Komuniti sebagai agen kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah social
List of Authors
  • Muhammad Izuddin Amin Isham , Nur Hafizah Yusoff

Keyword
  • Kawalan sosial, kawalan sosial tidak formal, komuniti, penyalahgunaan dadah, sosiologi

Abstract
  • Membasmi masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan semata-mata. Pihak komuniti itu sendiri mempunyai peranan sosial tersendiri bagi memastikan kawasan komuniti yang mereka diami bersih daripada sebarang masalah sosial. Justeru itu, artikel ini akan memfokuskan kepada tanggungjawab komuniti sebagai salah satu agen kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah sosial. Kaedah temu bual secara mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian. Seramai tujuh orang informan telah ditemubual daripada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kawalan sosial tidak formal ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa jenis aktiviti kawalan sosial tidak formal yang terdapat di kawasan ini antaranya ialah program gotong-royong, program kolaborasi, aktiviti keagamaan, Skim Rondaan Sukarela (SRS), amalan cakna kejiranan aktiviti sukan dan kebudayaan. Dapatan utama menunjukkan program gotong-royong merupakan aktiviti kawalan sosial tidak formal yang menjadi tumpuan komuniti. Aktiviti tersebut mampu membantu pencegahan awal diperingkat remaja kerana melatih diri mereka sentiasa bersama dengan komuniti. Kesimpulannya, pencegahan masalah sosial yang bersifat bottom up iaitu secara langsung daripada pihak komuniti sendiri tidaklah menunjukkan impak yang tinggi tetapi ini merupakan satu inisiatif bagi mencegah masalah daripada peringkat inside (komuniti) dan tidak terlalu bergantung kepada kawalan sosial formal semata-mata. Berkemungkinan jika pihak komuniti diberikan sedikit kuasa oleh pihak bertanggungjawab maka penduduk setempat akan mula memandang komuniti sebagai agen kawalan sosial yang berkuasa. Hal ini kerana, realitinya kedudukan dan kuasa merupakan satu alat yang penting dalam mengawal kelakuan anggota masyarakat.

Reference
  • 1. Aisyah bin Abdullah. (2017). Satu Kajian Kes Tentang Penglibatan Keluarga Mengendalikan Bekas Penagih Dadah di Negeri Sembilan. Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    2. Barbara D. Warner. (2003). Informal Social Control of Crime in High Drug Use Neighborhood: Final Project Report.
    3. Department of Justice, United State Bernama. (2019). Ketagihan dadah, jika tidak dibendung, negara kerugian tenaga belia Muhyiddin. Astro Awani. (atas talian). http://www.astroawani.com/berita malaysia/ketagihan-dadah-jika-tidak-dibendung-negara-kerugian-tenaga-belia-muhyiddin206498. [10 Disember 2019].
    4. Clifton R.Emery, Hai Nguyen Trung, Shali Wu. (2015). Neighborhood informal social control and child maltreatment: A comparison of protective and punitive approaches. Child Abuse & Neglect, 41, 158-169.
    5. Denzin and Lincoln. (1994). Handbook of qualitative research. USA: Sage Publisher
    6. Eric Lambert, Jaishankar Karuppannan, Skahanhe Jiang dan Sudershan Pasupuleti. (2011). Correlates of Formal and Informal Social Control on Crime Prevention: An Exploratory Study among University Students, Andhra Pradesh, India. Asian Journal of Criminology, 7(3),1-12
    7. Haris Abd.Wahab. (2006). Kesejahteraan Sosial dan Pembangunan Komuniti: Pendekatan dan Indikator. Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial: Universiti Malaya
    8. Janet Foster. (1995). Informal Social Control and Community Crime Prevention. The British Journal of Criminology, 35 (4), 563–583.
    9. Massimo Ragnedda. (2011). Social control and surveillance in the society of consumers. International Journal of Sociology and Anthropology, 3(6),180-188.
    10. Megan Ferrier , Jens Ludwig. (2011). Crime policy and informal social control. Institute for Policy Research: Northwestern University.
    11. Mohd Amin Jalil. (2020). Direman 12 hari kerana sumbang mahram. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/654388/direman-12-hari-kerana sumbangmahram. [14 April 2020].
    12. Mohd Razali bin Harun. (2008). Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan dalam pembangunan belia di Felda Jerangau, Terengganu. Fakulti Ekologi Manusia: Universiti Putra Malaysia.
    13. Mohd Sufien Hassan, Maizatul Haizan Mahbob & Mohd Helmi Abd Rahim. (2018). Skala Psikometrik: Perspektif Kawalan Sosial Tidak Formal dan Pengukuhan Nilai Integriti Golongan Muda. Jurnal Komunikasi, 34(4), 232-249.
    14. Neil Chan. (2019). Masyarakat digesa turut serta perangi dadah. http://www.dailyexpress.com.my/news/138308/masyarakat-digesa-turut-serta perangi-dadah/. [10 Disember 2019].
    15. Norevina. (2009). Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakylti Pendidikan dalam Sukan di UTM. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia
    16. Nur Hafizah Yusoff. (2018). Kepentingan kawalan sosial dalam menangani salah laku membabitkan penyokong bola sepak di Malaysia. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 7(1), 34-45.
    17. Rashidah Awang. (2015). Apa itu Kaedah Kualitatif. https://www.slideshare.net/rashidahawang3/apa-itu-kajian-kualitatif. [10 Disember 2019].
    18. R.Ramli. 2011. Metodologi Kajian. Um Student Repostory. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Malaya. ( Tidak diterbitkan)
    19. Sharom Abu Bakar. (2019). Ibu bayi maut dipercayai didera di Felda Neram direman. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-bayi-maut-dipercayai-didera-di-felda neram-direman-217324. [14 April 2020].
    20. Syahremie Teja. (2016). Kaedah Penyelidikan (Persempelan). https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan. [10 Disember 2019].
    21. Yahaya Ibrahim. (1992). Kejiranan dalam komuniti bandar terancang: Kajian kes di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
    22. Zamri Haji Hassan. (2000). Gotong-Royong dan Manfaatnya sebagai Mekanisme Kebajikan dan Pembangunan Komuniti. Dlm. Dani Salleh. Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia. Edisi 1. 89-105. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
    23. Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Islam Asas Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari Special Edition, 129-141