Pelaksanaan Pendekatan Tematik Dalam Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di Daerah Tatau dan Sebauh
List of Authors
  • Angelina Derong, Zamri Mahamod

Keyword
  • Pendekatan Tematik, Amalan Pengajaran Guru, Model Pengajaran Berkesan Slavin (1995)

Abstract
  • Kajian tinjauan ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendekatan tematik dalam amalan pengajaran guru Bahasa Melayu di Daerah Tatau dan Sebauh. Amalan pengajaran guru ini diukur berdasarkan empat domain yang terdapat dalam Model Pengajaran Berkesan Slavin (1995) yang terdiri daripada kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa. Seramai 130 orang guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di daerah Tatau dan Sebauh telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif. Analisis dapatan kajian mendapati bahawa tahap pelaksanaan pendekatan tematik dalam amalan pengajaran guru bagi aspek kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, diharapkan kajian ini boleh memberikan pelbagai implikasi yang positif terhadap pihak-pihak yang berkaitan khasnya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam pelaksanaan pendekataan tematik ini.

Reference
  • No Data Recorded