sesebuah sektor perhotelan yang bukan berkesatuan sekerja mampu melaksanakan Akta Gaji Minimum tanpa adanya pengawasan daripada kesatuan sekerja. Kajian ini amat penting untuk dijadikan sandaran bagi memahami penstrukturan gaji sesebuah organisasi bukan berkesatuan sekerja dan sekaligus membuktikan bahawa organisasi bukan berkesatuan sekerja juga mampu melaksanakan Akta Gaji Minimum sepenuhnya.

Reference
  • 1. Ambrosi, G. M. (1986). The Keynesian Reception of Classical Analysis: Pigou’s Theory of Unemplyement and it’s Critique in Keynes’ General Theory. https://www.uni-trier.de/fileadmin/ fb4/ prof/ VWL/ EWP/ Publikationen/ Ambrosi/ keypigo.pdf. Diakses Pada 07 April 2014.
    2. Balakrishnan Parasuraman. (2003). Hubungan Industri dan Pengurusan Sumber Manusia: Isu dan Cabaran. Malaysia. Pearson Prentice Hall.
    3. Chris F. Wright. (2011). What Role For Trade Union in Future Workplace Relation?. Acas Future of Workplace Relation discussion paper series. http:// www.acas.org.uk/ media/ pdf/ g/ m/What_role_for_trade_unions_in_future_workplace_relations.pdf. Diakses Pada 29.08.2017.
    4. Davies, A. (2013). Mercatus Research: Unintended Consequence Of Raising The Minimum Wage. http://mercatus.org/ sites/ default/ files/ unintended-consequences-raising-minimum-wage.pdf. Diakses Pada 03 Ogos 2015.
    5. Dzurizah Ibrahim. (2009). Kesatuan Sekerja Alaf Baharu: Cabaran Globalisasi dan Masa Depan.
    6. Dalam Dzurizah Ibrahim, Balakrishnan Parasuraman & Rosazman Hussin. 2009. Hubungan Industri dan Sumber Manusia: Isu dan Perspektif. (M.S 67-81). Universiti Malaysia Sabah. Norzaynab Printing Sdn. Bhd.
    7. Dzulzalani Eden. (2015). Transformasi Kesatuan Sekerja Dalam Pembangunan Negara. http://ir.unimas.my/10295/1/Konvensyen%20kesatuan%20Sekerja%202015.pdf.Diakses Pada 29.08.2017.
    8. Foguel, M.N, Ramos, L dan Cameiro, F. (2001). The Impacts of the Minimum Wage on the Labor Market, Poverty and Fiscal Budget in Brazil. http://repositorio.ipea.gov.br/ bitstream/ 11058/2156/ 1/ TD_839.pdf. Diakses Pada 20 September 2013.
    9. Jamen T. Bennett dan Bruce E. Kaufman. (2008). What Do Union Do?: A Twenty-Year Perspective. Transaction Publishers. New Brunswick, United States of America.
    10. Majlis Perundingan Gaji Negara, Kementerian Sumber Manusia. (2012). Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Gaji Minimum di Malaysia. http://www.mohr.gov.my/pdf/FAQ_ GAJIMINIMUM.pdf. Diakses: 20 September 2013.
    11. Perintah Gaji Minimum. (2016). Warta Kerajaan Persekutuan: P.U. (A) 116. http://minimumwages.mohr.gov.my/pdf/perintah_GM_PUA116.pdf.Diakses Pada 29.08.2017.
    12. Perintah Gaji Minimum. (2013). Warta Kerajaan Persekutuan : P.U.(A)214. http:// www.mohr.gov.my/ docz/ perintahgajiminimum2013.pdf. Diakses: 20.09.2013.
    13. Suppiah, Ummadevi. (2003). Tun V.T. Sambanthan : Peranannya dalam Politik dan Kemajuan Orang India di Malaysia. Tesis Sarjana. University of Malaya.
    14. Trade Union Congress. (2010). Trade Union At Work, What They Are And What They Do. https://www.tuc.org.uk/sites/default/files/unionsatwork.pdf. Diakses Pada 29.08.2017.
    15. UNISON. (2014). What Is A Trade Union. https:// www.unison.org.uk/ content/ uploads/ 2014/ 02/ On-line-Catalogue221582.pdf. Diakses Pada 29.08.2017