Tahap penerapan dan kefahaman guru matematik terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pdp matematik di sekolah rendah
List of Authors
  • Maxwell Aling , Siti Mistima Maat

Keyword
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Guru Matematik Sekolah Rendah, Penerapan, Kefahaman

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) oleh guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Sampel kajian dipilih seramai 120 orang guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang kaji selidik. Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian medapati tahap penerapan KBAT guru matematik dalam PdP berada pada tahap yang tinggi dengan skor min ialah 3.50. Dapatan kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan skor min secara keseluruhan ialah 3.80 menjelaskan bahawa tahap kefahaman KBAT para guru matematik berada pada tahap yang tinggi. Implikasi kajian ini ialah dapat membantu mengatasi dan memperhalusi segala kepincangan yang berlaku dalam proses penerapan KBAT di sekolah serta memberikan impak besar kepada murid di sekolah di mana mereka akan sentiasa dibimbing dengan baik dan mengikut perkembangan semasa selaras dengan pembangunan pesat dunia pendidikan.

Reference
  • 1. Abdul Rashid, Z. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi KBAT. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9086/1/Zarina_Abdul_Rashid.pdf

    2. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

    3. Balakrishan, G. (2002). Penilaian pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam mata pelajaran Sejarah KBSM tingkatan 4: Satu kajian kes di daerah Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    4. Bisset. (2013). Expert teaching: Knowledge and pedagogy to lead the profession. Routledge.

    5. Creswell, John W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

    6. Goetsch, D.L. (2002). Effective Supervision: A Guidebook for Supervisors, Team Leaders and Work Coaches. New Jersey: Prentice Hall International Inc.

    7. Habib, Som Mat. (2005). "Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum." PhD diss., Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

    8. Ishak, Z. (2006). Psikologi pendidikan: Realiti pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Masalah Pendidikan, 29: 27-36.

    9. Jamilah Ahmad et al. (2011). Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding Environmental Issues. Akademika, 81 (3)(3), 103–115. Retrieved from http://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/488/4137

    10. Krejcie, Robert V, and Daryle W. Morgan. (1970). "Determining sample size for research activities." Educational and psychological measurement 30, no. 3 (1970): 607-610

    11. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et al. (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 3(2), 1–7. Retrieved from http://www.injet.upm.edu.my

    12. Rosnani Hashim & Suhailah Hussien. (2003). The teaching of thinking in Malaysia. 1st Edition. Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

    13. Shairah et al. (2017). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur, 1(2017), 140–146.

    14. Sharifah Nor, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis, and Aliza Ali. (2016). "Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Secara Kritis dan Kreatif." Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2, no. 2 (2016): 19- 31.

    15. Zahari. (2006). "Psikologi Pendidikan: Realiti Pengajaran dan Pembelajaran [Educational psychology: reality of teaching and learning]." Masalah Pendidikan 29 (2006): 27-36.

    16. Zaidir, M. et al. (2019). Akademia Baru Journal of Advanced Research in pelaksaanaan guru sains terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) (Level of knowledge, understanding, skills and performance of science teachers on higher order thinking skills) (January).

    17. Zamri Mahamod. (2015). Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    18. Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2002). Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Proceeding of The International Conference on Teaching and Learning. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.