Cabaran kelangsungan hidup wanita copreneurs di Pulau Mabul, Sabah
List of Authors
  • Dzurizah Ibrahim , Kamsiah Mabaloh

Keyword
  • Cabaran, kelangsungan hidup, wanita copreneurs, komuniti pulau, copreneurship

Abstract
  • Perubahan sosial dan ekonomi pada masa kini adalah usaha meningkatkan pembangunan luar bandar yang boleh mengundang pelbagai tuntutan pekerjaan dan domestik yang perlu digalas untuk menjaga kelangsungan hidup di luar bandar. Hal ini dapat ditelusuri apabila wanita copreneurs dilihat menjadi pemain utama berdepan implikasi senario kehidupan untuk melaksanakan pelbagai peranan dan tanggungjawab antara kerja dan kehidupan di luar bandar. Copreneurship merupakan perniagaan suami dan isteri yang sifatnya saling berkongsi tanggungjawab, komitmen dan matlamat bersama. Lazimnya, copreneurship bertujuan mencapai keharmonian demi menjaga kelangsungan hidup kerana bekerja bersama pasangan dianggap memudahkan wanita copreneurs untuk menggalas tanggungjawab antara kerja dan bukan kerja. Namun, sejauhmana cabaran wanita copreneurs bekerja bersama pasangan demi mencapai keharmonian kelangsungan hidup seiring dengan intensiti sara hidup masa kini masih menjadi persoalan. Rentetan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran wanita copreneurs untuk mencapai kelangsungan hidup mereka di Pulau Mabul. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, pengkaji menggunakan kaedah temu bual secara mendalam ke atas 7 responden wanita copreneurs di Pulau Mabul. Dapatan kajian menemukan wanita copreneurs berdepan masa kerja yang amat panjang dan mendominasi agihan tugas perniagaan serta rumahtangga berbanding pasangan. Bekerja bersama pasangan menyebabkan wanita copreneurs menjalankan tugas-tugas perniagaan dan berdepan cabaran masa kerja yang lama dan panjang. Wanita copreneurs dilihat bukan sahaja sebagai pelaksana menjaga rumahtangga namun dilihat juga sebagai pencari nafkah isi rumah. Ini bermakna, wanita copreneurs memikul peranan berganda dan berdepan dwi pekerjaan walaupun berada di luar bandar. Hal ini menunjukkan bahawa wanita copreneurs di Pulau Mabul berada pada kedudukan tinggi di luar bandar baik dari segi peranan sosial dan ekonomi untuk memenuhi keperluan rumahtangga dan kelangsungan hidup.

Reference
  • 1. Baetens. K. (2008). Copreneurial Family Businesses in Brussels. Determinants of Performance in the Family and in the Business. Tesis Doktor Falsafah. Brussel University.
    2. Barnett, F. dan Barnett, S. (1989). Entrepreneurial Couples. The Futurist. 23(3).
    3. Bryman, A. (2012). Social Research Methods, 4thEdition. New York: Oxford University Press.
    4. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Satistik Penyelidikan (Buku 1): Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
    5. Creswell, J.W. (1994). Research Design: Qualitative or Quantitave Approaches. Thousand Oaks: Sage Publications.
    6. Danes, S.M. dan Olson, P.D. (2003). Women’s Role Involvement in Family Businesses, Business Tension and Business Success. Family Business Review. 53-68.
    7. Dyer, W.G. Jr. (2003). The Family: The Missing Variable in Organizational Research. Entrepreneurship: Theory and Practice. 27(4), 401-416.
    8. Fitzgerald, M. dan Muske, G. (2002). Copreneur: An Exploration and Comparison to Other Family. Family Business Review. 15(1), 1–15.
    9. Fletcher, D. (2010). Life-making or risk taking? Co-preneurship and Family Business Start-ups. International Small Business Journal. 28(5), 452-469.
    10. Gardner, A. (1991). Family Matters, The B. C. Home Business Report, Summer. 8-11.
    11. Hall, A., Nordqvist, M. dan Melin, L. (2005). Qualitative Research in Family Business Studies: The Usefulness of the Interpretative Approach. Paper presented at the FNB-ifera World Academic Research Forum, EHSAL Brussels.
    12. Machek, O. J. Hnilica. dan M. Brabec. (2014). Current State of Knowledge on the Performance Gaps Between Family and Non-Family Firms. International Advances in Economics Research. 20(3). 349-350.
    13. Marshack, K.J. (1993). Coentrepreneurial Couples: A Literature Review on Boundaries and Transitions Among Copreneurs. Family Business Review. 4(4). Winter: Jossey-Bass Publishers.
    14. Marshack, K.J. (1998). Entrepreneurial Couples. Palo Alto: CA.Norasmah, O, Suzana, M. dan Salpoah. S. 2016. Motivation Factors of Couple Involvement in Copreneurship Businesses in Malaysia. International Journal of Social Behavioral, Economic, Business and Industrial Engineering. 10(1), 256-259.
    15. Raiha, A., Naquiah. dan Yan, S.Y. (2015). Membentuk Profil dan Memahami Persepsi Copreneurship di Johor Bahru, Malaysia. International Journal of Environment, Society and Space. 3(1), 1-14.
    16. Rutherford, M. W., Muse, L. A. dan Oswald, S. L. (2006). A New Perspective on the Developmental Model for Family Business. Family Business Review. 19(4), 317-333.
    17. Sharma, P. (2004). An Overview of the Field of Family Business Studies: Current Status and Directions for the Future. Family Business Review. 17(1), 1-36.
    18. Smith, C.R. (2000). Managing Work and Family In Small Copreneurial Business: An Australian Study. Women in Management Review. 15, 283-289.
    19. Tompson, G.H. dan H.B. Tompson. (2000). Determinants of Successful Co-preneurship. ICSB World Conference. Brisbane, Australia.
    20. Williams, K. (2008). We Do: Copreneurs Simultaneously Build Happy Marriages and Thriving Enterprises. Black Enterprise. World Conference. Brisbane, Australia.